Apr 7, 2011

Konvensyen Epal 2011 | “Bagaimana Memperkasakan Kaum Wanita”

Alhamdulillah, tahun ni Sheila diberikan rezeki untuk menghadirkan diri ke konvensyen Epal. Bertuah kerana Sheila dapat menuntut ilmu dengan guru-guru yang didatangkan khas dari luar negara seperti Taiwan dan Jepun untuk berkongsi teknik serta mempelajari cara mereka menghasilkan produk jahitan.
Bengkel empat hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermula seawal 6.30am hingga ke 10.30pm… penuh. Selain daripada bengkel jahitan, ada juga booth-booth jualan dan pameran dengan bermacam tawaran menarik seperti mesin jahit Janome Sew Mini ni… cute sangat.. didatangkan dengan pakej ‘Sew Treasure’ di mana peserta yang membeli mesin ni akan dapat sebuah mesin jahit dengan beg pink yang comel, set buku pembelajaran “Sew Treasure” (buku rujukan dan buku kerja) dan kursus yuran PERCUMA sebanyak 15 sesi pembelajaran (2 jam setiap sesi) dengan pilihan projek-projek yang terkandung di dalam buku rujukan. Nak detail tentang mesin sila refer Janome Sew Mini.
image
Kepada sesiapa yang berminat jom singgah di Summit Hotel, Subang Jaya. Pergi ke tingkat lima ye… macam-macam ada. Kain-kain kapas pun banyak dijual… harga murah-murah….
Hari ni ada forum bersama YB Senator Dato’ Maznah Bt Mazlan (Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia), Y.Bhg. Datuk Abdul Rahim Hassan (Pengarah TEKUN) dan Puan Farzana Halim Hai (Senior Manager Aarong di bawah pimpinan Persatuan BRAC, Bangladesh). Tajuk forum “Bagaimana Memperkasakan Kaum Wanita”…
Jumpa di sana ye…
p/s : akulah wanita perkasa!