Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

May 6, 2016

Panduan Melipat Dan Menyimpan Fabrik

Panduan Melipat Dan Menyimpan Fabrik

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Bagaimana anda menyimpan fabrik yang dibeli?

Di sini saya kongsikan bagaimana saya melipat dan menyimpan fabrik yang dibeli. Saya menggunakan pembaris 6"x24". Fabrik yang saya ada maksima 2 meter masih boleh menggunakan kaedah yang sama. Fabrik yang lebih kecil, seperti fat quater boleh menggunakan pembaris yang lebih kecil.

Pilihan lain boleh juga menggunakan kotak atau kad manila yang dipotong mengikut saiz yang diperlukan.


Langkah 1 :

Lipat fabrik memanjang mengikut ira kain. Letakkan pembaris seperti dalam gambar dan lipatkan kain mengikut pembaris tersebut. Lipatan pertama kira-kira 3" dari tepi kain.


Langkah 2 :

Lipat sehingga habis. Baki kain berada di bahagian atas seperti di dalam gambar di bawah.


Langkah 3 :

Lipat dua fabrik yang telah dilipat. Pembaris masih berada di dalam lipatan kain lebih mudah untuk mendapatkan lipatan yang cantik.



Langkah 4 :

Siap! Boleh disusun di dalam almari atau di dalam kotak. Lebih tersusun mudah untuk mengambil fabrik yang ingin digunakan.


Pilihan simpan di dalam almari bertutup atau bekas bertutup adalah lebih baik bagi mengelakkan habuk.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.



Bookmark and Share

May 22, 2013

Panduan Menjahit Jubah Kembang

Assalammualaikum, 

Mood rajin. Mood rajin.

Lama dah tak pegang mesin jahit… akhirnya berjaya melawan penyakit “M” dan penyakit “S” yang melanda sejak sekian lama (M tu untuk manja dan S tu untuk sibuk ^_^). Nama jubah tak agak-agak kan… Pola jubah ni dikongsi oleh Sophia dari geng mesin jahit (GMJ). Bila tengok senang sangat sheila pun mencuba dan berjaya… Alhamdulillah.

POLA JUBAH



Formula untuk pola separuh....1/2 bahu + labuh tangan



HASILNYA…. TADAAAA….

 
Sheila menggunakan fabrik lycra bidang 60”. Hujung lengan tu Sheila buatkan bercekak dan keliling leher sheila cuma lipat sekali dan jahit dengan mesin coverstitch Brother. Hasilnya not bad… boleh le buat pakai sendiri untuk menghadiri kuliah di surau atau ke kelas mengaji. Tapi kalau nak pakai bawak pergi kenduri pun boleh je

Ok… cukup-cukup sudah untuk entri ni… next kita buat apron hello kitty pulak ye… tunggu next entri. Hingga jumpa lagi…

Wassalam

Jan 3, 2012

Panduan Menjahit Hooded Baby Towel

Assalammualaikum…
Maaf sebab lama-lama sekali baru nak update blog ni… Sheila sekarang sedang menghitung hari untuk menyambut kehadiran insan baru ke dunia. Itu yang aktiviti jahitan pun agak kurang… Sheila cuma menjahit untuk kegunaan sendiri sahaja.
Terkini, Sheila menyiapkan hooded baby towel untuk my newborn nanti. Kalau mengikut scan Insyaallah baby boy… sama-samalah kita tunggu dan lihat. Jadi sekarang ni, keperluan untuk baby kebanyakan Sheila pilih warna putih dan biru. Untuk towel serta bedding set Sheila memilih kombinasi hijau dan biru, redup aje mata memandang.
392702_221769937902918_154153311331248_512444_866747677_n
Untuk projek ni, Sheila beli bath towel yang biasa tu dan juga 1/4 meter Robert Kaufman untuk hood dan juga binding
Material :
- 100% cotton towel
- Hood & binding - Designer cotton by Robert Kaufman
- Applique - cotton
Size :
Hood : 12"x12"
Towel : 36"x36"

Untuk tutorial langkah demi langkah, boleh rujuk link berikut ye, tapi Sheila ada buat beberapa perubahan mengikut kesesuaian…

Click to Enlarge

http://sew4home.com/projects/bath-linens/630-baby-gifts-pretty-bird-hooded-towel-with-matching-washcloth

