Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Dec 21, 2016

Koleksi Kit Projek Jahitan Bulanan Epal

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid








Mood mengemas rumah. Kemas dan kumpulkan kit jahitan yang pernah dibeli di Pusat Latihan Kraftangan Epal suatu waktu dahulu. Kekangan masa, banyak yang belum disiapkan. Insyaa Allah akan cuba siapkan sedikit demi sedikit. 

Buat masa ini berhenti dahulu beli kain dan kit jahitan selagi projek ni tidak disiapkan. Perjanjian dengan diri sendiri.



Bookmark and Share

Dec 12, 2015

Catatan Harian 12/12/2015

Teks : Sheila Wahid

Hari ini mengemas bilik jahit. Agak lama juga saya tidak menjahit. Buat masa ini saya hanya menumpukan kepada jualan mesin jahit portable sahaja. 


Sejak bekerja dari rumah sepenuh masa, saya lebih menumpukan kepada kerja hakiki sebagai pelukis pelan. Kesibukan menguruskan anak-anak yang seramai tujuh orang juga antara faktor kekangan masa saya terhadap hobi jahitan ini. Sekali-sekala saya akan menjahit atau melakukan apa-apa kerjatangan sebagai terapi minda.

Buat pengetahuan semua, saya tidak mengambil sebarang tempahan sulaman lagi buat masa ini. Begitu juga dengan tempahan logo, semuanya saya telah lepaskan. Di dalam perancangan ada beberapa projek, sedang menyusun dan merangka langkah yang perlu diambil.


Sekarang semua idea tersimpan di alam kepala, harus ditulis agar ianya dapat dilaksanakan. Kalau tidak alamat kusut fikiran. Saya juga berhasrat untuk memberi lebih tutorial supaya ianya dapat manfaat bersama. Doakan saya ya.

Bookmark and Share

Sep 29, 2013

Gathering Foot–Tapak kedut

Ada dua jenis tapak kedut.. satu diberi nama ultimate ruffler foot dan satu lagi gathering foot atau dalam bahasa melayu tapak kedut.

Tapak kedut ni senang dan cepat nak guna.. terutama kalau ada nak buat sarung bantal ropol-ropol atau nak buat baju kanak-kanak yang ada ropol-ropol kat bahagian bawah skirt.
Eksperimen di bawah ni Sheila jahit menggunakan mesin Janome MC6500 dengan tension benang yang berbeza… lagi tinggi tension benang, lagi banyak kedut yang terhasil.
Gathering foot

Sheila tak berkesempatan untuk buat tutorial tapi boleh rujuk di pautan Youtube yang berikut :

Gathering Foot–Tapak Kedut









Tapak ni boleh digunakan dengan mana-mana mesin jahit… Insyaa Allah tiada masalah.

Selamat mencuba uolls..

Jun 17, 2013

Pattern by Popolok Design | Pattern review

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari minggu yang lalu sheila sibukkan diri dengan kerja-kerja mencantum dan menyambung pola. Due date untuk dijadikan baju adalah sebelum atau pada 23 Jun 2013.
popolok-design-1
Beginilah keadaan pola yang telah siap dicantum. Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan pola ni silalah ke kedai online Popolok di sini http://www.etsy.com/shop/popolok. Ada macam-macam pattern yang boleh didapati di sana ye… Popolok ni owner dia Alviana. Sheila ni kira silent reader blog Alviana ni. Beliau memang suka menjahit…Boleh kata kebanyakan baju-baju Alviana ni dia jahit sendiri…kagum.

Jadi…berbalik kepada pola di atas… Sheila terima dalam bentuk pdf dan perlu di cantum mengikut tanda-tanda yang telah diberikan. Arahan langkah demi langkah juga diberikan…. jadi tak susah.

Alviana sangat prihatin dengan pattern yang dihasilkan. Kalau dibandingkan pattern daripada pengeluar yang lain kebanyakannya setiap bahagian akan ada yang bertindih antara satu dengan yang lainnya… tapi pattern dari Popolok Design ni tidak bertindan antara satu dengan yang lainnya. Sangat mudah untuk difahami…

Ok… nak back to work… kalau nak beli pattern ni, feel free untuk singgah di kedai online Popolok. Sehingga jumpa lagi… tataaa…

Jul 2, 2012

Lagi tempahan sulaman tuala

Assalammualaikum,
Selamat hari Isnin buat semua.

