Aug 25, 2011

Panduan Menyulam Baju Kurung Menggunakan Mesin Sulam Berkomputer

Assalammualaikum…
Hari ni Sheila nak berkongsi cara-cara bagaimana menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer Janome MC350e. Buat rakan-rakan jauh yang pernah membeli mesin sulam berkomputer daripada Sheila, tapi masih agak ragu-ragu tentang cara menyulam menggunakan mesin sulam ni, mudah-mudahan dengan adanya tutorial ni anda akan lebih jelas tentang cara penggunaan mesin tersebut.
IMG_2015 Step#2 Step#3 Step#4 Step#5 Step#6 Step#7 Step#8 Step#9 Step#10 Step#11 Step#12 Step#13
Nota :
- Semasa menyulam lapiskan dengan selapisan stabilizer supaya hasil sulaman lebih kemas.

Aug 23, 2011

Baju Kurung Sulam

Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Pagi ni tadi sempat menyulam dua lengan baju kurung untuk Adini… malam nanti Insyaallah akan di sulam bahagian kaki baju pula… harap tiada aral merintang..
IMG_2014-a

Ok… off to work now….

Aug 15, 2011

Panduan Menjahit Pinggang Getah Cara Mudah

Assalammualaikum,

Pagi ni Sheila nak tunjukkan cara yang biasa Sheila gunakan untuk menjahit pinggang getah pada seluar atau kain baju kurung anak-anak. Sheila suka cara ni sebab mudah nak apply… Yang ni entri khas untuk kawan-kawan di GMJ Group….  dan untuk anda juga
Ni sebenarnya projek raya, Sheila menjahit seluar anak bujang.. tak nak pakai zip (sebab banyak nak kena buat), main sarung je lebih senang…

Pinggang anak ---> 26”
Saiz getah ---> 1”
Panjang getah ---> 24”



1. Lipat bahagian pinggang dengan kelebaran 1 1/2”… sematkan dengan peniti.

1-Lipat 1.5 inci


2. Tandakan 2 1/2” sebagai bukaan untuk memasukkan getah. Jahit sekeliling pinggang kain/seluar kecuali pada bahagian bukaan (antara dua tanda berikut).

2-Tandakan 2 inci sebagai bukaan


3. Dengan menggunakan safety pin yang disemat di satu hujung, susupkan getah ke dalam casing yang telah dijahit melalui bukaan 2 1/2” tadi.

3-Susupkan getah melalui bukaan


4. Susup sehingga getah bertemu kembali dan tindihkan selebar 1”. Pinkan…

4-Tindihkan 1 inci


5. Jahit pada sambungan di bahagian yang bertindih…

5-Jahit bahagian sambungan

6. Setelah itu jahit bahagian bukaan tadi.

6-Jahit bukaan


7. Akhir sekali, jahit sekali lagi di atas getah supaya kedudukan getah akan sentiasa berada di tempatnya… pastikan semasa menjahit getah perlu ditegangkan… Sheila menggunakan jahitan zigzag, tapi boleh juga menggunakan jahit lurus biasa.

7-Jahit atas getah


Tadaaa… inilah hasilnya…

8-Siap


p/s : Saya budak baru belajar… menjahit sekadar suka-suka. Kalau ada tukang-tukang jahit pro yang membaca tutorial ni (ada ke Sheila oii?), sorry ye… teknik Sheila ni mungkin boleh kata teknik sesuka hati je ni…

Aug 11, 2011

Panduan Menjahit Lubang Butang

Assalammualaikum,

Ni projek tersalah jahit lubang butang, sepatutnya memanjang tapi Sheila buat melintang. Kena tetas balik dan jahit yang baru. Nampak tak kesan lubang butang sebelum ni?

Tutorial Lubang Butang 1
Mula-mula tandakan bahagian lubang butang yang hendak dijahit…


Tutorial Lubang Butang 2

Dengan menggunakan tapak lubang butang, letakkan butang yang hendak digunakan di bahagian bertanda R. Tujuannya adalah untuk mesin menentukan saiz lubang butang yang perlu dijahit.



