17 Feb 2011

Konvensyen Epal 2011 | Pilihan Kursus

Assalammualaikum,

Kali ni Sheila sertakan kursus yang boleh dipilih semasa konvensyen ni berlangsung. Bahan-bahan akan disediakan oleh pihak Epal. Masa kursus juga akan ditetapkan oleh penganjur. manakala pilihan kursus adalah terhad kepada lima sahaja bagi setiap peserta konvensyen…. Perlu diingat para peserta perlu membawa peralatan jahitan sendiri…

  • Gunting Kain
  • Gunting Benang
  • Gunting Sulam
  • Gunting Kertas
  • Jarum Peniti
  • Jarum Tangan
  • Magic Pen
  • Kapur
  • Eraser Pen
  • Pembaris
  • Pita Ukur
  • Penetas
  • Roda Surih
  • Pisau
  • Finger Presser
  • Bodkin

Kotak Hantaran Beg Hono Blaus Handtowel Kristal Vest Stailo Kusyen Fabrik

Konvensyen Epal 2011 | Aturcara Program

bismillah

Assalammualaikum….

Jom pergi konvensyen… Kalau tahun 2010 Sheila tak dapat menyertai konvensyen Epal ni, tapi tahun 2011 Sheila akan turut serta… Insya’Allah…. yang bestnya Jurra-SewCute pun akan terbang dari Kota Kinabalu untuk menghadiri konvensyen… yeayyy… boleh le kita berjimba-jimba kan Jurra… kan kan…

Ringkasan

Tarikh konvensyen   :   06 – 09 April 2011 (4 hari 3 malam)
                                  07 April 2011 (Majlis Perasmian)

Tempat                   :   The Summit Hotel
                                  Persiaran Kewajipan USJ 1, 47600 UEP Subang Jaya, Selangor

Majlis Perasmian      :   KDYTM Tengku Puan Pahang Tuanku Hajjah Azizah Aminah
                                  Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
                                  DK., DK (Johor)., SPMJ

Yuran                      :   RM1,199.00 (VIP Epal)      RM1,999.00 (Bukan VIP Epal)

Aturcara Program

 06 April 2011  07 April 2011 08 April 2011 09 April 2011
  8.00am – 9.00am
Sarapan pagi
8.00am – 9.00am
Sarapan pagi
 
  9.30am – 12.00pm
Perasmian
8.00am – 12.00am
Workshop (2)
8.00am – 12.00am
Workshop (4)
12.00pm
Pendaftaran
12.00pm – 2.00pm
Makan tengahari & rehat
12.00pm – 2.00pm
Makan tengahari & rehat
12.00pm – 2.00pm
Makan tengahari & rehat
2.00pm – 6.00pm
Workshop (1)


Teabreak
2.00pm – 6.00pm
Dialog/Forum perbincangan “Bagaimana membantu wanita dengan lebih berkesan”
2.00pm – 6.00pm
Workshop (3)


Teabreak
 
2.00pm – 6.00pm
Workshop (5)


Teabreak
 
7.30pm – 9.30pm
Welcome Dinner
6.00pm – 7.30pm
Dinner
7.00pm – 9.00pm
Welcome Dinner
 

* Nota : Mungkin akan ada perubahan pada aturcara program…

Tenaga pengajar akan didatangkan dari Jepun dan Taiwan… Setiap peserta perlu memilih 5 jenis projek jahitan daripada 8 yang ditawarkan…

Tempat terhad, siapa cepat dia dapat.