25 Dec 2016

Servis Susun Nama Nametag


Servis Susun Nama Nametag


Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid



Bermula dari Disember 2016 akak menawarkan servis susun nama nametag. Servis ini untuk mereka yang nak menyulam nametag tapi tiada software untuk masukkan nama. Dengan adanya servis ini, sesiapa yang ada mesin sulam boleh menerima tempahan menyulam nama nametag. 

Caranya adalah seperti berikut :

Langkah 1
- Berikan senarai nama mengikut ejaan yang tepat dalam huruf BESAR. Format dalam words/notepad dan email atau pm.

Langkah 2
- Buat pemabayaran ke akaun yang diberikan.

Langkah 3
- Terima file yang mengandungi nama dalam format mesin sulam masing-masing.

Whatsapp : 012 3013341 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Terima kasih.



Bookmark and Share

22 Dec 2016

Kelas Jahitan Yuran Percuma Disember

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : www.epal.com.my

Kelas Jahitan Yuran Percuma Disember

Seperti yang sedia maklum, sebagai ahli VIP Epal yuran kelas jahitan adalah percuma untuk 12 bulan.

Disember bulan persiapan kembali ke sekolah, Projek bulan ini juga ada kena mengena dengan persekolahan. Untuk ahli VIP Epal, siapkan minima 12 projek akan diberikan sijil jahitan kreatif tahap 1. 



Ini untuk projek kalendar. Sesuai untuk dijadikan hiasan di sudut perpustakaan mini di rumah. 


Beg bekas makanan untuk anak-anak membawa bekal ke sekolah. Anak-anak pasti teruja nak bawa bekal setiap hari.





Bookmark and Share

21 Dec 2016

Mesin Jahit Tepi Brother 2104D

Mesin Jahit Tepi Brother 2104D



Mesin jahit tepi Brother 2104D ini menggantikan mesin jahit tepi 3034D yang popular. Tetapan yang mudah dan hasil yang kemas untuk sebuah mesin jahit tepi jenis mudah alih. 


Mampu melakukan kemasan tepi fabrik seperti berikut :
  1. 4 thread overlock
  2. 3 thread overlock 5 mm
  3. 3 thread overlock 2.8 mm
  4. Rolled hem (jahit tepi halus)
  5. Blind hemming
  6. Pin tucks
  7. Flat Lock
  8. Narrow hemming (jahit tepi halus)


Bookmark and Share

Koleksi Kit Projek Jahitan Bulanan Epal

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid








Mood mengemas rumah. Kemas dan kumpulkan kit jahitan yang pernah dibeli di Pusat Latihan Kraftangan Epal suatu waktu dahulu. Kekangan masa, banyak yang belum disiapkan. Insyaa Allah akan cuba siapkan sedikit demi sedikit. 

Buat masa ini berhenti dahulu beli kain dan kit jahitan selagi projek ni tidak disiapkan. Perjanjian dengan diri sendiri.



Bookmark and Share