Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

20 Jun 2017

Kelas Beg Sejadah 2 dalam 1

Kelas Beg Sejadah 2 dalam 1

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid & Sewing World Gallery



Hari ini saya mengambil keputusan untuk pergi ke kelas jahitan kreatif. Masa yang ada cuma 2 jam. Waktu anak-anak ke sekolah agama. Projek ini harus dsiapkan dalam masa tersebut.

Sudah agak lama saya tidak ke HQ Epal yang kini terletak di One City, USJ. Ini memaksa saya membuat pusingan dan keluar semula ke jalan utama. Puncanya saya tidak jumpa petak parkir kereta dan tersilap simpang. Perkhidmatan navigasi juga tidak aktif kerana yakin boleh sampai tanpa sesat, maka redah sahajalah.

Saya beli kit jahitan beg sejadah masa awal puasa tempohari. Kursus ini hanya diadakan dalam bulan Ramadhan. Harga kit jahitan RM35 sahaja. Dalam kit tu lengkap segala bahan yang diperlukan. Tugas peserta adalah menyiapkan sahaja beg tu.




Bahan dan peralatan yang diperlukan,

1. Kit beg sejadah - beli di Sewing World Gallery
2. Mesin jahit - disediakan di pusat jahitan
3. Kapur/pen penanda - bawa sendiri
4. Pembaris Quilt - bawa sendiri
5. Gunting - bawa sendiri
6. Tapak 'walking foot' - disediakan

7. Tapa jahit lurus - disediakan


Inilah hasilnya selepas dua jam. Dengan bantuan cikgu Mass, saya dapat menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan. Walau telah lama menjahit, masih ada ilmu-ilmu baharu yang dipelajari.





Beg sejadah ini dapat memuatkan sehelai kain pelikat atau boleh juga kita masukkan dompet dan buku nota. Apabila dibuka, ia boleh menjadi sejadah, Sangat sesuai ketika dalam perjalanan.


Bookmark and Share

12 May 2017

Kad Memori Untuk Mesin Sulam MC300/MC350


Kad Memori Untuk Mesin Sulam MC300/MC350

Teks & foto : Rosilawati Wahid

Kad memori ni dahulu digunakan bersama dengan mesin sulam Janome MC350.


Kad memori compactFlash ni asalnya dah masuk dalam kategori barang hilang dalam simpanan. Ada 4 set design sulam dalam ni. Masa tu rasa macam dah tak ada harapan sangat dah. Nak beli baru harga 1 set design pun dah berapa, memang taklah. Dah cakap pada diri, tak apalah, tiada rezeki, redho.


Minggu lepas tu kemas-kemas bekas peralatan jahitan, nahhh! Selon
ggok harta karun tersadai di dasar bekas. Alhamdulillah. 'Nyerongin' sampai telinga.

Nak pindahkan fail dari kad memori compactflash ke komputer perlu ada card reader. Semalam pergi beli di kedai komputer. Lega hati semua design sudah dipindahkan dengan jayanya.


Untuk lebih selamat, muatnaik design ke simpanan cloud. Backup di beberapa tempat untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.





Bookmark and Share

16 Feb 2017

Tips Sulaman Mesin Komputer 1.0


Teks : Rosilawati Wahid

Tips Sulaman Mesin Komputer 1.0

.
Panduan ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada yang bertanya mengenai #sulaman mesin berkomputer. Berikut adalah antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk sesuatu projek sulaman. 
.
1. Projek yang hendak disulam
2. Mesin sulam
3. Hoop
4. Design
5. Stabilizer
6. Jarum
7. Benang
8. Gunting
9. Pen/pensel/kapur penanda
10. Pembaris
11. Software (option)
.
Setiap item ada pecahannya lagi.
.
Rosilawati Wahid,
http://nice2craft.com
Since 2009
#tipssulamanmesinkomputer
#nicecraftbysheilawahid



Bookmark and Share

1 Jan 2017

Senarai 48 Projek Jahitan Epal

Senarai 48 Projek Jahitan Epal

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Pusat Latihan Kraftangan Epal

Salam tahun baru 2017.

Sebagai rujukan akak lampirkan 48 projek sepanjang tahun Pusat Latihan Kraftangan Epal. Jika VIP menyiapkan 12 projek, peserta akan dianugerahkan dengan sijil jahitan kreatif daripada Epal. Sijil jahitan kreatif Epal ini sah untuk digunakan sebagai sokongan jika ingin memohon pinjaman dan juga boleh dijadikan bukti terampil untuk memohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM-PPT)

Berminat untuk menjadi ahli VIP Epal,
SMS/WA : 0123013341
Email : nice2craft@gmail.com




























Bookmark and Share

Popular Posts

Like us on Facebook