Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

27 Jan 2011

Tapak Tambahan Mesin Jahit Janome | Magic Kit

Assalammualaikum,

Salam ceria Sheila ucapkan di hari Khamis ni. Harap semuanya berada dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya. Kalau dalam entry tentang
mesin jahit serbaguna Janome 2049, Sheila ada sebut tentang magic kit…. mungkin ada yang tertanya-tanya apakebendanya magic kit tu kan?… magic kit tu sebenarnya tapak tambahan, ianya datang sekali dengan mesin jahit Janome 2049. Bagi yang tak ada set tapak tambahan ni, boleh juga dibeli berasingan pada harga RM299.00/set.

Keistimewaan Magic Kit

Bagi Sheila, dengan adanya set tapak tambahan ni senang… tak payah fikir-fikir tapak apa nak kena beli, tapak ni dah ada ke belum… silap haribulan terlebih beli pulak. Lagi satu yang tak bestnya, dah beli tapak… balik rumah nak guna tak boleh, tak sesuai dengan mesin..

Cuba bayangkan kalau kita bersemangat nih… nak jahit zip sembunyilah katakan hari ni… tetiba, alamak! Tapak zip sembunyi tak ada… Frust! Bila ada magic kit ni tak risau dah, kebanyakan tapak yang kita selalu guna ada dalam satu bekas… ala-ala poket Doraemon gitu… >_<

Bagi sesiapa yang belum tahu… magic kit ni mengandungi 14 jenis tapak tambahan (macam dalam ini gambar) dengan fungsi yang berlainan. Tapak tambahan ni tak termasuk 5 jenis yang sedia ada dengan mesin jahit, jadinya kalau beli mesin jahit… kita akan dapat total 19 jenis tapak.

P1010244 

P1010245

Magic Kit

  • Tapak Sulam

  • Tapak Kuilting

  • Tapak Ultimate Ruffler

  • Tapak Zip Sembunyi

  • Tapak Paiping

  • Tapak Bilding

  • Tapak Pasang Butang

  • Tapak Three Way Cording

  • Tapak Kedut

  • Tapak Jahit Tepi

  • Tapak Pintucking

  • Tapak Basi 1/4"

  • Tapak Kulit

  • Tapak Kelim Bulat

Kebaikan

  • Lebih banyak jenis fabrik boleh digunakan

  • Membantu mesin ini berfungsi dengan lebih praktikal

Ok? Lepas ni kita belajar jenis tapak pulak ye dengan fungsi dan kegunaan setiap tapak…. Bila tu tak tahu lagi… sebab sekarang tengah sibuk menyiapkan design logo dan juga menjahit baju nak pakai kenduri Sabtu ni… kain dah siap cantum, tinggal nak pasang getah pinggang, untuk baju belum gunting lagi… cadangnya malam ni baru nak gunting… (harap tak terlelap awal)

Setelah sekian lama mesin tu berehat, lepas ni nampak gayanya kena kerja keras balik ye wahai cik-cik Jan semua… tapi semalam masa guna mesin jahit tepi… bunyi semacam je… mungkin sebab lama sangat tak digunakan, nampak gayanya kena hantar servis le hujung minggu ni…

26 Jan 2011

Servis Poslaju vs City-Link, mana lebih bagus?

Assalammualaikum,

Pada pendapat korang le kan, yang mana servis lebih bagus, Poslaju ke City-Link? 19hb Januari hari tu Sheila ada hantar satu bungkusan (smocking pleaters) ke Pulau Pinang, confident je ingatkan dah sampai…. tup.. tup.. hari ni tadi customer Sheila di Pulau Pinang hantar sms kata belum terima lagi… dah seminggu masih tak terima…?. Sheila cepat-cepat call City-Link pagi tadi (9.30am) bercakap dengan Paul… dia kata nak return call, tapi sampai sekarang belum call lagi. Apalah masalahnya?

Selalunya Sheila pilih antara Poslaju dan  City-Link… so far Sheila tak pernah ada masalah dengan Poslaju, tapi dengan City-Link ni kali kedua perkara macam ni jadi. Mungkin lepas ni nak guna Poslaju aje… malas nak layan City-Link. Geram!

