Dec 12, 2015

Catatan Harian 12/12/2015

Teks : Sheila Wahid

Hari ini mengemas bilik jahit. Agak lama juga saya tidak menjahit. Buat masa ini saya hanya menumpukan kepada jualan mesin jahit portable sahaja. 


Sejak bekerja dari rumah sepenuh masa, saya lebih menumpukan kepada kerja hakiki sebagai pelukis pelan. Kesibukan menguruskan anak-anak yang seramai tujuh orang juga antara faktor kekangan masa saya terhadap hobi jahitan ini. Sekali-sekala saya akan menjahit atau melakukan apa-apa kerjatangan sebagai terapi minda.

Buat pengetahuan semua, saya tidak mengambil sebarang tempahan sulaman lagi buat masa ini. Begitu juga dengan tempahan logo, semuanya saya telah lepaskan. Di dalam perancangan ada beberapa projek, sedang menyusun dan merangka langkah yang perlu diambil.


Sekarang semua idea tersimpan di alam kepala, harus ditulis agar ianya dapat dilaksanakan. Kalau tidak alamat kusut fikiran. Saya juga berhasrat untuk memberi lebih tutorial supaya ianya dapat manfaat bersama. Doakan saya ya.

Bookmark and Share