Oct 15, 2011

Panduan Mengambil Gambar Produk Kraf

Assalammualaikum,
Knitting
Tak ada projek jahit-menjahit, bukan juga projek knitting… hanyalah sekadar cubaan demi cubaan photoshoot untuk produk jahitan bagi mendapat sudut pandang yang cantik dan sedap mata memandang… Ini salah satu daripada berpuluh gambar yang diambil… akan cuba belajar lagi teknik photoshoot yang betul serta teknik “menghidupkan” gambar yang diambil…
Setakat ini Sheila suka dengan hasil gambar yang diambil oleh Maya, Rozi, Jaja dan beberapa orang lagi crafters lain. Gambar yang dipaparkan bercerita sendiri… kagum dengan bakat dan kreativiti mereka… Harap satu hari nanti Sheila pun mampu untuk menghasilkan gambar yang menarik…
Di sini Sheila share tutorial daripada Jaja Kraf…
http://www.jajakraf.com/give-away/product-photography-tutorial.htm

Aug 25, 2011

Panduan Menyulam Baju Kurung Menggunakan Mesin Sulam Berkomputer

Assalammualaikum…
Hari ni Sheila nak berkongsi cara-cara bagaimana menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer Janome MC350e. Buat rakan-rakan jauh yang pernah membeli mesin sulam berkomputer daripada Sheila, tapi masih agak ragu-ragu tentang cara menyulam menggunakan mesin sulam ni, mudah-mudahan dengan adanya tutorial ni anda akan lebih jelas tentang cara penggunaan mesin tersebut.
IMG_2015 Step#2 Step#3 Step#4 Step#5 Step#6 Step#7 Step#8 Step#9 Step#10 Step#11 Step#12 Step#13
Nota :
- Semasa menyulam lapiskan dengan selapisan stabilizer supaya hasil sulaman lebih kemas.

Aug 15, 2011

Panduan Menjahit Pinggang Getah Cara Mudah

Assalammualaikum,

Pagi ni Sheila nak tunjukkan cara yang biasa Sheila gunakan untuk menjahit pinggang getah pada seluar atau kain baju kurung anak-anak. Sheila suka cara ni sebab mudah nak apply… Yang ni entri khas untuk kawan-kawan di GMJ Group….  dan untuk anda juga
Ni sebenarnya projek raya, Sheila menjahit seluar anak bujang.. tak nak pakai zip (sebab banyak nak kena buat), main sarung je lebih senang…

Pinggang anak ---> 26”
Saiz getah ---> 1”
Panjang getah ---> 24”



1. Lipat bahagian pinggang dengan kelebaran 1 1/2”… sematkan dengan peniti.

1-Lipat 1.5 inci


2. Tandakan 2 1/2” sebagai bukaan untuk memasukkan getah. Jahit sekeliling pinggang kain/seluar kecuali pada bahagian bukaan (antara dua tanda berikut).

2-Tandakan 2 inci sebagai bukaan


3. Dengan menggunakan safety pin yang disemat di satu hujung, susupkan getah ke dalam casing yang telah dijahit melalui bukaan 2 1/2” tadi.

3-Susupkan getah melalui bukaan


4. Susup sehingga getah bertemu kembali dan tindihkan selebar 1”. Pinkan…

4-Tindihkan 1 inci


5. Jahit pada sambungan di bahagian yang bertindih…

5-Jahit bahagian sambungan

6. Setelah itu jahit bahagian bukaan tadi.

6-Jahit bukaan


7. Akhir sekali, jahit sekali lagi di atas getah supaya kedudukan getah akan sentiasa berada di tempatnya… pastikan semasa menjahit getah perlu ditegangkan… Sheila menggunakan jahitan zigzag, tapi boleh juga menggunakan jahit lurus biasa.

7-Jahit atas getah


Tadaaa… inilah hasilnya…

8-Siap


p/s : Saya budak baru belajar… menjahit sekadar suka-suka. Kalau ada tukang-tukang jahit pro yang membaca tutorial ni (ada ke Sheila oii?), sorry ye… teknik Sheila ni mungkin boleh kata teknik sesuka hati je ni…

Aug 11, 2011

Panduan Menjahit Lubang Butang

Assalammualaikum,

Ni projek tersalah jahit lubang butang, sepatutnya memanjang tapi Sheila buat melintang. Kena tetas balik dan jahit yang baru. Nampak tak kesan lubang butang sebelum ni?

