Jan 11, 2011

Q&A | Mesin Jahit Serbaguna 2049 Boleh Jahit Sulam Kerawang?


Assalammualaikum…

Sekarang kita dah masuk ke minggu kedua bulan Januari 2011. Bagaimana keadaan kesihatan anda??? Doa Sheila semoga semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Minggu ni Sheila nak buka segmen Q&A… Anda tanya soalan berkenaan  mesin dan Sheila akan berikan jawapannya di sini…

Soalan

Saya nak tanya tentang mesin jahit Janome 2049 boleh jahit sulam kerawang dan adakah perlukan kemahiran untuk menyulam?

Pn. Salbiah, Sarawak

Jawapan

Boleh dan semestinya Puan memerlukan kemahiran untuk menggerakkan artikel serta mengawal butang untuk mengawal jarak benang. Puan juga perlu melukis corak terlebih dahulu di atas artikel yang ingin disulam. Untuk mendapatkan kemahiran ini Puan boleh pergi ke mana-mana pusat latihan Epal yang berhampiran dengan Puan atau puan juga boleh belajar berpandukan VCD yang disertakan dengan setiap belian mesin jahit Janome 2049.

Saranan

Jika inginkan hasil sulaman yang cantik dan kemas tanpa perlu memahirkan diri Puan boleh memilih salah satu daripada tiga model mesin sulam berkomputer Janome yang ada ditawarkan iaitu MC350e, MC11000 dan MB-4.


Kebaikan

  1. Sulaman yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran tempatan
  2. Tidak memerlukan kemahiran menyulam
  3. Menjimatkan masa kerana tidak perlu belajar menyulam
  4. Hasil sulaman yang sekata dan kemas

Kemampuan Mesin

Antara kemampuan mesin-mesin sulam ini adalah seperti berikut :-
  1. Sulaman bunga-bungaan
  2. Sulaman abjad / perkataan
  3. Renda
  4. Cross Stitch
  5. Applique (sulam tampal)
  6. Brush-Out



Bookmark and Share