 

Kemaskini :

Penerima di Pulau Pinang sudah menerima bungkusan (baca : smocking pleaters) beliau hari ni. Sheila menerima sms beliau sekitar pukul 4.00pm tadi, tapi pihak City-Link tidak menghubungi Sheila untuk mengesahkan penghantaran. Apa-apa pun Sheila ucapkan terima kasih kepada pihak City-Link yang telah dapat menjejak bungkusan yang Sheila hantar dan menyerahkan dengan selamat.

Tutorial | Kegunaan Fusible Web

Assalammualaikum,

Pepagi tadi sebelum pergi sekolah (actually dari semalam lagi… tapi semalam tu ada linedance, balik dah letih… tak daya nak menjahit), Al-Amin minta tolong jahitkan lencana pada uniform pengakapnya, sebab petang nanti ada perjumpaan unit beruniform. Kalau nak menjahit pepagi tu faham le sibuknya…. ada enam lencana lak tu yang nak dijahit…. fikir punya fikir… tetiba keluar mentol dalam kepala… idea untuk mamanya yang tak kuasa menjahit pepagi buta… hihihi…

Dapat idea untuk gamkan aje lencana-lencana tu pada baju… cepat dan tampak lebih kemas. Nasib baik fusible web yang lama masih berbaki, capai pen dan panaskan seterika… mula-mula lukiskan bentuk yang diingini di belakang fusible web ni, lepas tu iron atas lencana… bila dah lekat, buka kertas di belakang fusible web tu kemudian iron pulak atas baju. Sebab lencana tu tebal, jadi kena set pada suhu yang tinggi baru boleh lekat.

Siap semua… 15 minit masa keseluruhan untuk melekatkan kesemua lencana… lalala… seronok… maaflah ye, Sheila tak tahu istilah bahasa Melayu untuk fusible web ni… kekadang panggil kertas double-sided gam (bahasa Inggeris juga). Nak tahu lebih lanjut sila rujuk sini http://sewing.about.com/od/notions/qt/fusibleweb.htm

Langkah-langkah menggunakan fusible web :-

Fusible web - terdapat dua bahagian, bahagian kertas dan bahagian berkilat (gam)

Fusible Web
Surih artikel di bahagian kertas.

Fusible Web1
Letakkan bahagian berkilat di belakang lencana. Seterika hingga melekat sepenuhnya pada lencana.

Fusible Web2 

Peel bahagian kertas.

Fusible Web3 
Letakkan di baju dan seterika lagi. Sila pastikan ianya betul-betul melekat.

Fusible Web4 
Tadaaaa…. siap! Mudah, cepat dan kemas.

Fusible Web5

19 Jan 2011

Sewing Tools | Eyelet

Hari ni nak share tools yang Sheila ada… ada banyaaaakkkkk tools sebenarnya, tapi nak tunjuk tools untuk buat eyelet. Eyelet ni biasanya orang guna untuk buat bag dan langsir, sebagai perhiasan pada artikel projek kita pun boleh juga…

P1000070 
Terdapat pelbagai saiz yang ada di pasaran, tapi yang Sheila guna saiz 15mm, 28mm dan 34mm…. Masa Sheila ke Jakarta tempohari, Sheila ada jumpa pelbagai saiz eyelet ring ni…. kedai yang sheila jumpa tu kiranya wholeseller bagi peralatan craft… memang syiok habis masuk kedai tu… sampai tak tahu nak beli apa….  dan end up tak beli apa-apa…

P1000076

Yang ni pulak peralatan yang perlu ada bagi menghasilkan eyelet… yang bawah tu fabric puncher (penebuk lubang), yang bertujuan untuk melubangkan kain sebelum dimasukkan eyelet shaft… lepas tu guna hammer plate dan hammer post (penekan eyelet)… kena sediakan hammer juga.

Nota Kaki :
Istilah yang digunakan di sini adalah mengikut fahaman Sheila sendiri… mungkin ada istilah lain yang digunapakai di luar sana.
Harap maklum.

