25 Dec 2016

Servis Susun Nama Nametag


Servis Susun Nama Nametag


Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid



Bermula dari Disember 2016 akak menawarkan servis susun nama nametag. Servis ini untuk mereka yang nak menyulam nametag tapi tiada software untuk masukkan nama. Dengan adanya servis ini, sesiapa yang ada mesin sulam boleh menerima tempahan menyulam nama nametag. 

Caranya adalah seperti berikut :

Langkah 1
- Berikan senarai nama mengikut ejaan yang tepat dalam huruf BESAR. Format dalam words/notepad dan email atau pm.

Langkah 2
- Buat pemabayaran ke akaun yang diberikan.

Langkah 3
- Terima file yang mengandungi nama dalam format mesin sulam masing-masing.

Whatsapp : 012 3013341 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Terima kasih.



Bookmark and Share

22 Dec 2016

Kelas Jahitan Yuran Percuma Disember

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : www.epal.com.my

Kelas Jahitan Yuran Percuma Disember

Seperti yang sedia maklum, sebagai ahli VIP Epal yuran kelas jahitan adalah percuma untuk 12 bulan.

Disember bulan persiapan kembali ke sekolah, Projek bulan ini juga ada kena mengena dengan persekolahan. Untuk ahli VIP Epal, siapkan minima 12 projek akan diberikan sijil jahitan kreatif tahap 1. 



Ini untuk projek kalendar. Sesuai untuk dijadikan hiasan di sudut perpustakaan mini di rumah. 


Beg bekas makanan untuk anak-anak membawa bekal ke sekolah. Anak-anak pasti teruja nak bawa bekal setiap hari.





Bookmark and Share

21 Dec 2016

Mesin Jahit Tepi Brother 2104D

Mesin Jahit Tepi Brother 2104D



Mesin jahit tepi Brother 2104D ini menggantikan mesin jahit tepi 3034D yang popular. Tetapan yang mudah dan hasil yang kemas untuk sebuah mesin jahit tepi jenis mudah alih. 


Mampu melakukan kemasan tepi fabrik seperti berikut :
  1. 4 thread overlock
  2. 3 thread overlock 5 mm
  3. 3 thread overlock 2.8 mm
  4. Rolled hem (jahit tepi halus)
  5. Blind hemming
  6. Pin tucks
  7. Flat Lock
  8. Narrow hemming (jahit tepi halus)


Bookmark and Share

Koleksi Kit Projek Jahitan Bulanan Epal

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid








Mood mengemas rumah. Kemas dan kumpulkan kit jahitan yang pernah dibeli di Pusat Latihan Kraftangan Epal suatu waktu dahulu. Kekangan masa, banyak yang belum disiapkan. Insyaa Allah akan cuba siapkan sedikit demi sedikit. 

Buat masa ini berhenti dahulu beli kain dan kit jahitan selagi projek ni tidak disiapkan. Perjanjian dengan diri sendiri.



Bookmark and Share

12 Nov 2016

Juki Product Launch Party


Text : Sheila Wahid
Foto : Konwa (M) Sdn Bhd




Jom kita ke JUKI product launch party. Tarikh 10, 11 dan 12 November 2016. Masa dari 10am-5pm bertempat di Yee Button di alamat 169, SS2/24, Petaling Jaya, Selangor. Berita baiknya semasa pelancaran produk ni, ada seorang cikgu dari Jepun yang akan menunjukkan cara penggunaan mesin quilting longarm. Susah nak jumpa mesin ni di Malaysia, rasanya ini yang pertama kalinya.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis pelancaran produk daripada JUKI ini. Banyak info yang boleh diperolehi serta DISKAUN dan FREEGIFT juga. Jumpa di sana ya.



Bookmark and Share
This entry was posted in

1 Oct 2016

MESIN SULAM DIBAWAH HARGA RM2500

MESIN SULAM DIBAWAH HARGA RM2500

Mesin sulam ini berfungsi untuk melakukan tugas 2-dalam-1, iaitu menjahit dan menyulam. Harga sangat mampu milik untuk individu yang baru berjinak-jinak di dalam dunia jahitan dan sulaman.
Harga asal mesin ni adalah RM2999.00, harga yang dipamerkan adalah harga promosi.

