Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

Showing posts with label Embroidery. Show all posts
Showing posts with label Embroidery. Show all posts

16 Feb 2017

Tips Sulaman Mesin Komputer 1.0


Teks : Rosilawati Wahid

Tips Sulaman Mesin Komputer 1.0

.
Panduan ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada yang bertanya mengenai #sulaman mesin berkomputer. Berikut adalah antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk sesuatu projek sulaman. 
.
1. Projek yang hendak disulam
2. Mesin sulam
3. Hoop
4. Design
5. Stabilizer
6. Jarum
7. Benang
8. Gunting
9. Pen/pensel/kapur penanda
10. Pembaris
11. Software (option)
.
Setiap item ada pecahannya lagi.
.
Rosilawati Wahid,
http://nice2craft.com
Since 2009
#tipssulamanmesinkomputer
#nicecraftbysheilawahid



Bookmark and Share

25 Dec 2016

Servis Susun Nama Nametag


Servis Susun Nama Nametag


Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid



Bermula dari Disember 2016 akak menawarkan servis susun nama nametag. Servis ini untuk mereka yang nak menyulam nametag tapi tiada software untuk masukkan nama. Dengan adanya servis ini, sesiapa yang ada mesin sulam boleh menerima tempahan menyulam nama nametag. 

Caranya adalah seperti berikut :

Langkah 1
- Berikan senarai nama mengikut ejaan yang tepat dalam huruf BESAR. Format dalam words/notepad dan email atau pm.

Langkah 2
- Buat pemabayaran ke akaun yang diberikan.

Langkah 3
- Terima file yang mengandungi nama dalam format mesin sulam masing-masing.

Whatsapp : 012 3013341 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Terima kasih.



Bookmark and Share

12 Jan 2014

CIKGU TUMIJAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Lama menyepi bukan sebab tiada aktiviti, tapi sibuk dengan urusan lain.
Menulis blog walau hanya satu cerita pendek memerlukan daya berfikir yang tinggi. Mengarang bait-bait perkataan untuk dijadikan cerita agar sedap dibaca.
Cikgu Tumijah, Puan Pengetua baru di sebuah sekolah. Seunik nama secantik orangnya.
 
Saya dapat tugasan untuk menyulam nama di atas apron yang bakal digunakan oleh Puan Pengetua semasa hari perasmian program Nilam.
Kerja-kerja dilakukan dari digitize imej kepada format sulaman kepada pemilihan benang, seterusnya di sulam. Semua ini dilakukan dalam masa 2 jam.
Buat Puan Pengetua yang baik budi dan sangat kuat berusaha….  didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan Puan sepanjang menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Jasamu pasti dikenang selagi ada usia dan semoga Allah memberikan ganjaran pahala berlipat ganda. Aamiin.

Salam ukhuwah,
Sheila Wahid,
Admin Nice2Craft.com.my

5 Sep 2012

Koleksi Sulam Towel Ramadhan 2012

IMG_0104IMG_0105IMG_0106IMG_0107IMG_0108IMG_0110IMG_0111IMG_0112IMG_0113IMG_0114IMG_0115IMG_0116IMG_0117IMG_0118IMG_0119IMG_0120IMG_0121IMG_0123IMG_0399IMG_0401IMG_0402IMG_0403

14 Jun 2012

Tempahan tuala bersulam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Lama benar sheila tak update blog.. harap semua sihat le hendaknya. Sheila sibuk sejak akhir-akhir ni dengan kerja pejabat. Balik rumah sibuk dengan urusan anak-anak pula. Paling sibuk dengan baby Ammar… masih lagi bf, jadi memang sebelah malam banyak spend masa dengan Ammar.
Dalam kesibukan dengan aktiviti seharian, Alhamdulillah Sheila sempat menyiapkan tempahan towel untuk sepupu sheila yang melansungkan perkahwinan pada 2 Jun 2012 yang lalu dan tempahan daripada Aina yang melansungkan pertunangan pada tarikh yang sama. Diucapkan semoga hubungan mereka kekal abadi hingga ke syurga…
SHEILA-TEMP Sekarang tengah siapkan 150 helai tempahan towel untuk cenderahari pengantin… due 30 Jun 2012.. Selain daripada tu sheila ada tempahan baju smocking dan pleat kain untuk smocking…
ok, hingga jumpa lagi… 
Salam ceria daripada sheila…
ps : sheila dah turun berat 4kg dalam 4 minggu, nak tahu camana call sheila ye @ 012-301 3341

3 Jan 2012

Tuala Mandi & Tuala Muka Bersulam Nama

Kali ni nak tunjuk hasil sulaman tuala mandi dan tuala muka untuk di bawa ke hospital nanti. Sebelum ni asyik dok menyulam untuk pelanggan je, tapi kali ini tuan badan pun nak merasa juga… Sheila memilih warna coklat tua dan disulam dengan benang pink… mode : suka sokmo –_-
Border atas dan bawah tu sheila digitize sendiri… begitu juga dengan nama yang menggunakan font ‘Script MT Bold’.
396148_222568181156427_154153311331248_515905_985008396_n
Kalau buat untuk hantaran perkahwinan pun cantik juga kan… jadi, kalau ada yang nak order tu boleh le menghantar e-mail kepada Sheila untuk mendapatkan sebut harga….

E-mail : nice2craft@gmail.com
Sms : 012 301 3341

2 Aug 2011

Sulam Manik | Crumble + 3D

Assalammualaikum,

Ni cerita pada pertengahan bulan Julai… lambat sikit (ke lambat sangat?) baru dapat Sheila kongsikan di sini. Tertarik dengan bakat yang ada pada Umi dari Pepari Dsign, Sheila pun mendaftar nama untuk menyertai kelas sulam manik crumble ni. Hajat hati ingin meng’glamor’’kan baju raya tahun 2011 ni (mudah-mudahan…)... Maklum le design crumble ni tengah "IN" sekarang. Menjadi trend gitu... 

Kelas telah berlangsung di Precint 8, Putrajaya dan dihadiri seramai 10 orang peserta. Kebanyakan yang hadir rata-rata mengambil upah menjahit manik… Sheila??? Dulu-dulu pernah pergi belajar asas menjahit manik dengan Rozita Jaafar, kalau tak salah 3-4 tahun yang lalu. Sekarang? Sudah lupalah…

Beberapa teknik yang dipelajari pada hari tersebut antaranya peony, netting, tabur dan tali air.


 
Kelas yang sepatutnya selesai jam 5.30pm kalau mengikut jadual, tapi terlajak hingga ke 7.00pm. Leka sungguh menyulam manik sampai lupa nak balik kekdahnya. Rasanya kaedah crumble dan 3D yang Sheila belajar ni sangat sesuai untuk orang-orang yang memang dah berada dalam dunia manik, bagi Sheila terlalu advance, susah nak follow. Tapi hasilnya memang tersangat menggoda jiwa raga.

Kalau nak tengok hasil jahitan crumble ni, pergi ke Pepari Dsign, banyak design-design manik crumble yang cantik-cantik dan up-to-date.





Bookmark and Share

Popular Posts

Like us on Facebook