7 Jan 2011

Tahun Baru | From Mama With Love

Assalammualaikum…

Selamat tahun baru Sheila ucapkan… harapan Sheila, mudah-mudahan tahun 2011 ni akan menjadi tahun yang lebih produktif buat kita semua…

Biasalah awal-awal tahun ni… sibuk sesangat dengan urusan anak-anak nak masuk sekolah… mesin jahit pun semua dah berdebu sebab dah lama sangat tak digunakan… harap tak merajuk le mesin-mesin tu…

Sebagai membuka tirai 2011 ni, semalam dah berjaya siapkan dua projek sekali… coin purse dengan anak tudung untuk Adini… projek senang je.. dalam satu jam dah siap semua. Lepas dah siap jahit tu, terus je letak atas meja study dia, sekali dengan anak tudung…

Inilah hasil jahitan “From mama with love”...

1-Dini's Coin Purse

Kain tu Sheila beli daripada MyBotang

Bahan yang digunakan :
- “U” Frame
- Fabric (Luar + Lining)
- Batting

Sheila pertama kali buat coin purse dan tak sangka senang dan cepat je nak siapkan. Pada Sheila yang remeh sikit masa nak terbalikkan kain dari dalam ke luar tu… selain daripada tu lain-lain proses senang je. Dah siap cantum semua, akhir sekali baru cantumkan ke ‘U-Frame’ tu… yang ni kena jahit tangan ye..

Ok, ini merupakan projek kick-start… lepas ni nak siapkan projek untuk pertandingan “Back to School” yang dianjurkan oleh Epal. Tentang pertandingan ni nanti Sheila terangkan kemudian ye…