Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

12 May 2017

Kad Memori Untuk Mesin Sulam MC300/MC350


Kad Memori Untuk Mesin Sulam MC300/MC350

Teks & foto : Rosilawati Wahid

Kad memori ni dahulu digunakan bersama dengan mesin sulam Janome MC350.


Kad memori compactFlash ni asalnya dah masuk dalam kategori barang hilang dalam simpanan. Ada 4 set design sulam dalam ni. Masa tu rasa macam dah tak ada harapan sangat dah. Nak beli baru harga 1 set design pun dah berapa, memang taklah. Dah cakap pada diri, tak apalah, tiada rezeki, redho.


Minggu lepas tu kemas-kemas bekas peralatan jahitan, nahhh! Selon
ggok harta karun tersadai di dasar bekas. Alhamdulillah. 'Nyerongin' sampai telinga.

Nak pindahkan fail dari kad memori compactflash ke komputer perlu ada card reader. Semalam pergi beli di kedai komputer. Lega hati semua design sudah dipindahkan dengan jayanya.


Untuk lebih selamat, muatnaik design ke simpanan cloud. Backup di beberapa tempat untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.





Bookmark and Share

Popular Posts

Like us on Facebook