Apr 25, 2011

Apr 24, 2011

Masalah 1 : Benang berserabut/bergumpal atau berbiji dibahagian bawah dan putus-putus walaupun anda sudah adjust tension benang atas kepada nombor yang besar.

Langkah pertama : Sila semak cara pemasangan benang.



Langkah kedua : Sila check jarum anda adakah bengkok atau tumpul.


Langkah ketiga : Sila chek bahagian tension benang atas untuk memastikan tiada benang dibahagian tension,sila ikut langkah-langkah dibawa untuk chek benang atau menanggalkan benang jika terdapat benang didalam.


sumber : www.epal.com.my

WIP | Tissue Box Cover

Assalammualaikum…

Apa khabar? Petang ni nyaman je kan suasana lepas hujan… agak lebat juga tadi… Alhamdulillah… petang-petang gini kalau dapat minum kopi o cicah roti sedapnya.

Haa… nak cerita tentang projek terkini… minggu lepas dan minggu ni dalam mood rajin… semalam dah siap sulam bahagian atas tissue box cover untuk projek phbb seni jahitan kreatif.… Sambil menyulam, sambil kemas rumah, sambil basuh kain… untung ada mesin sulam berkomputer MC350 ni… set aje design yang disukai lepas tu tinggalkan aje biar dia buat kerja sendiri….

Photo0456 MC350 ku melakukan kerja-kerja menyulam… yang ni stage awal…

Photo0458 Dan inilah hasilnya… suka lah tengok corak ni… kalau apply pada baju pun cantik juga rasanya… nanti kalau ada masa nak try experimen pada baju pula…

Hingga jumpa lagi… salam ceria…

Apr 14, 2011

Bagaimana Mengemaskan Bahagian Tepi Sulaman

Assalammualaikum,

Hari ni Sheila nak berkongsi tips bagaimana kita boleh mengemaskan bahagian tepi hasil sulaman kita. Kalau pada kebiasaannya kita menggunakan gunting, kita juga boleh menggunakan soldering iron…. alat ini boleh dibeli dari kedai hardware yang harganya sekitar RM25.00 +++ (lebih kurang ye…).

image

 

Atau, boleh juga menggunakan hot wire cutter. Sheila tak tahu samada ada dijual di luar tapi kalau di Epal ada, harganya sekitar RM359.00. Efektif juga kalau ada wire cutter ni, boleh membantu mempercepatkan kerja-kerja pemotongan dan boleh menjimatkan masa.

wirecutter 

Kepada sesiapa yang berkenan dan yang berkenaan tu, boleh le cari alat ni… kalau tak dapat cari di luar, boleh call Epal…

p/s : Epal sedang kumpul 20 orang siapa yang nak beli alat ni dan pihak epal akan mengadakan taklimat selama 3 jam cara pengendalian alat ini bagi yang membeli.

Apr 13, 2011

Janome MC350e | Hoop A & Hoop B

Assalammualaikum,
Selain daripada koleksi sulaman yang diberikan PERCUMA, setiap pembelian mesin sulam MC350 akan dapat sepasang hoop, iaitu hoop A dan hoop B. hoopa hoopb
Untuk lebih faham tentang hoop ni Sheila sertakan link video ni ye…. selamat menonton.

Apr 11, 2011

Koleksi Sulam Percuma

Ya… ianya percuma dengan setiap pembelian mesin sulam MC350e, MC11000 atau MB-4. Koleksi ni bernilai RM299.00. Kiranya dapat je mesin dah boleh sulam baju kurung, telekung dan sebagainya… tak perlu pening-pening nak design corak, semua dah ada.

COLLECTION 12 Pg.6 COLLECTION 12 Pg.1 COLLECTION 12 Pg.2 COLLECTION 12 Pg.3 COLLECTION 12 Pg.4 COLLECTION 12 Pg.5

Selain daripada dapat koleksi sulam percuma, ahli vip juga boleh belajar menjahit dengan percuma juga. Setiap vip akan diajar cara pengendalian mesin sulam, cara menyulam pada baju kurung dan sebagainya.