Tutorial Lubang Butang 3

Setkan Mode 3 ~ Jenis jahitan 11. Kelebaran lubang butang Sheila set pada 4.5 dengan kepadatan 0.3.




Tutorial Lubang Butang 4

Gantikan tapak mesin dengan tapak lubang butang ---> Seperti dalam gambar di atas.


Tutorial Lubang Butang 5

Dengan berpandukan garisan yang dibuat tadi, letakkan garisan tersebut di tengah-tengah tapak. Jahitan akan dimulakan dari bawah ke atas.


Tutorial Lubang Butang 6

Inilah hasilnya.


Terima kasih daun keladi,
Bila-bila singgah le lagi.




p/s : Semenjak blog berwajah baru, rasa bersemangat lak nak meng'update' selalu...

WIP | Overall

Projek ni dah lama benar tertangguh… sebabnya cuma sedikit, terpaksa tetas lubang butang atas… sepatutnya buat memanjang, tapi Sheila jahit melintang… lepas tu simpan le sampai kesudah tak bersentuh. Hari Selasa (9/8/2011) Sheila tetas dan betulkan lubang butang yang silap tu.

Sekarang ni tinggal nak jahit butang je lagi… lepas tu dah boleh pakai dah…
IMG_1927
Detail bahagian tengah Sheila lekatkan corak sulam yang Sheila beli siap di kedai…
IMG_1928
++ A for Amni ++

Aug 3, 2011

Doa Elak Bala/Bencana

Assalammualaikum,
Sheila ingin memanjangkan ilmu yang Sheila dapat dari rakan-rakan di group GMJ… Doa ni juga disebut Doa Penggerak. Mudah-mudahanan segala kerja lancar, tiada sebarang kemudaratan seperti dalam bentuk kecederaan atau kesilapan yang boleh menyebabkan kerugian, InsyaAllah.
Doa Elak Bencana
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa di atas adalah daripada hadis riwayat Tirmizi
Mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama.

Aug 2, 2011

Sulam Manik | Crumble + 3D

Assalammualaikum,

Ni cerita pada pertengahan bulan Julai… lambat sikit (ke lambat sangat?) baru dapat Sheila kongsikan di sini. Tertarik dengan bakat yang ada pada Umi dari Pepari Dsign, Sheila pun mendaftar nama untuk menyertai kelas sulam manik crumble ni. Hajat hati ingin meng’glamor’’kan baju raya tahun 2011 ni (mudah-mudahan…)... Maklum le design crumble ni tengah "IN" sekarang. Menjadi trend gitu... 

Kelas telah berlangsung di Precint 8, Putrajaya dan dihadiri seramai 10 orang peserta. Kebanyakan yang hadir rata-rata mengambil upah menjahit manik… Sheila??? Dulu-dulu pernah pergi belajar asas menjahit manik dengan Rozita Jaafar, kalau tak salah 3-4 tahun yang lalu. Sekarang? Sudah lupalah…

Beberapa teknik yang dipelajari pada hari tersebut antaranya peony, netting, tabur dan tali air.


 
Kelas yang sepatutnya selesai jam 5.30pm kalau mengikut jadual, tapi terlajak hingga ke 7.00pm. Leka sungguh menyulam manik sampai lupa nak balik kekdahnya. Rasanya kaedah crumble dan 3D yang Sheila belajar ni sangat sesuai untuk orang-orang yang memang dah berada dalam dunia manik, bagi Sheila terlalu advance, susah nak follow. Tapi hasilnya memang tersangat menggoda jiwa raga.

Kalau nak tengok hasil jahitan crumble ni, pergi ke Pepari Dsign, banyak design-design manik crumble yang cantik-cantik dan up-to-date.





