1 Dec 2011

Koleksi Fabrik serta Peralatan Jahitan

Assalammualaikum & salam sejahtera…
Hari Selasa lepas Sheila ke Yee Button di SS2 membeli fabrik untuk projek menjahit peralatan baby. Dalam pada membeli kain tu, Sheila menambah koleksi peralatan jahitan bagi memudahkan Sheila menjahit applique (sulam tampal)… untuk baby yang ini, Sheila rajin lak nak menjahit… maklum le, kalau guna yang lama tu usianya dah 13 tahun lebih… dah tak sesuai.
Jom tengok fabrik yang berjaya sheila bawa pulang… yang kiri sekali tu fabrik Robert Kauffman, nak buat binding selimut…. sebelahnya untuk hooded towel, plain purple tu nak buat sarung bantal dan yang kanan sekali tu untuk sarung tilam. Berwarna-warni sungguh… kali ni temanya bukan pink atau biru, tapi hijau…. sebab tak tahu lelaki atau perempuan kan… tu yang cari warna untuk unisex baby…
IMG_3115

Yang ni pula mini iron, sesuai untuk machine applique…. kalau dapat brand Clover lagi best, tapi harga pun best juga le…. yang ni Sheila beli harga lebih kurang RM80.00… nanti sheila tunjukkan camana nak guna mini iron ni ye…
 mini-iron1
Ok le… banyak benda yang kiv ni… kena buat satu-satu, kalau tak nanti tak siap le jawabnya…. kita jumpa di lain entri ye… take care…

24 Nov 2011

Tudung DiY | Tudung ‘Syria’ kanak-kanak

Assalammualaikum….
Bulan Disember 2011 ni genap le setahun Adibah tinggal dengan mak di kampung. Bersekolah di tadika Kemas dan lenggok cakapnya pun dah ada loghat Perak. Penampilannya juga sudah banyak berubah. Jika di awal usia 5 tahun, Adibah sangat meminati Ben-10, Upin Ipin, baju bola dan macam-macam baju yang sepatutnya dipakai oleh kanak-kanak lelaki dia minat. Malah Adibah juga bermain bola sepak berbanding bermain pondok-pondok yang lazimnya permainan kegemaran kanak-kanak perempuan.
Tapi baru-baru ni dah nampak perubahan ketara pada Adibah terutama dari segi berpakaian. Dia dah mula pakai tudung… Alhamdulillah. Tiada yang memaksa… dia sendiri yang nak pakai tudung. Sekarang ke mana-mana sahaja pastinya dia akan bertudung…. bermain pun pakai tudung.
Jadi… mak Sheila pun jahitkan le tudung kecil style ‘Syria’ dari lebihan kain di rumah… dapat le beberapa helai untuk disuai padan… dulu pernah gak beli yang readymade, RM15 sehelai…
IMG_2492
* Adibah dengan tudung yang dijahit opah sewaktu majlis kenduri aqiqah Andak di Ipoh..

22 Nov 2011

Smocking | Work In Progress

Assalammualaikum & salam sejahtera….

Diam tak diam dah sebulan Sheila tak postkan apa-apa cerita di sini. Maaf… banyak sangat perkara yang perlu difikirkan. Tambahan sekarang ni dah masuk trimester ketiga… pergerakan amat perlahan dan terbatas sekali. Semakin hampir ke penghujung bulan kehamilan, semakin banyak pula kerja-kerja pejabat yang perlu diselesaikan…. melalui hari-hari yang sama setiap hari adalah sangat tidak memberansangkan...

Jadi… untuk menghilangkan rasa bosan itu, Sheila mengalihkan perhatian kepada smocking. Hobi yang tak pernah padam cuma masa yang sangat terbatas hingga Sheila terpaksa memendam perasaan ke atas hobi yang satu ini. Tapi kali ini Sheila gagahi untuk menjahit gaun smocking buat si tuan puteri untuk majlis perkahwinan adik ipar bulan Mac tahun depan. Sebelum bersalin nak siapkan kerja-kerja menjahit sebabnya Sheila dijangka bersalin di pertengahan bulan Januari nanti. Tentunya sepanjang tempoh berpantang tu nanti sekurang-kurangnya 44 hari Sheila tak dapat nak menjahit… *sedih…*