Tutorial Lubang Butang 1
Mula-mula tandakan bahagian lubang butang yang hendak dijahit…


Tutorial Lubang Butang 2

Dengan menggunakan tapak lubang butang, letakkan butang yang hendak digunakan di bahagian bertanda R. Tujuannya adalah untuk mesin menentukan saiz lubang butang yang perlu dijahit.



Tutorial Lubang Butang 3

Setkan Mode 3 ~ Jenis jahitan 11. Kelebaran lubang butang Sheila set pada 4.5 dengan kepadatan 0.3.




Tutorial Lubang Butang 4

Gantikan tapak mesin dengan tapak lubang butang ---> Seperti dalam gambar di atas.


Tutorial Lubang Butang 5

Dengan berpandukan garisan yang dibuat tadi, letakkan garisan tersebut di tengah-tengah tapak. Jahitan akan dimulakan dari bawah ke atas.


Tutorial Lubang Butang 6

Inilah hasilnya.


Terima kasih daun keladi,
Bila-bila singgah le lagi.




p/s : Semenjak blog berwajah baru, rasa bersemangat lak nak meng'update' selalu...

Jan 7, 2009

Panduan Menjahit Bekas Pensil Dari Kain Denim

Untuk first tutorial, Sheila share cara nak buat pencil box dengan mudah. Sekejap je untuk menyiapkan projek ni. Boleh buat untuk anak-anak atau boleh juga dijadikan hadiah untuk dir sendiri dan kawan-kawan.(Sulaman menggunakan mesin MC350E)
LANGKAH 1 : a) Bahan-bahan yang diperlukan : - Kain denim (10” x 11”) - Zip - Kepala zip b) Tandakan kain kepada 5 bahagian : ½” – 3” – 3” – 3” – ½”

LANGKAH 2 : a) Pisahkan zip kepada 2 bahagian. b) Letakkan zip dengan gigi-gigi zip menghala ke bahagian luar kain. c) Samakan tepi zip dengan bahagian tepi kain.

LANGKAH 3 : a) Setkan mesin kepada corak jahitan zig zag. - Corak : C - Jarak jahitan : 1 - Lebar jahitan : 4 ( tetapan ini adalah untuk mesin jahit Janome 2049. Untuk mesin jahit lain sila semak tetapan pada mesin jahit anda).

LANGKAH 4 : a) Jahit di kiri dan kanan kain tadi. b) Gambarajah di sebelah menunjukkan jahitan yang telah disiapkan.
LANGKAH 5 : a) Tukarkan tapak mesin kepada tapak jahit zip. b) Jahit lurus mengikut tepi zip. c) Lakukan yang sama pada sebelah yang satu lagi. d) Selain daripada jahit lurus, anda juga boleh menjahit menggunakan corak hiasan yang terdapat pada mesin anda. LANGKAH 6 : a) Masukkan kepala zip melalui bahagian hadapan zip. b) Pastikan kedua-dua bahagian gigi zip berada dalam keadaan selari. LANGKAH 7 : a) Keadaan selepas kepala zip dimasukkan. b) Terbalikkan kain supaya bahagian dalam berada di luar. LANGKAH 8 : a) Jahit lurus di sebelah kanan dan kiri artikel, ½” dari tepi. b) Pastikan bahagian berzip beada di tengah-tengah. c) Bahagian tepi dijahit dengan jahitan zig zag supaya fabrik tidak berbulu.

LANGKAH 9 : a) Tandakan penjuru bekas pensel dengan segi empat sama 1” X 1”. b) Lakukan yang sama di bahagian hadapan. LANGKAH 10 : a) Lipatkan penjuru bekas pensel seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah. b) Lipatan adalah mengikut garisan yang telah dibuat tadi. LANGKAH 11 : a) Jahit lurus mengikut garisan yang telah dibuat. b) Lakukan yang sama di keempatempat penjuru. LANGKAH 12 : a) Setelah siap menjahit keempatempat penjuru, alihkan artikel. b) Gambarajah dibawah menunjukkan hasil yang telah siap. c) Anda juga boleh menjahit tangkai pada bekas pensel ini sekiranya suka. Sekian, terima kasih. SELAMAT MENCUBA.