Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

6 May 2016

Panduan Melipat Dan Menyimpan Fabrik

Panduan Melipat Dan Menyimpan Fabrik

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Bagaimana anda menyimpan fabrik yang dibeli?

Di sini saya kongsikan bagaimana saya melipat dan menyimpan fabrik yang dibeli. Saya menggunakan pembaris 6"x24". Fabrik yang saya ada maksima 2 meter masih boleh menggunakan kaedah yang sama. Fabrik yang lebih kecil, seperti fat quater boleh menggunakan pembaris yang lebih kecil.

Pilihan lain boleh juga menggunakan kotak atau kad manila yang dipotong mengikut saiz yang diperlukan.


Langkah 1 :

Lipat fabrik memanjang mengikut ira kain. Letakkan pembaris seperti dalam gambar dan lipatkan kain mengikut pembaris tersebut. Lipatan pertama kira-kira 3" dari tepi kain.


Langkah 2 :

Lipat sehingga habis. Baki kain berada di bahagian atas seperti di dalam gambar di bawah.


Langkah 3 :

Lipat dua fabrik yang telah dilipat. Pembaris masih berada di dalam lipatan kain lebih mudah untuk mendapatkan lipatan yang cantik.



Langkah 4 :

Siap! Boleh disusun di dalam almari atau di dalam kotak. Lebih tersusun mudah untuk mengambil fabrik yang ingin digunakan.


Pilihan simpan di dalam almari bertutup atau bekas bertutup adalah lebih baik bagi mengelakkan habuk.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.



Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Like us on Facebook