21 Jun 2012 Sheila update fanpage Nice Craft di facebook berkenaan tempahan tuala yang sheila terima. Maklum le musim kenduri kahwin… ramai yang nak menempah.
Sheila terima tempahan 150 helai saputangan dari Ipoh untuk disulam dengan nama pengantin. Kemudian tujuh helai tuala mandi untuk disulam dengan perkataan LUV Abah, LUV Bapak, LUV Ayah & LUV Mak… so sweet kan.
image
Jadi berikut adalah hasilnya…

tuala7
Yang 150 helai saputangan tu sheila hantar melalui khidmat poslaju… kena sampai sebelum hari Rabu 27 Jun 2012… Alhamdulillah, sempat sampai. Ingatkan dua hari, rupa-rupanya satu hari je dah sampai. Terima kasih Poslaju.
postage 2762012 
Sheila beli kotak prepaid poslaju tu dengan kos RM30.00. Berat barang sekitar 3.3kg. Ok le kan. Yang shocking pink tu nak hantar ke mentakap manakala yang kain biru tu hantar byhand ke Putrajaya. Alhamdulillah semuanya selesai mengikut perancangan.
Nak order towel, call/sms sheila. Nombor handphone 012-3013341. Nasihat sheila lebih baik sms daripada hantar email sebab kekadang email masuk spam, takut terlepas pandang nanti.
Kalau nak standard design pun boleh, kalau ada design sendiri pun boleh, hantar je gambar apa, text apa… nanti sheila buatkan.
Sehingga jumpa lagi, sekian.

Sheila Wahid,
4.32pm 2julai 2012

Jun 22, 2012

Tempahan sulam pada tuala & sapu tangan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan untuk tempahan sulam pada tuala dan sapu tangan sebagai hadiah atau cenderamata perkahwinan.
Sebelum ni mesin sulam sheila dua minggu tak dapat digunakan… lama sangat dah tak hantar servis, mungkin merajuk. Benang bergumpal di bahagian bobbin… dah cuba servis sendiri tapi masih lagi tak dapat berfungsi dengan baik, akhirnya hantar kedai untuk servis. Masa tu ngam-ngam je sempat siapkan 2 helai tempahan untuk majlis pertunangan, masih ada satu lagi... Ahad ni siap le, Isnin nak pos.

Work-In-Progress22June2012 
Sekarang Sheila sedang menyiapkan tempahan sapu tangan untuk satu majlis perkahwinan, total ada 150 helai, nak guna pada 30 Jun 2012. Pun kena siapkan paling lewat hari Ahad… tapi tak banyak dah. Adini banyak membantu… Adibah dan Amni pun menolong sama….

Di samping tu tempahan daripada Reez Design tidak dilupa… yang tu personalize.. nanti Sheila cerita…

Ok… hingga jumpa lagi… salam hormat daripada sheila dan selamat berhujung minggu

Dec 1, 2011

Koleksi Fabrik serta Peralatan Jahitan

Assalammualaikum & salam sejahtera…
Hari Selasa lepas Sheila ke Yee Button di SS2 membeli fabrik untuk projek menjahit peralatan baby. Dalam pada membeli kain tu, Sheila menambah koleksi peralatan jahitan bagi memudahkan Sheila menjahit applique (sulam tampal)… untuk baby yang ini, Sheila rajin lak nak menjahit… maklum le, kalau guna yang lama tu usianya dah 13 tahun lebih… dah tak sesuai.
Jom tengok fabrik yang berjaya sheila bawa pulang… yang kiri sekali tu fabrik Robert Kauffman, nak buat binding selimut…. sebelahnya untuk hooded towel, plain purple tu nak buat sarung bantal dan yang kanan sekali tu untuk sarung tilam. Berwarna-warni sungguh… kali ni temanya bukan pink atau biru, tapi hijau…. sebab tak tahu lelaki atau perempuan kan… tu yang cari warna untuk unisex baby…
IMG_3115

Yang ni pula mini iron, sesuai untuk machine applique…. kalau dapat brand Clover lagi best, tapi harga pun best juga le…. yang ni Sheila beli harga lebih kurang RM80.00… nanti sheila tunjukkan camana nak guna mini iron ni ye…
 mini-iron1
Ok le… banyak benda yang kiv ni… kena buat satu-satu, kalau tak nanti tak siap le jawabnya…. kita jumpa di lain entri ye… take care…

