17 Feb 2011

Konvensyen Epal 2011 | Pilihan Kursus

Assalammualaikum,

Kali ni Sheila sertakan kursus yang boleh dipilih semasa konvensyen ni berlangsung. Bahan-bahan akan disediakan oleh pihak Epal. Masa kursus juga akan ditetapkan oleh penganjur. manakala pilihan kursus adalah terhad kepada lima sahaja bagi setiap peserta konvensyen…. Perlu diingat para peserta perlu membawa peralatan jahitan sendiri…

  • Gunting Kain
  • Gunting Benang
  • Gunting Sulam
  • Gunting Kertas
  • Jarum Peniti
  • Jarum Tangan
  • Magic Pen
  • Kapur
  • Eraser Pen
  • Pembaris
  • Pita Ukur
  • Penetas
  • Roda Surih
  • Pisau
  • Finger Presser
  • Bodkin

Kotak Hantaran Beg Hono Blaus Handtowel Kristal Vest Stailo Kusyen Fabrik

Konvensyen Epal 2011 | Aturcara Program

bismillah

Assalammualaikum….

Jom pergi konvensyen… Kalau tahun 2010 Sheila tak dapat menyertai konvensyen Epal ni, tapi tahun 2011 Sheila akan turut serta… Insya’Allah…. yang bestnya Jurra-SewCute pun akan terbang dari Kota Kinabalu untuk menghadiri konvensyen… yeayyy… boleh le kita berjimba-jimba kan Jurra… kan kan…

Ringkasan

Tarikh konvensyen   :   06 – 09 April 2011 (4 hari 3 malam)
                                  07 April 2011 (Majlis Perasmian)

Tempat                   :   The Summit Hotel
                                  Persiaran Kewajipan USJ 1, 47600 UEP Subang Jaya, Selangor

Majlis Perasmian      :   KDYTM Tengku Puan Pahang Tuanku Hajjah Azizah Aminah
                                  Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
                                  DK., DK (Johor)., SPMJ

Yuran                      :   RM1,199.00 (VIP Epal)      RM1,999.00 (Bukan VIP Epal)

Aturcara Program

 06 April 2011  07 April 2011 08 April 2011 09 April 2011
  8.00am – 9.00am
Sarapan pagi
8.00am – 9.00am
Sarapan pagi
 
  9.30am – 12.00pm
Perasmian
8.00am – 12.00am
Workshop (2)
8.00am – 12.00am
Workshop (4)
12.00pm
Pendaftaran
12.00pm – 2.00pm
Makan tengahari & rehat
12.00pm – 2.00pm
Makan tengahari & rehat
12.00pm – 2.00pm
Makan tengahari & rehat
2.00pm – 6.00pm
Workshop (1)


Teabreak
2.00pm – 6.00pm
Dialog/Forum perbincangan “Bagaimana membantu wanita dengan lebih berkesan”
2.00pm – 6.00pm
Workshop (3)


Teabreak
 
2.00pm – 6.00pm
Workshop (5)


Teabreak
 
7.30pm – 9.30pm
Welcome Dinner
6.00pm – 7.30pm
Dinner
7.00pm – 9.00pm
Welcome Dinner
 

* Nota : Mungkin akan ada perubahan pada aturcara program…

Tenaga pengajar akan didatangkan dari Jepun dan Taiwan… Setiap peserta perlu memilih 5 jenis projek jahitan daripada 8 yang ditawarkan…

Tempat terhad, siapa cepat dia dapat.

15 Feb 2011

Sew-along | RBB – Pilihan Fabrik * Part 1

Assalammualaikum…

Untuk projek sew-along ni, time line dia agak panjang juga le… jadi 1-14 Feb sepatutnya digunakan untuk mengumpul bahan dan peralatan yang akan digunakan dalam projek ni… kalau nak buat cecepat pun boleh juga, malah ada yang dah siap…. Sheila??? Baik kita ikut jadual….