1. Brother NV955 - RM2459.00

* 350 sticthes / minutes
* 100 mm x 100 mm embroidery field
* 296 embroidery patterns 
* Embroidery card and memory stick slot
* Auto thread cutting


2. Brother NV980K - RM2399.00



* 400 sticthes / minutes
* 100 mm x 100 mm embroidery field
* 196 built in embroidery patterns
* 54 Hello Kitty embroidery design
* Embroidery card and memory stick slot
* Auto thread cutting


3. Brother NV980D - RM2399.00


* 400 sticthes / minutes
* 100 mm x 100 mm embroidery field
* 196 built in embroidery patterns
* 40 Disney cartoon embroidery designs
* Embroidery card and memory stick slot
* Auto thread cutting



Bookmark and Share

17 Aug 2016

Kelas Jahitan PERCUMA Bulan Ogos

Kelas Jahitan PERCUMA Epal Bulan Ogos





Bulan Ogos kita akan belajar patchwork hiasan dinding dengan motif kapal layar, jam patchwork, uncang botol air dan coaster jam. Semua bahan ada disediakan di Pusat Latihan Jahitan. Kita pergi hanya perlu membawa peralatan jahitan sahaja.

Peralatan penting untuk patchwork yang wajib ada adalah :-

+ Roller cutter
+ Ruler
+ Cutting mat


Kelas percuma ini kita buka hanya untuk ahli sahaja. Untuk tahu lebih lanjut mengenai keahlian, boleh hubungi saya di talian 0123013341.



Bookmark and Share

4 Jun 2016

Seni Jahitan Kreatif - Kursus Bulan Jun


Seni Jahitan Kreatif - Kursus Bulan Jun

Text : Rosilawati Wahid
Foto : Epal

SENI JAHITAN KREATIF
KURSUS BULANAN - JUN
-----------------------------------
Bagi VIP Seni Jahitan Kreatif, bulan Jun para VIP semua akan mempelajari empat jenis projek (boleh pilih).
1. Beg Cornus
2. Gaun Smocking
3. Sarung telefon bimbit
4. Alas surat smocking
Bahan boleh dibeli di pusat di pusat latihan jahitan.
Ingin menjadi VIP Seni Jahitan Kreatif?
---> SMS/Whatsapp : 0123013341
---> SMS/Whatsapp : 0123013341
---> SMS/Whatsapp : 0123013341




Bookmark and Share

6 May 2016

Panduan Melipat Dan Menyimpan Fabrik

Panduan Melipat Dan Menyimpan Fabrik

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid

Bagaimana anda menyimpan fabrik yang dibeli?

Di sini saya kongsikan bagaimana saya melipat dan menyimpan fabrik yang dibeli. Saya menggunakan pembaris 6"x24". Fabrik yang saya ada maksima 2 meter masih boleh menggunakan kaedah yang sama. Fabrik yang lebih kecil, seperti fat quater boleh menggunakan pembaris yang lebih kecil.

Pilihan lain boleh juga menggunakan kotak atau kad manila yang dipotong mengikut saiz yang diperlukan.


Langkah 1 :

Lipat fabrik memanjang mengikut ira kain. Letakkan pembaris seperti dalam gambar dan lipatkan kain mengikut pembaris tersebut. Lipatan pertama kira-kira 3" dari tepi kain.


Langkah 2 :

Lipat sehingga habis. Baki kain berada di bahagian atas seperti di dalam gambar di bawah.


Langkah 3 :

Lipat dua fabrik yang telah dilipat. Pembaris masih berada di dalam lipatan kain lebih mudah untuk mendapatkan lipatan yang cantik.



Langkah 4 :

Siap! Boleh disusun di dalam almari atau di dalam kotak. Lebih tersusun mudah untuk mengambil fabrik yang ingin digunakan.


Pilihan simpan di dalam almari bertutup atau bekas bertutup adalah lebih baik bagi mengelakkan habuk.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.



Bookmark and Share