14 Jan 2011

Felt Craft Class Untuk Kanak-kanak Bersama SekociNorlie

Assalammualaikum,

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendedahkan anak-anak dengan seni kraf Felt, ini peluang baik untuk anda… perincian adalah seperti berikut :-

*********************************************************************************
Salam and good morning,

Hi, I will organising classes for felt craft (FOR KIDS) end of this month (30th January 2011).
The classes are for children and cost RM70 per session (fee is inclusive of all materials).
If your kids / little sister / little brother  interested with felt craft Lets joint us... opportunity to be featured in TV3 Kids News..!!.

- Age between 6 years to 12 years

Attach is the promo.

Appreciate if you can help me to spread the news..

URL: http://sekocinorlie.blogspot.com/2011/01/felt-craft-class-kids.html

11 Jan 2011

Q&A | Mesin Jahit Serbaguna 2049 Boleh Jahit Sulam Kerawang?


Assalammualaikum…

Sekarang kita dah masuk ke minggu kedua bulan Januari 2011. Bagaimana keadaan kesihatan anda??? Doa Sheila semoga semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Minggu ni Sheila nak buka segmen Q&A… Anda tanya soalan berkenaan  mesin dan Sheila akan berikan jawapannya di sini…

Soalan

Saya nak tanya tentang mesin jahit Janome 2049 boleh jahit sulam kerawang dan adakah perlukan kemahiran untuk menyulam?

Pn. Salbiah, Sarawak

Jawapan

Boleh dan semestinya Puan memerlukan kemahiran untuk menggerakkan artikel serta mengawal butang untuk mengawal jarak benang. Puan juga perlu melukis corak terlebih dahulu di atas artikel yang ingin disulam. Untuk mendapatkan kemahiran ini Puan boleh pergi ke mana-mana pusat latihan Epal yang berhampiran dengan Puan atau puan juga boleh belajar berpandukan VCD yang disertakan dengan setiap belian mesin jahit Janome 2049.

Saranan

Jika inginkan hasil sulaman yang cantik dan kemas tanpa perlu memahirkan diri Puan boleh memilih salah satu daripada tiga model mesin sulam berkomputer Janome yang ada ditawarkan iaitu MC350e, MC11000 dan MB-4.


Kebaikan

  1. Sulaman yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran tempatan
  2. Tidak memerlukan kemahiran menyulam
  3. Menjimatkan masa kerana tidak perlu belajar menyulam
  4. Hasil sulaman yang sekata dan kemas

Kemampuan Mesin

Antara kemampuan mesin-mesin sulam ini adalah seperti berikut :-
  1. Sulaman bunga-bungaan
  2. Sulaman abjad / perkataan
  3. Renda
  4. Cross Stitch
  5. Applique (sulam tampal)
  6. Brush-Out



Bookmark and Share

10 Jan 2011

Artikel | Kerja Dari Rumah - Jahitan sumber pendapatan

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
2010/05/21

Koperasi Dagang Seni Malaysia (KDSM) tawarkan peluang pekerjaan dari rumah

SEKETIKA dulu, aktiviti menjahit hanyalah satu hobi yang dilakukan anak gadis bagi mengisi masa lapang mereka dan dalam masa sama hasilnya akan diberi kepada insan terdekat atau sebaliknya dipakai sendiri sebagai pakaian basahan.

Dewasa kini, senario menunjukkan menguasai kemahiran menjahit sudah menjadi satu kerjaya yang semakin mendapat tumpuan ramai hinggakan perkembangan industri fesyen melahirkan ramai penjahit profesional dan kreatif. Namun, untuk menghasilkan jahitan yang kemas memerlukan banyak kesabaran dan mata yang tajam.

Pengerusi Koperasi Dagang Seni Malaysia (KDSM), Fully Chye Goet Lee, berkata industri jahitan sememangnya dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas dan lumayan, lantas KDSM bertindak menjadi landasan buat suri rumah dan ibu tunggal dengan mengadakan program projek Program Home Based Bussiness (PHBB).

