Jul 5, 2011

Di Sini Bermulanya…

Assalammualaikum,
dsb2
Bagaimana Sheila timbul minat dalam bidang jahitan dan kraftangan?… Di sini bermulanya…

Sejarah dalam keluarga

Opah Sheila membuat sulam tekat benang emas secara tradisional untuk perkahwinan anak-anaknya… makcik-makcik (sebelah bapa) juga berseni orangnya… boleh kata semuanya boleh menjahit dan membuat kraftangan… itu pendedahan secara langsung yang paling awal Sheila terima… seawal sekolah rendah darjah 4-5. Waktu cuti sekolah adalah masa yang dinanti-nanti, mesti berpeluang balik kampung dan membantu makcik menyembat baju kurung… masa tu tak ada upah… sukarela je…

Dalam tahun 1992… masa tunggu result SPM Sheila menghadiri kelas formal untuk belajar seni jahitan dan kraftangan ni. Jika kebanyakan rakan-rakan akan mencari kerja sambilan, tapi bagi mak… tak perlu kerja sambilan… tinggal saja di rumah dan bagi mengisi masa yang banyak terluang, Sheila dihantar ke kelas KEMAS bagi mendalami ilmu berkaitan jahitan. Sheila akur… tinggal di kampung, apalah pilihan yang Sheila ada pada waktu tu.
image
Belajar di kelas KEMAS terdiri daripada orang-orang veteran… masa tu Sheila seorang je yang belasan tahun… bayangkanlah perasaan masa tu… timbul juga perasaan bosan, tapi Sheila bulatkan juga azam, untuk belajar menjahit.
Macam-macam Sheila belajar waktu tu… antaranya baju kurung, baju kurung moden, baju melayu, sulam tangan, patchwork, baju kurung kedah dan lain-lain lagi lah…. pendek kata, umur 17 tahun Sheila dah boleh menjahit baju kurung sendiri untuk pakai raya… seronok. Dan hasil patchwork Sheila yang pertama (sarung kusyen) menggunakan teknik Chathedral Window masih elok hingga kini…

IMG_1318
IMG_1316
Tutorial Chathedral Window ada di sini  april-makingendsmeet
Ada satu lagi patchwork yang Sheila suka - selimut hexagon yang mak Sheila buat… kalau nak tahu, selimut tu Sheila masih lagi digunakan hinggalah sekarang… betapa berharganya semua itu buat Sheila.

Dan bermula dari situlah minat dalam bidang jahitan ni timbul… daripada jahitan pakaian kepada patchwork dan akhirnya kepada smocking… dan kini seni jahitan ini masih lagi merupakan hobi… dan yang bagusnya dari hobi jahitan juga Sheila bertemu rakan-rakan baru yang juga mempunyai hobi yang sama….

Semoga dunia jahitan ini akan bertambah meriah dengan kehadiran kita semua….
****************************************************************
Bagaimana pula rakan-rakan crafters yang lain memulakan hobi/minat dalam bidang jahitan atau kraftangan ni? Mari kita kongsikan bersama-sama permulaan perjalanan anda dalam hobi yang menarik ni…
Mari kita berkongsi cerita…
Cara-caranya :
  1. Terbuka kepada semua crafters, walaupun anda baru sahaja bermula berjinak-jinak dalam bidang jahitan / kraftangan.
  2. Dapatkan button “Di Sini Bermulanya…” (right click untuk save)
  3. Masukkan button “Di Sini Bermulanya…” di dalam post anda dan ceritakan kisah anda “Di Sini Bermulanya…” bersama-sama dengan gambar jahitan/kraftangan anda yang pertama (jika ada)
  4. Linkkan banner “Di Sini Bermulanya…” di post anda kepada link ini (http://www.roseinspiration.com/2011/07/di-sini-bermulanya.html)
  5. Bila dah siap, klik pada tajuk post “Di Sini Bermulanya…”  anda dan dapatkan URLnya, seterusnya masukkan nama dan URL anda kepada Mister Linky Widget yang tersedia…
Maknanya, sesiapa yang klik link tersebut akan terus dibawa kepada cerita anda “Di Sini Bermulanya…”



Tak sabar nak membaca kisah anda semua… Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi Sheila melalui email : rosilawati.wahid@gmail.com