Nov 24, 2011

Tudung DiY | Tudung ‘Syria’ kanak-kanak

Assalammualaikum….
Bulan Disember 2011 ni genap le setahun Adibah tinggal dengan mak di kampung. Bersekolah di tadika Kemas dan lenggok cakapnya pun dah ada loghat Perak. Penampilannya juga sudah banyak berubah. Jika di awal usia 5 tahun, Adibah sangat meminati Ben-10, Upin Ipin, baju bola dan macam-macam baju yang sepatutnya dipakai oleh kanak-kanak lelaki dia minat. Malah Adibah juga bermain bola sepak berbanding bermain pondok-pondok yang lazimnya permainan kegemaran kanak-kanak perempuan.
Tapi baru-baru ni dah nampak perubahan ketara pada Adibah terutama dari segi berpakaian. Dia dah mula pakai tudung… Alhamdulillah. Tiada yang memaksa… dia sendiri yang nak pakai tudung. Sekarang ke mana-mana sahaja pastinya dia akan bertudung…. bermain pun pakai tudung.
Jadi… mak Sheila pun jahitkan le tudung kecil style ‘Syria’ dari lebihan kain di rumah… dapat le beberapa helai untuk disuai padan… dulu pernah gak beli yang readymade, RM15 sehelai…
IMG_2492
* Adibah dengan tudung yang dijahit opah sewaktu majlis kenduri aqiqah Andak di Ipoh..

Oct 18, 2011

Uncang Kunci (Key Pouch)

Assalammualaikum,
Yang pertamanya, nak inform bahawa domain blog ni dah ditukar daripada www.roseinspiration.com kepada www.nice2craft.com…. jadi, kalau dalam link korang masih lagi ‘roseinspiration’ makanya akan keluar error page, tapi kalau korang memang menggunakan link www.nice2craft.blogspot.com tidak akan menghadapi masalah sebabnya anda akan dipindahkan ke nice2craft.com. Jadi…
Yang kedunya nak cerita tentang ‘craft swap’.

Bulan lepas Sheila join aktiviti ‘Craft Swap’ yang dibuat di group Geng Mesin Jahit (GMJ) di laman sembang Facebook. Tema yang diberi adalah pouch, tak kisah le peserta nak buat apa, asalkan kena dengan tema…. jadinya, Sheila pun menggagahkan diri untuk menjahit satu. Maklum aje le bab-bab pouch, pencil box atau apa-apa yang berkaitan bukanlah “makanan” Sheila sebabnya jarang-jarang buat… kalau gaun Smocking tu Insyaallah sebab memang dah tahu teknik.
key pouch
Tapi kalau ikutkan pengalaman kawan-kawan yang memang menjahit pouch/beg dan dalam masa yang sama menjahit baju juga, kata mereka menjahit pouch atau beg sebenarnya lebih rumit, sebab banyak bahagian yang perlu dicantum.
Apa-apa pun, dah terbukti bahawa kalau kita paksa diri kita untuk melakukan sesuatu yang bukan bidang kita, sebenarnya kita mampu lakukan… nak atau tidak je… kekadang tu belum buat lagi dah fikir tak boleh, memang le tak boleh. Sepatutnya cuba dulu kemudian baru tahu. Never giveup… never surrender…
Hari ni Sheila akan poskan kepada tuan punya uncang… harap beliau suka dengan pemberian daripada Sheila ni…. hingga kita jumpa lagi, salam hormat daripada Sheila…. ^_^

