Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

12 Dec 2015

Catatan Harian 12/12/2015

Teks : Sheila Wahid

Hari ini mengemas bilik jahit. Agak lama juga saya tidak menjahit. Buat masa ini saya hanya menumpukan kepada jualan mesin jahit portable sahaja. 


Sejak bekerja dari rumah sepenuh masa, saya lebih menumpukan kepada kerja hakiki sebagai pelukis pelan. Kesibukan menguruskan anak-anak yang seramai tujuh orang juga antara faktor kekangan masa saya terhadap hobi jahitan ini. Sekali-sekala saya akan menjahit atau melakukan apa-apa kerjatangan sebagai terapi minda.

Buat pengetahuan semua, saya tidak mengambil sebarang tempahan sulaman lagi buat masa ini. Begitu juga dengan tempahan logo, semuanya saya telah lepaskan. Di dalam perancangan ada beberapa projek, sedang menyusun dan merangka langkah yang perlu diambil.


Sekarang semua idea tersimpan di alam kepala, harus ditulis agar ianya dapat dilaksanakan. Kalau tidak alamat kusut fikiran. Saya juga berhasrat untuk memberi lebih tutorial supaya ianya dapat manfaat bersama. Doakan saya ya.

Bookmark and Share

3 Nov 2015

Promosi Mesin Jahit Merrylock 848DSA


Promosi Mesin Jahit Merrylock 848DSA

Teks & Foto : Rosilawati Wahid 

Promosi Mesin Jahit Merrylock 848DSA

Whatsapp ke 012-3013341

Harga Promosi: RM1,300 (all-in)
Harga Pasaran: RM1,482.90 (termasuk GST)
Ansuran: dari RM60 sebulan

• Jahit Tepi Biasa 3 & 4 Benang
• Jahit Tepi Halus
• Jahit Tepi Berkedut
• Made in Taiwan
• Sesuai utk Kain Tebal, lebih berat berbanding mesin portable yg lain
• Pembayaran secara Tunai atau Ansuran

Untuk Pembelian Secara Tunai atau Ansuran,
Sila Whatsapp ke 012-3013341

Dokumen2 yg diperlukan utk Pembelian secara Ansuran;
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Slip Gaji 3 bulan yg terakhir
Salinan Penyata Bank 3 bulan yg terakhir

• Tempoh Tawaran Terhad.





Bookmark and Share

13 Jun 2015

https://youtu.be/Ofhe0QipQwg

12 Apr 2015

Mesin Jahit Hello Kitty

Mesin Jahit Hello Kitty

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda peminat Hello Kitty?

Saya kongsikan mesin jahit tema Hello Kitty keluaran syarikat Brother khas untuk anda. Warna merah jambu yang sejuk mata memandang, dengan imej comel Hello Kitty sedia di cetak pada bahagian hadapan mesin.
 
 

Brother : GS2786K
 
 
Mesin jahit ini merupakan mesin jahit asas. Sangat sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia jahitan dan juga kraf berasaskan fabrik. Sesuai juga untuk dijadikan hadiah buat anak-anak agar mereka mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan ini.
 
Yang paling utama untuk si peminat Hello Kitty yang comel ini pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi ini.
 
 
Bayangkan jika ianya diletakkan di atas meja ini di mana anda boleh berkarya sepanjang hari. Menghasilkan sesuatu dengan sepenuh jiwa dan raga, hasilnya sangat luar biasa. Itu pasti!
 
Jika anda masih sangsi, hubungi saya hari ini, saya sedia membantu anda.
 
Sehingga jumpa lagi,
 

Salam daripada Usahawan Online
Rosilawati Wahid

Popular Posts

Like us on Facebook