Sewalong

Ni le fabrik yang telah menawan hati para juri >_<, tak… sebenarnya bab nak pilih fabrik ni pening juga sebab kain kat dalam simpanan banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak guna yang mana satu… last-last terbabas juga sehari dari time line… akhirnya Sheila pilih kombinasi fabrik di atas… sedap je mata memandang… Kan? kan?… sila setuju ye…

Next, potong kain mengikut ukuran/acuan yang telah ditetapkan dan disertakan…

Body Bag :
2x exterior fabric
2x lining fabric
2x fusible fleece
2x fusible interfacing

Tapak :
2x contrast fabric
1x fusible fleece
1x fusible interfacing

Juga :
2x bias-cut strips
of contrast fabrics - 86 x 10cm for the side top edge trim and handles
2x bias-cut strips of contrast fabrics - 29 x 10cm for the centre top edge trim
1x strip of contrast fabrics - 30 x 6cm for the button loop

Ok… nantikan perkembangan selanjutnya daripada Sheila…

p/s : RBB ---> Revesible Bucket Bag

image

Sew-along | Revesible Bucket Bag

Assalammualaikum…

image Nampak button ni??? Itu tandanya Sheila dah join MyBotang sew-along…. Kali ni berani nak join sebab timeline dia lama…. so bagi sheila yang macam siput sedut ni kira ok le….

Untuk perincian lanjut… silalah ke blog MyBotang
Paten boleh ambil di Sew.Mama.Sew

Time line nya adalah seperti berikut :

- 1 - 14 Feb (2 week)  – Mengumpulkan fabrik & peralatan. (15/2/2011)
- 15 - 21 Feb (1 week) – Memotong fabrik.
- 22 - 28 Feb (1 week) – Menyediakan binding, button loop, self cover button
                                  and interfacing (steps 1-4 on the instruction page)
- 1 - 7 March (1 week) - Bag exterior & lining (steps 5-8 dalam instruction
                                  page)
- 8 - 14 March (1 week) - Binding - top edge, side top edge and handles (steps
                                   9 - 14 on the instruction page)

Kalau ada sesiapa yang berminat nak join, dipersilakan…. kalau nak tengok gambar-gambar dari peserta yang menyertai boleh le tinjau-tinjau Flickr.

psssttt : Selamat menyambut Malidur Rasul… dan selamat bercuti juga…

8 Feb 2011

Nannie’s Passion Giveaway

image
Assalammualaikum…

Jom join GA dari Nannie’s Passion pulak… Syarat-syaratnya mudah sangat…

  1. Terbuka pada semua follower . So jadi follower dulu ya( Baru la adil buat yang sediaada )
  2. Sudi la buat entri GA saya ini dan linkkan blog anda.
  3. Tinggalkan jejak di Post A comment dan tinggalkan email atau link blog anda ya , thanks.
  4. Terbuka kepada sahabat-sahabat beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).

Hadiahnya pun menarik juga….

2011-02-08

Jom join…

6 Feb 2011

1 Feb 2011

Voucher Pembelian Mesin Jahit Janome (Epal)

Assalammualaikum,

Selamat pagi semua…. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segar di bumi Allah di hari yang baru dan bulan yang baru. Buat makluman semua, bulan ni merupakan bulan kelahiran Sheila dan juga bulan kelahiran Nice Craft Marketing… Alhamdulillah… Wah!! double celebration le kiranya…

Sempena bulan kelahiran ni kan… Sheila nak bagi hadiah pada semua orang…. Sheila nak bagi voucher pembelian mesin jahit yang bernilai RM100.00 + Hadiah VIP. Perlu ditegaskan di sini bahawa voucher ni hanya untuk mesin jahit sahaja ye… bukan untuk pembelian kit jahitan atau sebarang peralatan jahitan yang lainnya.

NCMvoucher

PLUS

image

Terma & Syarat

  1. Printkan voucher.
  2. Tunjukkan di mana-mana Pusat Latihan Kraftangan Epal.
  3. Sah untuk pembelian/booking dalam bulan Februari sahaja.
  4. Berikan butiran diri berikut :
    - nama penuh, no. Mykad, alamat tetap/surat menyurat & contact no.
  5. Bayaran booking RM50.00 / RM100.00 / RM150.00 etc etc..
  6. Hanya untuk pembelian mesin jahit Janome (Epal) sahaja.
  7. Penghantaran PERCUMA di seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak).

Jom rebut peluang ni…  Boleh pilih mana-mana model berikut … dari yang asas hingga ke semi-industri, semuanya ada... Kalau yang tinggal jauh dari pusat Epal, calling calling Sheila untuk urusan pembelian …

2009-10-17_21