Oct 14, 2011

Idea Hadiah Ulangtahun Kelahiran / Perkahwinan

Assalammualaikum,
Selamat ulangtahun diucapkan kepada yang meraikan ulangtahun kelahiran atau perkahwinan atau apa sahaja acara yang diraikan. Macam Sheila jarang-jarang bagi hadiah… kalau ada ulangtahun kelahiran kami lebih suka keluar makan bersama-sama. Buat anak-anak, Sheila lebih suka menghadiahkan buku, sebab anak-anak pun memang suka membaca. Kalau untuk suami pula, pernah le bagi baju, perfume, jam… ermm… itu je pun yang senang.
Peningkan nak fikirkan tentang hadiah buat orang tersayang… kalau banyak duit rasanya boleh je hadiahkan PSP, Ipad 2, Iphone 4 untuk anak-anak tersayang…. kalau untuk isteri pula, boleh belikan gelang emas 7-8 urat ataupun rantai berlian yang gemerlapan. Buat suami, boleh juga hadiahkan kereta sport sebiji…. ada tu yang hadiahkan nombor plate kereta sempena ulangtahun… macam-macam yang boleh diberi… yang penting, sediakan fulusnya sahaja… 
Kira-kira dua tahun lepas Sheila pernah ditugaskan untuk menyulam ucapan ulangtahun kelahiran untuk mantan Perdana Menteri Malaysia berserta isteri… Alhamdulillah, hasil yang sangat cantik dan unik sekali.
TunMahathirB'day
Ianya merupakan bingkai gambar di mana gambar Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah dicetak di atas iron on transfer paper dan kemudiannya diseterika di atas fabrik. Seterusnya bait-bait ucapan telah disulam menggunakan mesin sulam berkomputer Janome MC350e di atas fabrik… untuk memperindahkan lagi potret tersebut, kristal Swarovski juga ditampal mengikut corak yang terdapat pada kain… Lain dari yang lain…
Walau apapun hadiah yang kita beri kepada insan-insan yang kita sayangi… apa yang penting adalah ingatan tulus ikhlas kita. Tanpa orang-orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita, pastinya hidup yang kita lalui tidak akan ceria….
Hujung minggu ni Sheila akan sibuk dengan pelbagai acara dan yang pasti pada hari Ahad bersamaan 16 Oktober 2011 adalah hari yang dinantikan oleh Sheila dan kawan-kawan di GMJ sebab kami akan berkumpul buat pertama kalinya…. harapan Sheila agar semuanya berjalan dengan lancar. Hingga kita jumpa lagi….
Salam hormat dan salam ceria buat semua…

Aug 23, 2011

Baju Kurung Sulam

Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Pagi ni tadi sempat menyulam dua lengan baju kurung untuk Adini… malam nanti Insyaallah akan di sulam bahagian kaki baju pula… harap tiada aral merintang..
IMG_2014-a

Ok… off to work now….

Aug 11, 2011

WIP | Overall

Projek ni dah lama benar tertangguh… sebabnya cuma sedikit, terpaksa tetas lubang butang atas… sepatutnya buat memanjang, tapi Sheila jahit melintang… lepas tu simpan le sampai kesudah tak bersentuh. Hari Selasa (9/8/2011) Sheila tetas dan betulkan lubang butang yang silap tu.

Sekarang ni tinggal nak jahit butang je lagi… lepas tu dah boleh pakai dah…
IMG_1927
Detail bahagian tengah Sheila lekatkan corak sulam yang Sheila beli siap di kedai…
IMG_1928
++ A for Amni ++

Aug 3, 2011

Doa Elak Bala/Bencana

Assalammualaikum,
Sheila ingin memanjangkan ilmu yang Sheila dapat dari rakan-rakan di group GMJ… Doa ni juga disebut Doa Penggerak. Mudah-mudahanan segala kerja lancar, tiada sebarang kemudaratan seperti dalam bentuk kecederaan atau kesilapan yang boleh menyebabkan kerugian, InsyaAllah.
Doa Elak Bencana
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa di atas adalah daripada hadis riwayat Tirmizi
Mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama.

Aug 2, 2011

Cheritera Bulan Ramadhan …

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua..
Haaa…. biasa le, bila tiba bulan Ramadhan, dah mulalah sibuk memikirkan tentang persiapan hari raya… walaupun puasanya baru je sehari. Tukang-tukang jahit sibuk menggunting dan mencantum baju tempahan pelanggan…. pengusaha biskut pula sibuk di dapur membakar berjenis-jenis biskut kegemaran…
Begitu juga dengan kita ni… sibuk nak fikir baju raya, kasut raya, langsir, dinding dan macam-macam persiapan lagi. Sheila pun sibuk juga sebenarnya…. sibuk dengan mengecat dinding blog juga memasang headboard untuk langsir blog ni. Dan inilah hasilnya setelah mendapat sentuhan daripada pakar hiasan dalaman yang superb kreatif…
Walaupun kali ini tempoh menunggu adalah agak panjang, sebab si pereka dalaman ni perlu mengendalikan beberapa kes lain, tapi rasanya penantian itu tersangatlah berbaloi. Tugas menghias Sheila serahkan bulat-bulat pada beliau dan tugasan tersebut telah dilaksanakan dengan cukup sempurna.
Of course Sheila yang bagi content yang Sheila nak dalam layout yang baru ni… cumanya skema warna tu asalnya warna peberet… biru, pink dan putih. Walaubagaimanapun, cik Interior Designer ni dah selalu sangat menggunakan warna-warna tersebut, bosan agaknya….  jadinya beliau mencadangkan warna-warna yang lain… Sheila cakap, “ok…. go ahead dear”, sebab pada Sheila biarlah orang yang pakar dalam bidang ni yang menentukannya ye tak….
Dan… inilah hasilnya Sheila persembahkan di sini… memang kena dengan jiwa dan ragaku yang klasik dan romatik ini >_<… Terima kasih Jiji
nicecraftbysw
Apa pendapat anda… lawa tak???  
p/s : Sila-silalah copy badge Nice Craft… code semua dah ada kat situ. Ada dua, pilih salah satu yang berkenan di hati, ambil dua-dua lagi le Sheila sangat berbesar hati… cantik jika digantung di dinding blog masing-masing..
image
p/s/s : Selamat berpuasa esok hari… semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Aug 1, 2011