Sebagai ahli vip Epal, anda juga dapat menghadiri kelas jahitan yuran percuma di 13 lokasi pusat latihan kraftangan Epal yang tedapat di seluruh Malaysia.

Projek Bulanan Epal | Projek Bulan April

Assalammualaikum,

Dah mula projek bulan April? Bulan di pusat Epal kita belajar dua projek, iaitu alas meja sepanjang masa dan gaun tentera laut. Dari dua projek ni kita akan diajar macam-macam teknik dan salah satunya adalah teknik applique…. Sheila suka sangat dengan applique ni…

Kursus-24Projek07-April2011

Bagi yang baru menjadi ahli VIP Epal, setiap bulan Epal menyediakan dua projek jahitan. Setiap projek jahitan akan dinilai dan dikomen oleh guru-guru di pusat Epal. Bagi VIP yang dah menghabiskan 12 projek bulanan, sijil kemahiran jahitan akan dikeluarkan kepada ahli…

Selamat menjahit…

Apr 8, 2011

Sew Mini Adventure




Mesin jahit ni sweet dan cute sangat.... serius. Tengok aje warna begnya - pink. Saiz pun kecil je... kalau nak balik kampung tu memang le tiada masalah langsung... ringan dan boleh selit-selit je antara beg-beg pakaian kita.

Kalau nak beli silalah ke Summit Hotel tingkat 5. Masuk adalah percuma... kalau nak beli, harganya kurang dari RM1,000.00... tapi kalau tak cukup modal usah gusar, mesin ni boleh booking dulu... bayar RM100.00 je, bakinya bayar dalam tempoh 45 hari... 

Jom jom... kita tambah koleksi mesin, atau boleh bagi pada anak-anak gadis kita... kalau nak bagi hadiah pun cantik dan menarik juga...

Apr 7, 2011

Konvensyen Epal 2011 | “Bagaimana Memperkasakan Kaum Wanita”

Alhamdulillah, tahun ni Sheila diberikan rezeki untuk menghadirkan diri ke konvensyen Epal. Bertuah kerana Sheila dapat menuntut ilmu dengan guru-guru yang didatangkan khas dari luar negara seperti Taiwan dan Jepun untuk berkongsi teknik serta mempelajari cara mereka menghasilkan produk jahitan.
Bengkel empat hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermula seawal 6.30am hingga ke 10.30pm… penuh. Selain daripada bengkel jahitan, ada juga booth-booth jualan dan pameran dengan bermacam tawaran menarik seperti mesin jahit Janome Sew Mini ni… cute sangat.. didatangkan dengan pakej ‘Sew Treasure’ di mana peserta yang membeli mesin ni akan dapat sebuah mesin jahit dengan beg pink yang comel, set buku pembelajaran “Sew Treasure” (buku rujukan dan buku kerja) dan kursus yuran PERCUMA sebanyak 15 sesi pembelajaran (2 jam setiap sesi) dengan pilihan projek-projek yang terkandung di dalam buku rujukan. Nak detail tentang mesin sila refer Janome Sew Mini.
image
Kepada sesiapa yang berminat jom singgah di Summit Hotel, Subang Jaya. Pergi ke tingkat lima ye… macam-macam ada. Kain-kain kapas pun banyak dijual… harga murah-murah….
Hari ni ada forum bersama YB Senator Dato’ Maznah Bt Mazlan (Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia), Y.Bhg. Datuk Abdul Rahim Hassan (Pengarah TEKUN) dan Puan Farzana Halim Hai (Senior Manager Aarong di bawah pimpinan Persatuan BRAC, Bangladesh). Tajuk forum “Bagaimana Memperkasakan Kaum Wanita”…
Jumpa di sana ye…
p/s : akulah wanita perkasa!