IMG_2929

Fabrik yang Sheila gunakan adalah 100% Japanese cotton berbunga tabur kecil, beli di Nagoya. Sheila mengadaptasi daripada majalah Australian Smocking & Embroidery keluaran # . Masih berbaki sulaman bunga ros bullion di pinggir bawah sulaman smocking ni. Jumlah baris 22 kesemuanya (half space) dan Sheila masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan bahagian smocking… seminggu ni dikira Sheila menyulam sambil-sambil je, tak beria-ia mengadap…. sekadar menjahit ketika waktu senggang je…

Ok.. nak sambung menyulam bunga ros bullion… nanti Sheila update lagi ye… stay tune

18 Oct 2011

Uncang Kunci (Key Pouch)

Assalammualaikum,
Yang pertamanya, nak inform bahawa domain blog ni dah ditukar daripada www.roseinspiration.com kepada www.nice2craft.com…. jadi, kalau dalam link korang masih lagi ‘roseinspiration’ makanya akan keluar error page, tapi kalau korang memang menggunakan link www.nice2craft.blogspot.com tidak akan menghadapi masalah sebabnya anda akan dipindahkan ke nice2craft.com. Jadi…
Yang kedunya nak cerita tentang ‘craft swap’.

Bulan lepas Sheila join aktiviti ‘Craft Swap’ yang dibuat di group Geng Mesin Jahit (GMJ) di laman sembang Facebook. Tema yang diberi adalah pouch, tak kisah le peserta nak buat apa, asalkan kena dengan tema…. jadinya, Sheila pun menggagahkan diri untuk menjahit satu. Maklum aje le bab-bab pouch, pencil box atau apa-apa yang berkaitan bukanlah “makanan” Sheila sebabnya jarang-jarang buat… kalau gaun Smocking tu Insyaallah sebab memang dah tahu teknik.
key pouch
Tapi kalau ikutkan pengalaman kawan-kawan yang memang menjahit pouch/beg dan dalam masa yang sama menjahit baju juga, kata mereka menjahit pouch atau beg sebenarnya lebih rumit, sebab banyak bahagian yang perlu dicantum.
Apa-apa pun, dah terbukti bahawa kalau kita paksa diri kita untuk melakukan sesuatu yang bukan bidang kita, sebenarnya kita mampu lakukan… nak atau tidak je… kekadang tu belum buat lagi dah fikir tak boleh, memang le tak boleh. Sepatutnya cuba dulu kemudian baru tahu. Never giveup… never surrender…
Hari ni Sheila akan poskan kepada tuan punya uncang… harap beliau suka dengan pemberian daripada Sheila ni…. hingga kita jumpa lagi, salam hormat daripada Sheila…. ^_^

15 Oct 2011

Panduan Mengambil Gambar Produk Kraf

Assalammualaikum,
Knitting
Tak ada projek jahit-menjahit, bukan juga projek knitting… hanyalah sekadar cubaan demi cubaan photoshoot untuk produk jahitan bagi mendapat sudut pandang yang cantik dan sedap mata memandang… Ini salah satu daripada berpuluh gambar yang diambil… akan cuba belajar lagi teknik photoshoot yang betul serta teknik “menghidupkan” gambar yang diambil…
Setakat ini Sheila suka dengan hasil gambar yang diambil oleh Maya, Rozi, Jaja dan beberapa orang lagi crafters lain. Gambar yang dipaparkan bercerita sendiri… kagum dengan bakat dan kreativiti mereka… Harap satu hari nanti Sheila pun mampu untuk menghasilkan gambar yang menarik…
Di sini Sheila share tutorial daripada Jaja Kraf…
http://www.jajakraf.com/give-away/product-photography-tutorial.htm