Tudung DiY Hujung Minggu

Assalammualaikum…
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan,
Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini. Tentunya tukang-tukang jahit sekarang sangat sibuk untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Bagi Sheila, kemahiran menjahit yang ada ni Sheila gunakan sebaik mungkin untuk menjahit pakaian suami dan anak-anak sahaja.
Sebenarnya dah agak lama juga Sheila tak menjahit… mesin pun dah berhabuk, jadi tukun tiruan. Mengharapkan keajaiban, tukun bertukar menjadi emas, tapi itu hanyalah khayalan semata…. Tapi sejak bertemu rakan-rakan seminat di FB… semangat yang dah suam-suam kuku kembali membara… terima kasih Geng Bas Sekolah Mesin Jahit (GMJ)..
Berbekalkan semangat GMJ, pagi ahad hari tu, sempat le Sheila menggunting kain dari stok yang banyak tu untuk dijadikan tudung buat kegunaan sendiri dan Adini… Sheila jahit 2 bahagian, satu sebagai badan tudung dan satu lagi sebagai anak tudung.
IMG_1792
Bahagian tudung luar sengaja Sheila jahit tanpa awning untuk disuaipadankan dengan anak tudung nanti… mengikut kesesuaian baju yang hendak dipakai. Dapat le empat helai tudung hasil menjahit dari pagi sampai ke tengahari.
 IMG_1788
Yang ni pulak anak tudung yang Sheila cakapkan tadi… yang dark purple tu bahagian awning dia Sheila menggunakan kain kapas selebihnya Sheila gunakan kain jersey. Semua tudung ni Sheila buat dua pasang setiap satu, satu untuk Sheila, satu lagi untuk anak daraku itu…
signature
p/s : Kredit kepada kenalan fb ~ Azza Cr atas sumbangan idea gaya bertudung stail ni… tq tq

Jul 6, 2011

Wordless Wednesday

Not really wordless… :-)
Ianya hari Rabu tanpa suara dari handphone…. huhuhuhu… rindunya pada handphone tu… Tapi apa pun, silalah layan gambar panel pooh yang beli dari MyBotang. Selamat tiba hari Isnin, kelmarin.

IMG_1320
 IMG_1322
Sheila beli dua keping, satu untuk bff Jurra-SewCute… Sheila nak buat baby quilt untuk newborn, sesuai le untuk samada baby boy atau baby girl kan?.
p/s : cantik diy tag yang sue selitkan tu.. kreatif…

Apr 11, 2010

PROGRAM JEJARI BESTARI 2010 - BAHAGIAN 1

Salam...


Alhamdulillah, Nice Craft MArketing telah diberi peluang untuk menjadi tenaga pengajar kepada 33 orang suri rumah dan ibu tunggal bagi parlimen Kota Raja.


Program 2 hari ini diisi dengan 3 projek jahitan. Pada hari pertama, peserta di ajar cara menjahit bekas pensil dan green fabrik bag... manakala pada hari kedua peserta diajar cara-cara menjahit tudung jersey... setiap peserta membawa pulang 2 tudung jersey setiap seorang.

Kami juga menganjurkan pertandingan menghias green fabrik bag dengan cara paling kreatif... semua yang hadir mempunyai bakat besar... walaupun ada yang baru first time menjahit, tapi terus menjadi... cukup gembira dan puas hati dengan pencapaian setiap peserta...

Sheila dibantu oleh En. Jai dan Puan Ninoz.... terima kasih Sheila ucapkan kepada support team Nice Craft Marketing... semoga lepas-lepas ni kita akan terus bekerjasama.....

Nanti Sheila akan sambung lagi tentang bengkel jahitan part 2... selamat berhujung minggu dan selamat menjahit...


Bookmark and Share

Nov 13, 2008

Table runner in progress

This table runner suppose to finish months back. It's a combinations of patchwork and applique... Love those flowers but I think it's quite big. Next project should try smaller flowers and leaves...