Jan 3, 2012

Tuala Mandi & Tuala Muka Bersulam Nama

Kali ni nak tunjuk hasil sulaman tuala mandi dan tuala muka untuk di bawa ke hospital nanti. Sebelum ni asyik dok menyulam untuk pelanggan je, tapi kali ini tuan badan pun nak merasa juga… Sheila memilih warna coklat tua dan disulam dengan benang pink… mode : suka sokmo –_-
Border atas dan bawah tu sheila digitize sendiri… begitu juga dengan nama yang menggunakan font ‘Script MT Bold’.
396148_222568181156427_154153311331248_515905_985008396_n
Kalau buat untuk hantaran perkahwinan pun cantik juga kan… jadi, kalau ada yang nak order tu boleh le menghantar e-mail kepada Sheila untuk mendapatkan sebut harga….

E-mail : nice2craft@gmail.com
Sms : 012 301 3341

Panduan Menjahit Hooded Baby Towel

Assalammualaikum…
Maaf sebab lama-lama sekali baru nak update blog ni… Sheila sekarang sedang menghitung hari untuk menyambut kehadiran insan baru ke dunia. Itu yang aktiviti jahitan pun agak kurang… Sheila cuma menjahit untuk kegunaan sendiri sahaja.
Terkini, Sheila menyiapkan hooded baby towel untuk my newborn nanti. Kalau mengikut scan Insyaallah baby boy… sama-samalah kita tunggu dan lihat. Jadi sekarang ni, keperluan untuk baby kebanyakan Sheila pilih warna putih dan biru. Untuk towel serta bedding set Sheila memilih kombinasi hijau dan biru, redup aje mata memandang.
392702_221769937902918_154153311331248_512444_866747677_n
Untuk projek ni, Sheila beli bath towel yang biasa tu dan juga 1/4 meter Robert Kaufman untuk hood dan juga binding
Material :
- 100% cotton towel
- Hood & binding - Designer cotton by Robert Kaufman
- Applique - cotton
Size :
Hood : 12"x12"
Towel : 36"x36"

Untuk tutorial langkah demi langkah, boleh rujuk link berikut ye, tapi Sheila ada buat beberapa perubahan mengikut kesesuaian…

Click to Enlarge

http://sew4home.com/projects/bath-linens/630-baby-gifts-pretty-bird-hooded-towel-with-matching-washcloth