May 31, 2011

Janome MC 350 | Untuk Kak Diah di Slim River dan Maz Bintulu Sarawak

Assalammualaikum,

Dah masuk bulan Jun esok… bulan Mei adalah bulan yang sangat senyap… mesin jahit Sheila tak berbunyi… jangan merajuk dah le. Bulan Mei adalah bulan exam anak-anak, seorang di sekolah rendah dan seorang di sekolah menengah… exam sekolah kebangsaan dan exam sekolah agama… yang di tadika pun ada exam… fuhh…

Dalam duduk diam-diam, blog tak berupdate, Sheila sempat juga melayan permintaan pelanggan untuk membeli mesin jahit samada mesin sulam berkomputer MC350 ataupun mesin jahit serbaguna 2049… Terima kasih Sheila ucapkan kepada yang memberi sokongan.

dua minggu lepas Sheila menghantar mesin ke Slim River atas permintaan kak Diah… First time sampai di Kampung Balun dan Sheila disambut dengan kedamaian suasana kampung. Ketika sampai di rumah kak Diah, ada beberapa orang teman kak Diah yang menanti ketibaan kami. Alhamdulillah kami dapat melakukan demo mesin sulam dan menerangkan serba sedikit kegunaan mesin tersebut. Kami dihidangkan dengan ban sedap yang dibuat sendiri oleh tuan rumah… serba boleh kakak ni… respect respect…

Semalam juga Sheila selamat menghantar sebuah mesin sulam MC350 ke Bintulu, untuk pelanggan di sana. Yang di hantar ke Bintulu adalah sebuah mesin sulam, tear off stabilizer, benang bawah, benang sulam …. penuh satu kontena tau… Insyaallah akan sampai kepada pemiliknya dalam masa 7 hari bekerja (biasanya kurang dari 7 hari).

Mudah-mudahan hari-hari mendatang akan menjadi lebih baik daripada hari-hari semalam yang kita tinggalkan.

May 4, 2011

Digitizer - Artwork | AD Martial Art Academy

Salam,

Apa khabar? Sheila harap semuanya berada di dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya. Buat pengetahuan semua, Sheila sekarang pun sibuk dengan kerja-kerja digitizer. Yang terkini Sheila menyiapkan tempahan daripada Kak Nora… agak sukar juga untuk menyiapkan terutamanya pada bahagian muka harimau tu… aummm… pelbagai halangan dihadapi tetapi Alhamdulillah logo ini akhirnya dapat disiapkan.

Di samping kerja-kerja digitizer, sekarang ni fokus Sheila juga adalah pada menyiapkan projek-projek HBB yang ada 16 projek kesemuanya… dah siap dalam 3 atau 4 camtu… InsyaAllah, sedikit masa lagi siaplah tu…

p/s : kepada sesiapa yang ingin menempah artwork, sila hubungi Sheila di 012-3013341 atau email rosilawati.wahid@gmail.com untuk mendapatkan sebut harga.