Apr 24, 2011

Masalah 1 : Benang berserabut/bergumpal atau berbiji dibahagian bawah dan putus-putus walaupun anda sudah adjust tension benang atas kepada nombor yang besar.

Langkah pertama : Sila semak cara pemasangan benang.



Langkah kedua : Sila check jarum anda adakah bengkok atau tumpul.


Langkah ketiga : Sila chek bahagian tension benang atas untuk memastikan tiada benang dibahagian tension,sila ikut langkah-langkah dibawa untuk chek benang atau menanggalkan benang jika terdapat benang didalam.


sumber : www.epal.com.my

WIP | Tissue Box Cover

Assalammualaikum…

Apa khabar? Petang ni nyaman je kan suasana lepas hujan… agak lebat juga tadi… Alhamdulillah… petang-petang gini kalau dapat minum kopi o cicah roti sedapnya.

Haa… nak cerita tentang projek terkini… minggu lepas dan minggu ni dalam mood rajin… semalam dah siap sulam bahagian atas tissue box cover untuk projek phbb seni jahitan kreatif.… Sambil menyulam, sambil kemas rumah, sambil basuh kain… untung ada mesin sulam berkomputer MC350 ni… set aje design yang disukai lepas tu tinggalkan aje biar dia buat kerja sendiri….

Photo0456 MC350 ku melakukan kerja-kerja menyulam… yang ni stage awal…

Photo0458 Dan inilah hasilnya… suka lah tengok corak ni… kalau apply pada baju pun cantik juga rasanya… nanti kalau ada masa nak try experimen pada baju pula…

Hingga jumpa lagi… salam ceria…