Powered by Blogger.

Proses Menjahit Gaun Smocking - Yoke

Bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia smocking ni mungkin masih keliru dengan proses dan istilah-istilah yang digunakan dalam pembuatan sepasang gaun smocking. Macam Sheila mula-mula menceburkan diri dalam dunia smocking di pun… banyak yang Sheila tak tahu dan kurang faham.

Sheila tak akan masukkan terma atau istilah yang digunakan tetapi lebih kepada proses yang perlu dilalui.

Peringatan : Lain orang lain caranya dan yang Sheila kongsikan di sini adalah mengikut apa yang Sheila selesa buat.

Langkah 1 | Pilihan patten / design gaun smocking nak dibuat, samada bishop atau yoke. Sheila biasanya akan merujuk kepada majalah Australian Smocking & Embroidery. 


Langkah 2 | Pilih fabrik yang hendak digunakan. Sheila hanya menggunakan kain kapas 100% sebab selesa dan tak panas.


Langkah 3 | Gunting fabrik mengikut ukuran bahagian yang akan dijahit smocking sahaja dan yang selebihnya simpan sementara. <--- Sheila memilih pattern yoke.


Langkah 4 | Seterusnya kedutkan panel yang dah digunting tadi mengikut corak yang dipilih. Proses kedutan (pleating) boleh dilakukan secara manual atau menggunakan mesin pleating (pleater).


Langkah 5 | Pilih benang yang bersesuai dengan warna fabrik. Biasanya Sheila menggunakan benang DMC…


Langkah 6 | Sheila biasanya akan mula menjahit dari tengah… jadi, cari titik tengah terlebih dahulu – tandakan. Dengan meninggalkan basi 1/2” di kiri dan kanan, bahagikan kedutan secara seimbang. Mulakan dari tengah…


Langkah 7 | Bermulalah proses menjahit corak di kedutan tadi… ianya adalah 100% jahitan tangan, tiada sebarang penggunaan mesin.


Langkah 8 | Bila dah siap smock… baru potong semua bahagian yang diperlukan untuk menjadikan sepasang gaun smocking yang cantik…


Langkah 9 | Cantum semua bahagian.


Langkah 10 | Jahit sembat dan gosok…


Sedia untuk dipakai…

*** Gambar akan disertakan kemudian ***

4 comments:

  1. lama tak singgah... Mesin dah ada..tp belum berkesempatan nk pleating..anak dara pun dah besar..huhu

    ReplyDelete
  2. salam..

    kak shiela,

    terima kasih kerana berkongsi maklumat..
    saya tidak pernah mengikuti kelas smocking secara formal, hanya dari membaca maklumat di internet atau buku..

    ada pertanyaan utk kak shiela..

    bagaimana mengambil ukuran untuk memotong kain sebelum dibuat pleating. contoh jika ingin membuat style yoke.

    cara yg saya lakukan sebelum ini, adalah memotong kain dengan kiraan berikut :
    bidang kain (kebiasaannya 45") X labuh dress

    adakah cara ini betul atau ada cara lain yg lebih baik, kerana bila buat dress kanak2 besar, pleatingnya tidak rapat2..

    harap kak shiela dpt membantu..

    tq very much..

    ReplyDelete
  3. Maaf sist dimana bsa membeli mesin smocking apakah anda mnjual

    ReplyDelete
  4. Maaf sist .di mna bsa membli mesin smocking . Apa anda mnjualnya

    ReplyDelete