Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

10 Jul 2011

Projek Runaway | Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Sekarang dah pukul 2.30 pagi... Alhamdulillah… mata tak mengantuk lagi… Boleh le Sheila memulakan projek runaway sheila sendiri… Biasanya pukul 11.00 malam dah belayar di ulit mimpi indah dan kekadang mimpi ngeri.

Sambil-sambil menonton projek runaway di TLC, Sheila melakar pola baju melayu dan seterusnya mengeluarkan kain untuk digunting-gunting…. Itu le buku yang Sheila gunakan 19 tahun yang lalu… dah lunyai dikerjakan.

IMG_1371

Ini le pola seluar yang siap dilakar dan digunting… hmmm… masih ok lagi rupanya skil melakar pola, Ingatkan dah lupa sebab lama sangat dah tak menjahit baju melayu. Asalnya nak beli je baju melayu readymade seperti tahun-tahun sebelumnya, tapi teringat kain yang Sheila dah beli semasa melawat Bandung tahun lepas masih tersimpan kemas di dalam almari, harus le jawabnya menjahit sendiri baju melayu cik suami bagi tahun ni…

Bila pola siap, tibalah masanya menggunting kain… letakkan pola di atas kain dengan bahagian luar di sebelah atas… Tandakan basi jahitan.

IMG_1378

Alhamdulillah, berjaya juga menggunting bahagian seluar pagi-pagi ni… Sementara semangat sedang membara, harus dikerjakan…. Pada Sheila, bahagian yang sukar nak disambung adalah pada bahagian zip… ada tricky teknik… harap-harap dipermudahkan….

IMG_1380
Ok, dah boleh nak beradu…. hingga kita jumpa lagi di episod projek runaway seterusnya….

Nite-nite semua….

8 Jul 2011

Proses Menjahit Gaun Smocking - Yoke

Bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia smocking ni mungkin masih keliru dengan proses dan istilah-istilah yang digunakan dalam pembuatan sepasang gaun smocking. Macam Sheila mula-mula menceburkan diri dalam dunia smocking di pun… banyak yang Sheila tak tahu dan kurang faham.

Sheila tak akan masukkan terma atau istilah yang digunakan tetapi lebih kepada proses yang perlu dilalui.

Peringatan : Lain orang lain caranya dan yang Sheila kongsikan di sini adalah mengikut apa yang Sheila selesa buat.

Langkah 1 | Pilihan patten / design gaun smocking nak dibuat, samada bishop atau yoke. Sheila biasanya akan merujuk kepada majalah Australian Smocking & Embroidery. 


Langkah 2 | Pilih fabrik yang hendak digunakan. Sheila hanya menggunakan kain kapas 100% sebab selesa dan tak panas.


Langkah 3 | Gunting fabrik mengikut ukuran bahagian yang akan dijahit smocking sahaja dan yang selebihnya simpan sementara. <--- Sheila memilih pattern yoke.


Langkah 4 | Seterusnya kedutkan panel yang dah digunting tadi mengikut corak yang dipilih. Proses kedutan (pleating) boleh dilakukan secara manual atau menggunakan mesin pleating (pleater).


Langkah 5 | Pilih benang yang bersesuai dengan warna fabrik. Biasanya Sheila menggunakan benang DMC…


Langkah 6 | Sheila biasanya akan mula menjahit dari tengah… jadi, cari titik tengah terlebih dahulu – tandakan. Dengan meninggalkan basi 1/2” di kiri dan kanan, bahagikan kedutan secara seimbang. Mulakan dari tengah…


Langkah 7 | Bermulalah proses menjahit corak di kedutan tadi… ianya adalah 100% jahitan tangan, tiada sebarang penggunaan mesin.


Langkah 8 | Bila dah siap smock… baru potong semua bahagian yang diperlukan untuk menjadikan sepasang gaun smocking yang cantik…


Langkah 9 | Cantum semua bahagian.


Langkah 10 | Jahit sembat dan gosok…


Sedia untuk dipakai…

*** Gambar akan disertakan kemudian ***

6 Jul 2011

Wordless Wednesday

Not really wordless… :-)
Ianya hari Rabu tanpa suara dari handphone…. huhuhuhu… rindunya pada handphone tu… Tapi apa pun, silalah layan gambar panel pooh yang beli dari MyBotang. Selamat tiba hari Isnin, kelmarin.

IMG_1320
 IMG_1322
Sheila beli dua keping, satu untuk bff Jurra-SewCute… Sheila nak buat baby quilt untuk newborn, sesuai le untuk samada baby boy atau baby girl kan?.
p/s : cantik diy tag yang sue selitkan tu.. kreatif…

5 Jul 2011

Di Sini Bermulanya…

Assalammualaikum,
dsb2
Bagaimana Sheila timbul minat dalam bidang jahitan dan kraftangan?… Di sini bermulanya…

Sejarah dalam keluarga

Opah Sheila membuat sulam tekat benang emas secara tradisional untuk perkahwinan anak-anaknya… makcik-makcik (sebelah bapa) juga berseni orangnya… boleh kata semuanya boleh menjahit dan membuat kraftangan… itu pendedahan secara langsung yang paling awal Sheila terima… seawal sekolah rendah darjah 4-5. Waktu cuti sekolah adalah masa yang dinanti-nanti, mesti berpeluang balik kampung dan membantu makcik menyembat baju kurung… masa tu tak ada upah… sukarela je…

Dalam tahun 1992… masa tunggu result SPM Sheila menghadiri kelas formal untuk belajar seni jahitan dan kraftangan ni. Jika kebanyakan rakan-rakan akan mencari kerja sambilan, tapi bagi mak… tak perlu kerja sambilan… tinggal saja di rumah dan bagi mengisi masa yang banyak terluang, Sheila dihantar ke kelas KEMAS bagi mendalami ilmu berkaitan jahitan. Sheila akur… tinggal di kampung, apalah pilihan yang Sheila ada pada waktu tu.
image
Belajar di kelas KEMAS terdiri daripada orang-orang veteran… masa tu Sheila seorang je yang belasan tahun… bayangkanlah perasaan masa tu… timbul juga perasaan bosan, tapi Sheila bulatkan juga azam, untuk belajar menjahit.
Macam-macam Sheila belajar waktu tu… antaranya baju kurung, baju kurung moden, baju melayu, sulam tangan, patchwork, baju kurung kedah dan lain-lain lagi lah…. pendek kata, umur 17 tahun Sheila dah boleh menjahit baju kurung sendiri untuk pakai raya… seronok. Dan hasil patchwork Sheila yang pertama (sarung kusyen) menggunakan teknik Chathedral Window masih elok hingga kini…

IMG_1318
IMG_1316
Tutorial Chathedral Window ada di sini  april-makingendsmeet
Ada satu lagi patchwork yang Sheila suka - selimut hexagon yang mak Sheila buat… kalau nak tahu, selimut tu Sheila masih lagi digunakan hinggalah sekarang… betapa berharganya semua itu buat Sheila.

Dan bermula dari situlah minat dalam bidang jahitan ni timbul… daripada jahitan pakaian kepada patchwork dan akhirnya kepada smocking… dan kini seni jahitan ini masih lagi merupakan hobi… dan yang bagusnya dari hobi jahitan juga Sheila bertemu rakan-rakan baru yang juga mempunyai hobi yang sama….

Semoga dunia jahitan ini akan bertambah meriah dengan kehadiran kita semua….
****************************************************************
Bagaimana pula rakan-rakan crafters yang lain memulakan hobi/minat dalam bidang jahitan atau kraftangan ni? Mari kita kongsikan bersama-sama permulaan perjalanan anda dalam hobi yang menarik ni…
Mari kita berkongsi cerita…
Cara-caranya :
  1. Terbuka kepada semua crafters, walaupun anda baru sahaja bermula berjinak-jinak dalam bidang jahitan / kraftangan.
  2. Dapatkan button “Di Sini Bermulanya…” (right click untuk save)
  3. Masukkan button “Di Sini Bermulanya…” di dalam post anda dan ceritakan kisah anda “Di Sini Bermulanya…” bersama-sama dengan gambar jahitan/kraftangan anda yang pertama (jika ada)
  4. Linkkan banner “Di Sini Bermulanya…” di post anda kepada link ini (http://www.roseinspiration.com/2011/07/di-sini-bermulanya.html)
  5. Bila dah siap, klik pada tajuk post “Di Sini Bermulanya…”  anda dan dapatkan URLnya, seterusnya masukkan nama dan URL anda kepada Mister Linky Widget yang tersedia…
Maknanya, sesiapa yang klik link tersebut akan terus dibawa kepada cerita anda “Di Sini Bermulanya…”



Tak sabar nak membaca kisah anda semua… Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi Sheila melalui email : rosilawati.wahid@gmail.com

Popular Posts

Like us on Facebook