27 Jan 2011

Tapak Tambahan Mesin Jahit Janome | Magic Kit

Assalammualaikum,

Salam ceria Sheila ucapkan di hari Khamis ni. Harap semuanya berada dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya. Kalau dalam entry tentang
mesin jahit serbaguna Janome 2049, Sheila ada sebut tentang magic kit…. mungkin ada yang tertanya-tanya apakebendanya magic kit tu kan?… magic kit tu sebenarnya tapak tambahan, ianya datang sekali dengan mesin jahit Janome 2049. Bagi yang tak ada set tapak tambahan ni, boleh juga dibeli berasingan pada harga RM299.00/set.

Keistimewaan Magic Kit

Bagi Sheila, dengan adanya set tapak tambahan ni senang… tak payah fikir-fikir tapak apa nak kena beli, tapak ni dah ada ke belum… silap haribulan terlebih beli pulak. Lagi satu yang tak bestnya, dah beli tapak… balik rumah nak guna tak boleh, tak sesuai dengan mesin..

Cuba bayangkan kalau kita bersemangat nih… nak jahit zip sembunyilah katakan hari ni… tetiba, alamak! Tapak zip sembunyi tak ada… Frust! Bila ada magic kit ni tak risau dah, kebanyakan tapak yang kita selalu guna ada dalam satu bekas… ala-ala poket Doraemon gitu… >_<

Bagi sesiapa yang belum tahu… magic kit ni mengandungi 14 jenis tapak tambahan (macam dalam ini gambar) dengan fungsi yang berlainan. Tapak tambahan ni tak termasuk 5 jenis yang sedia ada dengan mesin jahit, jadinya kalau beli mesin jahit… kita akan dapat total 19 jenis tapak.

P1010244 

P1010245

Magic Kit

  • Tapak Sulam

  • Tapak Kuilting

  • Tapak Ultimate Ruffler

  • Tapak Zip Sembunyi

  • Tapak Paiping

  • Tapak Bilding

  • Tapak Pasang Butang

  • Tapak Three Way Cording

  • Tapak Kedut

  • Tapak Jahit Tepi

  • Tapak Pintucking

  • Tapak Basi 1/4"

  • Tapak Kulit

  • Tapak Kelim Bulat

Kebaikan

  • Lebih banyak jenis fabrik boleh digunakan

  • Membantu mesin ini berfungsi dengan lebih praktikal

Ok? Lepas ni kita belajar jenis tapak pulak ye dengan fungsi dan kegunaan setiap tapak…. Bila tu tak tahu lagi… sebab sekarang tengah sibuk menyiapkan design logo dan juga menjahit baju nak pakai kenduri Sabtu ni… kain dah siap cantum, tinggal nak pasang getah pinggang, untuk baju belum gunting lagi… cadangnya malam ni baru nak gunting… (harap tak terlelap awal)

Setelah sekian lama mesin tu berehat, lepas ni nampak gayanya kena kerja keras balik ye wahai cik-cik Jan semua… tapi semalam masa guna mesin jahit tepi… bunyi semacam je… mungkin sebab lama sangat tak digunakan, nampak gayanya kena hantar servis le hujung minggu ni…