Bookmark and Share

Cheritera Bulan Ramadhan …

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua..
Haaa…. biasa le, bila tiba bulan Ramadhan, dah mulalah sibuk memikirkan tentang persiapan hari raya… walaupun puasanya baru je sehari. Tukang-tukang jahit sibuk menggunting dan mencantum baju tempahan pelanggan…. pengusaha biskut pula sibuk di dapur membakar berjenis-jenis biskut kegemaran…
Begitu juga dengan kita ni… sibuk nak fikir baju raya, kasut raya, langsir, dinding dan macam-macam persiapan lagi. Sheila pun sibuk juga sebenarnya…. sibuk dengan mengecat dinding blog juga memasang headboard untuk langsir blog ni. Dan inilah hasilnya setelah mendapat sentuhan daripada pakar hiasan dalaman yang superb kreatif…
Walaupun kali ini tempoh menunggu adalah agak panjang, sebab si pereka dalaman ni perlu mengendalikan beberapa kes lain, tapi rasanya penantian itu tersangatlah berbaloi. Tugas menghias Sheila serahkan bulat-bulat pada beliau dan tugasan tersebut telah dilaksanakan dengan cukup sempurna.
Of course Sheila yang bagi content yang Sheila nak dalam layout yang baru ni… cumanya skema warna tu asalnya warna peberet… biru, pink dan putih. Walaubagaimanapun, cik Interior Designer ni dah selalu sangat menggunakan warna-warna tersebut, bosan agaknya….  jadinya beliau mencadangkan warna-warna yang lain… Sheila cakap, “ok…. go ahead dear”, sebab pada Sheila biarlah orang yang pakar dalam bidang ni yang menentukannya ye tak….
Dan… inilah hasilnya Sheila persembahkan di sini… memang kena dengan jiwa dan ragaku yang klasik dan romatik ini >_<… Terima kasih Jiji
nicecraftbysw
Apa pendapat anda… lawa tak???  
p/s : Sila-silalah copy badge Nice Craft… code semua dah ada kat situ. Ada dua, pilih salah satu yang berkenan di hati, ambil dua-dua lagi le Sheila sangat berbesar hati… cantik jika digantung di dinding blog masing-masing..
image
p/s/s : Selamat berpuasa esok hari… semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Aug 1, 2011

Tudung DiY Hujung Minggu

Assalammualaikum…
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan,
Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini. Tentunya tukang-tukang jahit sekarang sangat sibuk untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Bagi Sheila, kemahiran menjahit yang ada ni Sheila gunakan sebaik mungkin untuk menjahit pakaian suami dan anak-anak sahaja.
Sebenarnya dah agak lama juga Sheila tak menjahit… mesin pun dah berhabuk, jadi tukun tiruan. Mengharapkan keajaiban, tukun bertukar menjadi emas, tapi itu hanyalah khayalan semata…. Tapi sejak bertemu rakan-rakan seminat di FB… semangat yang dah suam-suam kuku kembali membara… terima kasih Geng Bas Sekolah Mesin Jahit (GMJ)..
Berbekalkan semangat GMJ, pagi ahad hari tu, sempat le Sheila menggunting kain dari stok yang banyak tu untuk dijadikan tudung buat kegunaan sendiri dan Adini… Sheila jahit 2 bahagian, satu sebagai badan tudung dan satu lagi sebagai anak tudung.
IMG_1792
Bahagian tudung luar sengaja Sheila jahit tanpa awning untuk disuaipadankan dengan anak tudung nanti… mengikut kesesuaian baju yang hendak dipakai. Dapat le empat helai tudung hasil menjahit dari pagi sampai ke tengahari.
 IMG_1788
Yang ni pulak anak tudung yang Sheila cakapkan tadi… yang dark purple tu bahagian awning dia Sheila menggunakan kain kapas selebihnya Sheila gunakan kain jersey. Semua tudung ni Sheila buat dua pasang setiap satu, satu untuk Sheila, satu lagi untuk anak daraku itu…
signature
p/s : Kredit kepada kenalan fb ~ Azza Cr atas sumbangan idea gaya bertudung stail ni… tq tq