“Objektif utama penubuhan KDSM adalah bagi menghasilkan usahawan wanita yang berjaya melalui seni jahitan kreatif sekali gus menjadi landasan terutama buat suri rumah dan ibu tunggal. Oleh itu, PHBB membuka ruang kepada wanita yang sanggup menimba ilmu termasuk pengalaman untuk maju.

“Malah, PHBB juga memberikan penekanan kepada penghasilan produk dari rumah sebelum pemasaran dilakukan melalui KDSM yang pada masa sama menerapkan aspek kajian dan pembangunan produk,” katanya pada Majlis Konvensyen KDSM dan Penyampaian Anugerah PHBB Tokoh Wanita 2009, baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata, penganjuran majlis sedemikian sebagai langkah mempromosi dan memperkenalkan kepada masyarakat khususnya, pelbagai aktiviti seperti pameran seni jahitan kreatif program berkenaan.

“Justeru, majlis ini dianggap dapat mengetengahkan pameran seni jahitan kreatif dari luar negara antaranya dari Jepun, Taiwan dan banyak lagi selain hasil seni tempatan yang dihasilkan Pusat Latihan Kraftangan Epal. Peserta yang hadir juga berpeluang untuk bertukar pengalaman antara sendiri.

“Pada masa sama, pakaian yang dihias menggunakan teknologi canggih dan pelbagai produk jenama swarovski berasal dari Austria tidak ketinggalan dipamerkan berserta dengan demonstrasi mesin jahit sulam berkomputer jenama Janome diimport dari Jepun dipertontonkan buat tetamu hadir,” katanya.

Perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada kejayaan peserta yang terbabit dan anugerah disampaikan oleh Tengku Puan Pahang Azizah Aminah Maimunah Iskandar Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj.

Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang ‘Home Based Business (HBB)’ 2009 dalam pelbagai kategori, bagi membuktikan wanita dapat melaksanakan tugas dan menerima pendapatan amat lumayan dan Anugerah Khas.

Turut diberikan Anugerah Anak Ahli HBB Cemerlang 2009 sebagai contoh ibu yang bersemangat dan rajin dapat menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Tiga Anugerah Jualan Peralatan Jahitan Paling Tinggi juga diadrkan.

Tetamu yang hadir juga diberikan bunga matahari sebagai lambang yang berkait rapat dengan kehidupan anggotanya kerana sikap mereka sentiasa sedia menghadapi cabaran, namun pada masa sama tidak pernah gentar menghadapi cabaran.

 

Berita Harian Online

7 Jan 2011

Tahun Baru | From Mama With Love

Assalammualaikum…

Selamat tahun baru Sheila ucapkan… harapan Sheila, mudah-mudahan tahun 2011 ni akan menjadi tahun yang lebih produktif buat kita semua…

Biasalah awal-awal tahun ni… sibuk sesangat dengan urusan anak-anak nak masuk sekolah… mesin jahit pun semua dah berdebu sebab dah lama sangat tak digunakan… harap tak merajuk le mesin-mesin tu…

Sebagai membuka tirai 2011 ni, semalam dah berjaya siapkan dua projek sekali… coin purse dengan anak tudung untuk Adini… projek senang je.. dalam satu jam dah siap semua. Lepas dah siap jahit tu, terus je letak atas meja study dia, sekali dengan anak tudung…

Inilah hasil jahitan “From mama with love”...

1-Dini's Coin Purse

Kain tu Sheila beli daripada MyBotang

Bahan yang digunakan :
- “U” Frame
- Fabric (Luar + Lining)
- Batting

Sheila pertama kali buat coin purse dan tak sangka senang dan cepat je nak siapkan. Pada Sheila yang remeh sikit masa nak terbalikkan kain dari dalam ke luar tu… selain daripada tu lain-lain proses senang je. Dah siap cantum semua, akhir sekali baru cantumkan ke ‘U-Frame’ tu… yang ni kena jahit tangan ye..

Ok, ini merupakan projek kick-start… lepas ni nak siapkan projek untuk pertandingan “Back to School” yang dianjurkan oleh Epal. Tentang pertandingan ni nanti Sheila terangkan kemudian ye…

Popular Posts

Like us on Facebook