Followers

Sheila Wahid - Rakan Nutrisi Anda

Oct 18, 2012

Mesin jahit tepi tudung – Brother coverstitch

Assalammualaikum,

Produk baru di Nice2Craft… mesin jahit tepi tudung keluaran Brother. Yang nak cerita hari ni mesin yang boleh jahit dua line tu.. kalau nak mesin jahit tepi halus/gedik-gedik tu nanti entri yang lain ahkak story ye…

Teringat lagi masa sheila mula terlibat dengan jahitan tudung DIY ni 3 tahun dulu… nak cari mesin jahit coverstitch ni punyalah susah. Kalau ada pun hat yang industri punya tu. Paham le kan harganya camana. Kawan Sheila beli direct dari Hong Kong pun ada sebab nak cari yang portable punya.

Sekarang dah tak susah dah.. memang dah boleh dapat kat Malaysia. Harga pun sangat mampu milik… bawah RM2K ok. Memang sangat berbaloi-baloi… Mai sheila perkenalkan mesin Brother coverstitch, yang boleh jahit 2 line….

coverstitch-2340cv

 

Harga cuma RM1,699.00 sahaja, murah kan… tak termasuk kos pos ye. Bukan untuk jahit tepi tudung 2 line tu je, boleh jahit bahagian leher, tepi baju t, kalau buat seluar pyjama pun cantik juga jahit dengan mesin ni. Pendek kata banyak yang boleh digunakan dengan mesin ni.

Kalau ikut kebiasaannya, kita akan jahit tepi dulu kemudian tu tindih dengan mesin jahit untuk hemming dia kan, tapi mesin ni tak payah susah-susah untuk jahit 2 kali, lipat untuk hemming kemudian jalan je terus. Kan dah jimat masa… Nak tengok contoh jahitan macam kat bawah ni…. kalau kreatif lagi macam-macam boleh jahit…

CONTOH JAHITAN

wide cover stitch

chain stitch

Narrow cover stitch

tri-cover stitch

Decorative stitch

Sangat best kan? Memang tak tidur malam le kalau dah memikirkannya… asyik teringat-ingat, terbayang-bayang, termimpi-mimpi…. jadi untuk mengelakan gejala yang lebih teruk, sheila ada ubatnya… hubungi sheila dengan segera, boleh sheila bagi penawarnya… 012 3013341 adalah kata kuncinya….

8 komentar:

bundle ABC said...

mesin nie boleh jahit tepi yg mcam biasa tu jugak ker kak??

mashitah sharul said...

tolong sy dapatkan mesin jahit tepi halus/curly.. untuk jahit kain shiffon.

Miss Mya said...

Salam,

Saya ada sms enquiry... pls check tq :)

Sheila Wahid said...

Bundle ABC - mesin ni tak boleh jahit tepi biasa tu.

Mashitah sharul - untuk jahit tepi curly adalah disarankan untuk beli mesin jahit tepi model 3034D (RM1,299.00) atau model 4234D (RM1,899.00)

Miss Mya - dah reply, dapat tak?

SalonCantik said...

Kak sheila,

Kalau diberi pilihan antara serger dan coverstitch machine sahaja yg mana should I get first? Thank you.

cHeQ cHenTa miZ SaZeRAm said...

Sis,,xde sistem kutu ke??? Hehehe,,, wt sistem kutu mgkn ramai join,,, sy pn nk jgk,,,

nelyasara apparel said...

saya berminat. nak tanya cara payment camnelak.

lynda wasley said...

Kak sheila..sy berminat nak jual tudung..kak sheila boleh tolong saya dapatkan mesin jahit tepi yg halus untuk jahit kain shiffon yg lembut...tapi janganlah yg mahal kak sheila

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts