Jun 30, 2011

Begitu le kisahnya…

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Lama benar blog ni tak di update.

Mungkin ada yang bertanyakan soalan-soalan berikut :-

Tak ada projek jahitan yang terbaru? Tak ada
Kenapa dah lama tak menjahit, MALAS ye?…
Isshhh… laser tu… tak juga malas… list projek banyak tapi cam tak sampai seru… (mesin tu ada penunggu agaknya)

Kalau korang nak tahu, Sheila mengubah lagi kedudukan bilik jahit… untuk menjadikannya lebih teratur…. tapi dalam proses nak bagi teratur tu, paham-paham sudah ye… nak melangkah pun dah tak ada ruang… Maklum le, buat kerja sorang-sorang… tu yang slow sangat tu… take my own sweet time katakan…

Lagi satu sebab Sheila jarang update blog ni sebab ada 2 blog lagi yang Sheila dok update, ThePremiumBeautiful dan SheilaWahid


Blog ThePremiumBeautiful 

Blog khusus tentang korset premium beautiful… Ya, Sheila menggunakan korset ni… sebab? Sheila menghadapi sakit pinggang yang kronik terutamanya kalau dok menjahit lama… Tapi lepas dah memakai korset ni, Alhamdulillah, sakit pinggang dah semakin sembuh… posture badan pun semakin elok. Serius… ini pengalaman sendiri ye..

Selain daripada nak betulkan posture badan, korset ni pun sesuai untuk orang yang nak kurus, kegunaan dalam pantang, nak dapatkan bentuk badan menarik atau yang dah lama kahwin tapi belum dapat anak, InsyaAllah akan berhasil (dengan izin Allah)…. malah ada 1001 kebaikan lain… 
 
Kalau ada yang ingin nak mencuba, Sheila menawarkan rundingan dan percubaan PERCUMA.. .. kalau nak generate income pun Sheila boleh tunjukkan caranya…

Blog Sheila Wahid [dot] com

Manakala, blog Sheila Wahid tu pula lebih kepada blog suka-suka…. tetapi yang terkini, Sheila masukkan juga topik baru iaitu Mary Kay dan kecantikan… Orang-orang yang tinggal di sekitar KL, PJ, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya & Shah Alam yang inginkan FREE facial, jangan malu jangan segan, call Sheila ye… memang FREE… kena buat temujanji dulu, sebab permintaan untuk FREE Facial ni tersangatlah tingginya…

Link untuk kedua-dua blog ni ada di sebelah kanan tu ye… rajin-rajin le melawat… tinggalkan sepatah dua komen di sana…


Projek menjahit tak ada dah ke?

Menjahit untuk diri sendiri dan famili je buat masa ni… itu pun dah penuh dua-dua tangan… kalau boleh nak campur dengan kaki… haih… tak menang kaki tangan le jawabnya… Kelas jahitan pun dah lama Sheila tak buat… permintaan tu ada tapi terpaksa Sheila tolak sebab tak cukup kakitangan juga…bertuahlah sesiapa yang ada pembantu tu ye…

InsyaAllah pertengahan bulan Julai ni (kalau tiada sebarang perubahan) Sheila akan attend satu kelas kerastangan… kelas apakah itu? nanti bila jadi baru nak bagi tahu… aci tak? Kira aci le ye… nanti kalau bagitahu awal-awal tak best… tak surprise… kalau nak tahu rajin-rajin singgah sini..


Buku jahitan, kit jahitan, fabric untuk di lelong…

Sheila ada banyak buku-buku berkaitan jahitan & kit jahitan, fabrik yang Sheila tak guna tapi sayang sangat pun banyak… ada tu beli buku sebab nak tengok gambar je… ingat nak lelong murah-murah je ni… kasi habis sebab dah tak cukup tempat untuk simpan…. nanti sheila update dari masa ke semasa tentang ni ye…

Ok, last but not least… sesiapa yang berminat dengan mesin jahit Janome dan kelas jahitan PERCUMA, boleh rujuk link di atas… ada macam-macam model mesin jahit yang mungkin sesuai dengan keperluan anda… untuk keterangan lanjut, seperti biasa call/sms/emailkan persoalan anda kepada Sheila…

Sehingga kita berjumpa lagi… sambutlah salam hormat daripada Sheila…

Sheila
sms/call : 012 301 3341
email : rosilawati.wahid@gmail.com

Jun 15, 2011

Mencari Ilham Di Tanah Seberang

Sheila baru pulang dari daerah ini….

image

Maafkan Sheila kerana tidak dapat menjawab email/komen kerana Sheila tak sempat untuk meluangkan masa di depan komputer walaupun capaian WIFI ada disediakan di hotel…

Sheila akan jawab satu persatu ye… harap bersabar.