Sep 29, 2013

Gathering Foot–Tapak kedut

Ada dua jenis tapak kedut.. satu diberi nama ultimate ruffler foot dan satu lagi gathering foot atau dalam bahasa melayu tapak kedut.

Tapak kedut ni senang dan cepat nak guna.. terutama kalau ada nak buat sarung bantal ropol-ropol atau nak buat baju kanak-kanak yang ada ropol-ropol kat bahagian bawah skirt.
Eksperimen di bawah ni Sheila jahit menggunakan mesin Janome MC6500 dengan tension benang yang berbeza… lagi tinggi tension benang, lagi banyak kedut yang terhasil.
Gathering foot

Sheila tak berkesempatan untuk buat tutorial tapi boleh rujuk di pautan Youtube yang berikut :

Gathering Foot–Tapak Kedut









Tapak ni boleh digunakan dengan mana-mana mesin jahit… Insyaa Allah tiada masalah.

Selamat mencuba uolls..

Aug 29, 2013

PRE-ORDER ‘PERFECT PARTY DRESS’

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Maaf lama tak update blog, kalau nakkan berita terkini boleh ke fanpage kami. Klik pada link di sebelah kanan sana ye.
pre-order perfect party dress
Total ada 11 pattern baju dalam buku ni untuk kanak-kanak berusia 2-10 tahun. disertakan lengkap dengan arahan langkah demi langkah bergambar. Tutorial jahitan smocking juga disertakan dengan rujukan bergambar. Pola saiz sebenar juga disertakan sekali.

Sheila sangat syorkan buku ini dimiliki oleh anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia jahitan smocking.
Buat masa ni Sheila ambil pre-order dulu. Difahamkan bahawa Country Bumpkin sedang membuat cetakan kedua berikutan cetakan pertama yang begitu laris sekali.
Kalau nak order hantarkan email kepada admin@nice2craft.com atau pm di fanpage www.facebook.com/nice2craft

Sekian, hingga jumpa lagi.
ceria-ceria selalu.

Jul 4, 2013

Jun 17, 2013

Pattern by Popolok Design | Pattern review

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari minggu yang lalu sheila sibukkan diri dengan kerja-kerja mencantum dan menyambung pola. Due date untuk dijadikan baju adalah sebelum atau pada 23 Jun 2013.
popolok-design-1
Beginilah keadaan pola yang telah siap dicantum. Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan pola ni silalah ke kedai online Popolok di sini http://www.etsy.com/shop/popolok. Ada macam-macam pattern yang boleh didapati di sana ye… Popolok ni owner dia Alviana. Sheila ni kira silent reader blog Alviana ni. Beliau memang suka menjahit…Boleh kata kebanyakan baju-baju Alviana ni dia jahit sendiri…kagum.

Jadi…berbalik kepada pola di atas… Sheila terima dalam bentuk pdf dan perlu di cantum mengikut tanda-tanda yang telah diberikan. Arahan langkah demi langkah juga diberikan…. jadi tak susah.

Alviana sangat prihatin dengan pattern yang dihasilkan. Kalau dibandingkan pattern daripada pengeluar yang lain kebanyakannya setiap bahagian akan ada yang bertindih antara satu dengan yang lainnya… tapi pattern dari Popolok Design ni tidak bertindan antara satu dengan yang lainnya. Sangat mudah untuk difahami…

Ok… nak back to work… kalau nak beli pattern ni, feel free untuk singgah di kedai online Popolok. Sehingga jumpa lagi… tataaa…

May 22, 2013

Panduan Menjahit Jubah Kembang

Assalammualaikum, 

Mood rajin. Mood rajin.

Lama dah tak pegang mesin jahit… akhirnya berjaya melawan penyakit “M” dan penyakit “S” yang melanda sejak sekian lama (M tu untuk manja dan S tu untuk sibuk ^_^). Nama jubah tak agak-agak kan… Pola jubah ni dikongsi oleh Sophia dari geng mesin jahit (GMJ). Bila tengok senang sangat sheila pun mencuba dan berjaya… Alhamdulillah.

POLA JUBAH



Formula untuk pola separuh....1/2 bahu + labuh tangan



HASILNYA…. TADAAAA….

 
Sheila menggunakan fabrik lycra bidang 60”. Hujung lengan tu Sheila buatkan bercekak dan keliling leher sheila cuma lipat sekali dan jahit dengan mesin coverstitch Brother. Hasilnya not bad… boleh le buat pakai sendiri untuk menghadiri kuliah di surau atau ke kelas mengaji. Tapi kalau nak pakai bawak pergi kenduri pun boleh je

Ok… cukup-cukup sudah untuk entri ni… next kita buat apron hello kitty pulak ye… tunggu next entri. Hingga jumpa lagi…

Wassalam

Feb 27, 2013

Pre- order : Electric cutter

Assalammualaikum dan salam sejahtera. ..

Sheila buka pre-order untuk elektrik cutter ni. Electrik cutter ni sangat berguna kepada tailor yang menjahit secara banyak...

Bahagian bawah plate tu ada roller kecil yang memudahkan untuk kita memotong lapisan-lapisan fabrik.. tak seperti gunting. ... cutter ni kita tolak je...

Untuk menggunakan cutter ni... kain hendaklah dibentangkan di permukaan kerja (meja/lantai).. letakkan pola dan kita potong ikut pola sahaja..

Sheila sangat syorkan setiap tukang jahit patut ada alat ni bagi mempercepatkan kerja-kerja memotong.

Sheila buka pre-order dengan bayaran penuh... alat ini akan dapat dalam masa 1 minggu selepas quota 5 orang penuh.

Sms/call/whassap : 0123013341
Email : admin@nice2craft.com