14 Oct 2011

Idea Hadiah Ulangtahun Kelahiran / Perkahwinan

Assalammualaikum,
Selamat ulangtahun diucapkan kepada yang meraikan ulangtahun kelahiran atau perkahwinan atau apa sahaja acara yang diraikan. Macam Sheila jarang-jarang bagi hadiah… kalau ada ulangtahun kelahiran kami lebih suka keluar makan bersama-sama. Buat anak-anak, Sheila lebih suka menghadiahkan buku, sebab anak-anak pun memang suka membaca. Kalau untuk suami pula, pernah le bagi baju, perfume, jam… ermm… itu je pun yang senang.
Peningkan nak fikirkan tentang hadiah buat orang tersayang… kalau banyak duit rasanya boleh je hadiahkan PSP, Ipad 2, Iphone 4 untuk anak-anak tersayang…. kalau untuk isteri pula, boleh belikan gelang emas 7-8 urat ataupun rantai berlian yang gemerlapan. Buat suami, boleh juga hadiahkan kereta sport sebiji…. ada tu yang hadiahkan nombor plate kereta sempena ulangtahun… macam-macam yang boleh diberi… yang penting, sediakan fulusnya sahaja… 
Kira-kira dua tahun lepas Sheila pernah ditugaskan untuk menyulam ucapan ulangtahun kelahiran untuk mantan Perdana Menteri Malaysia berserta isteri… Alhamdulillah, hasil yang sangat cantik dan unik sekali.
TunMahathirB'day
Ianya merupakan bingkai gambar di mana gambar Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah dicetak di atas iron on transfer paper dan kemudiannya diseterika di atas fabrik. Seterusnya bait-bait ucapan telah disulam menggunakan mesin sulam berkomputer Janome MC350e di atas fabrik… untuk memperindahkan lagi potret tersebut, kristal Swarovski juga ditampal mengikut corak yang terdapat pada kain… Lain dari yang lain…
Walau apapun hadiah yang kita beri kepada insan-insan yang kita sayangi… apa yang penting adalah ingatan tulus ikhlas kita. Tanpa orang-orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita, pastinya hidup yang kita lalui tidak akan ceria….
Hujung minggu ni Sheila akan sibuk dengan pelbagai acara dan yang pasti pada hari Ahad bersamaan 16 Oktober 2011 adalah hari yang dinantikan oleh Sheila dan kawan-kawan di GMJ sebab kami akan berkumpul buat pertama kalinya…. harapan Sheila agar semuanya berjalan dengan lancar. Hingga kita jumpa lagi….
Salam hormat dan salam ceria buat semua…

2 Oct 2011

Smocking | Miss Amni

Assalammualaikum…
Lama tak buat posting tentang smocking dress ni. Sebenarnya dah lama Sheila siapkan smocking panel untuk dress ni cumanya baru-baru ni je Sheila sempat siapkan… Pattern ni diadaptasikan daripada majalah AS&E Issue 58 – Miss Daisy. Bezanya untuk dress ni Sheila tak menyulam bunga kecil sebab Sheila lebih suka ianya simple begitu.
123IMG_2363-crop
  123IMG_2365

Fabric yang digunakan adalah 100% cotton dan sebenarnya Sheila suka sangat dengan design bunga kecil-kecil tu. Dress ni Sheila buatkan untuk Amni… suka benar dia bila dapat dress kembang-kembang cam princess katanya. Ada 3 pasang lagi yang nak dicantum, pun untuk cik Amni juga… Untuk cik Adibah, nak buatkan dia tops aje sebab Adibah tu lebih suka pakai seluar panjang daripada dress ni…

Hingga kita jumpa lagi, terima kasih kerana sudi membaca tulisan Sheila ni dan nikmati hujung minggu anda dengan ceria…

13 Sep 2011

Senarai Projek “Home Based Business” Epal 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Bagi yang sedang mempertimbangkan untuk mengikuti projek Home Based Business yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Kraftangan Epal, berikut adalah senarai projek yang akan diajar. Peserta juga akan dibekalkan dengan bahan-bahan untuk menyiapkan projek tersebut.
  1. Diari cover (1 unit)
  2. Tissue box cover (1 unit)
  3. Sejadah 2 dalam 1 (1 unit)
  4. Beg cinta bumi batik (1 unit)
  5. Beg cinta bumi reusable (1 unit)
  6. Kasut (1 unit)
  7. Handphone cover batik (1 unit)
  8. Tissue pouch – 2 pattern (1 unit)
  9. 3D Organza (3 unit)
  10. Name tag (1 unit)
  11. Towel (2 unit)
  12. Pencil box (2 unit)
  13. Telekung (1 unit)
  14. Tudung bawal (1 unit)
  15. Baju kurung sulam (1 unit)
  16. Kebaya sulam (1 unit)
Kepada sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan projek Home Based Business ni, sila hubungi Sheila melalui e-mail (nice2craft@gmail.com) atau sms 012-301 3341.

25 Aug 2011

Panduan Menyulam Baju Kurung Menggunakan Mesin Sulam Berkomputer

Assalammualaikum…
Hari ni Sheila nak berkongsi cara-cara bagaimana menyulam menggunakan mesin sulam berkomputer Janome MC350e. Buat rakan-rakan jauh yang pernah membeli mesin sulam berkomputer daripada Sheila, tapi masih agak ragu-ragu tentang cara menyulam menggunakan mesin sulam ni, mudah-mudahan dengan adanya tutorial ni anda akan lebih jelas tentang cara penggunaan mesin tersebut.
IMG_2015 Step#2 Step#3 Step#4 Step#5 Step#6 Step#7 Step#8 Step#9 Step#10 Step#11 Step#12 Step#13
Nota :
- Semasa menyulam lapiskan dengan selapisan stabilizer supaya hasil sulaman lebih kemas.

