12 Jan 2014

CIKGU TUMIJAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Lama menyepi bukan sebab tiada aktiviti, tapi sibuk dengan urusan lain.
Menulis blog walau hanya satu cerita pendek memerlukan daya berfikir yang tinggi. Mengarang bait-bait perkataan untuk dijadikan cerita agar sedap dibaca.
Cikgu Tumijah, Puan Pengetua baru di sebuah sekolah. Seunik nama secantik orangnya.
 
Saya dapat tugasan untuk menyulam nama di atas apron yang bakal digunakan oleh Puan Pengetua semasa hari perasmian program Nilam.
Kerja-kerja dilakukan dari digitize imej kepada format sulaman kepada pemilihan benang, seterusnya di sulam. Semua ini dilakukan dalam masa 2 jam.
Buat Puan Pengetua yang baik budi dan sangat kuat berusaha….  didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan Puan sepanjang menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Jasamu pasti dikenang selagi ada usia dan semoga Allah memberikan ganjaran pahala berlipat ganda. Aamiin.

Salam ukhuwah,
Sheila Wahid,
Admin Nice2Craft.com.my