14 Oct 2011

Idea Hadiah Ulangtahun Kelahiran / Perkahwinan

Assalammualaikum,
Selamat ulangtahun diucapkan kepada yang meraikan ulangtahun kelahiran atau perkahwinan atau apa sahaja acara yang diraikan. Macam Sheila jarang-jarang bagi hadiah… kalau ada ulangtahun kelahiran kami lebih suka keluar makan bersama-sama. Buat anak-anak, Sheila lebih suka menghadiahkan buku, sebab anak-anak pun memang suka membaca. Kalau untuk suami pula, pernah le bagi baju, perfume, jam… ermm… itu je pun yang senang.
Peningkan nak fikirkan tentang hadiah buat orang tersayang… kalau banyak duit rasanya boleh je hadiahkan PSP, Ipad 2, Iphone 4 untuk anak-anak tersayang…. kalau untuk isteri pula, boleh belikan gelang emas 7-8 urat ataupun rantai berlian yang gemerlapan. Buat suami, boleh juga hadiahkan kereta sport sebiji…. ada tu yang hadiahkan nombor plate kereta sempena ulangtahun… macam-macam yang boleh diberi… yang penting, sediakan fulusnya sahaja… 
Kira-kira dua tahun lepas Sheila pernah ditugaskan untuk menyulam ucapan ulangtahun kelahiran untuk mantan Perdana Menteri Malaysia berserta isteri… Alhamdulillah, hasil yang sangat cantik dan unik sekali.
TunMahathirB'day
Ianya merupakan bingkai gambar di mana gambar Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah dicetak di atas iron on transfer paper dan kemudiannya diseterika di atas fabrik. Seterusnya bait-bait ucapan telah disulam menggunakan mesin sulam berkomputer Janome MC350e di atas fabrik… untuk memperindahkan lagi potret tersebut, kristal Swarovski juga ditampal mengikut corak yang terdapat pada kain… Lain dari yang lain…
Walau apapun hadiah yang kita beri kepada insan-insan yang kita sayangi… apa yang penting adalah ingatan tulus ikhlas kita. Tanpa orang-orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita, pastinya hidup yang kita lalui tidak akan ceria….
Hujung minggu ni Sheila akan sibuk dengan pelbagai acara dan yang pasti pada hari Ahad bersamaan 16 Oktober 2011 adalah hari yang dinantikan oleh Sheila dan kawan-kawan di GMJ sebab kami akan berkumpul buat pertama kalinya…. harapan Sheila agar semuanya berjalan dengan lancar. Hingga kita jumpa lagi….
Salam hormat dan salam ceria buat semua…