23 Aug 2011

Baju Kurung Sulam

Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Pagi ni tadi sempat menyulam dua lengan baju kurung untuk Adini… malam nanti Insyaallah akan di sulam bahagian kaki baju pula… harap tiada aral merintang..
IMG_2014-a

Ok… off to work now….

15 Aug 2011

Panduan Menjahit Pinggang Getah Cara Mudah

Assalammualaikum,

Pagi ni Sheila nak tunjukkan cara yang biasa Sheila gunakan untuk menjahit pinggang getah pada seluar atau kain baju kurung anak-anak. Sheila suka cara ni sebab mudah nak apply… Yang ni entri khas untuk kawan-kawan di GMJ Group….  dan untuk anda juga
Ni sebenarnya projek raya, Sheila menjahit seluar anak bujang.. tak nak pakai zip (sebab banyak nak kena buat), main sarung je lebih senang…

Pinggang anak ---> 26”
Saiz getah ---> 1”
Panjang getah ---> 24”



1. Lipat bahagian pinggang dengan kelebaran 1 1/2”… sematkan dengan peniti.

1-Lipat 1.5 inci


2. Tandakan 2 1/2” sebagai bukaan untuk memasukkan getah. Jahit sekeliling pinggang kain/seluar kecuali pada bahagian bukaan (antara dua tanda berikut).

2-Tandakan 2 inci sebagai bukaan


3. Dengan menggunakan safety pin yang disemat di satu hujung, susupkan getah ke dalam casing yang telah dijahit melalui bukaan 2 1/2” tadi.

3-Susupkan getah melalui bukaan


4. Susup sehingga getah bertemu kembali dan tindihkan selebar 1”. Pinkan…

4-Tindihkan 1 inci


5. Jahit pada sambungan di bahagian yang bertindih…

5-Jahit bahagian sambungan

6. Setelah itu jahit bahagian bukaan tadi.

6-Jahit bukaan


7. Akhir sekali, jahit sekali lagi di atas getah supaya kedudukan getah akan sentiasa berada di tempatnya… pastikan semasa menjahit getah perlu ditegangkan… Sheila menggunakan jahitan zigzag, tapi boleh juga menggunakan jahit lurus biasa.

7-Jahit atas getah


Tadaaa… inilah hasilnya…

8-Siap


p/s : Saya budak baru belajar… menjahit sekadar suka-suka. Kalau ada tukang-tukang jahit pro yang membaca tutorial ni (ada ke Sheila oii?), sorry ye… teknik Sheila ni mungkin boleh kata teknik sesuka hati je ni…

11 Aug 2011

Panduan Menjahit Lubang Butang

Assalammualaikum,

Ni projek tersalah jahit lubang butang, sepatutnya memanjang tapi Sheila buat melintang. Kena tetas balik dan jahit yang baru. Nampak tak kesan lubang butang sebelum ni?

Tutorial Lubang Butang 1
Mula-mula tandakan bahagian lubang butang yang hendak dijahit…


Tutorial Lubang Butang 2

Dengan menggunakan tapak lubang butang, letakkan butang yang hendak digunakan di bahagian bertanda R. Tujuannya adalah untuk mesin menentukan saiz lubang butang yang perlu dijahit.



Tutorial Lubang Butang 3

Setkan Mode 3 ~ Jenis jahitan 11. Kelebaran lubang butang Sheila set pada 4.5 dengan kepadatan 0.3.




Tutorial Lubang Butang 4

Gantikan tapak mesin dengan tapak lubang butang ---> Seperti dalam gambar di atas.


Tutorial Lubang Butang 5

Dengan berpandukan garisan yang dibuat tadi, letakkan garisan tersebut di tengah-tengah tapak. Jahitan akan dimulakan dari bawah ke atas.


Tutorial Lubang Butang 6

Inilah hasilnya.


Terima kasih daun keladi,
Bila-bila singgah le lagi.




p/s : Semenjak blog berwajah baru, rasa bersemangat lak nak meng'update' selalu...

WIP | Overall

Projek ni dah lama benar tertangguh… sebabnya cuma sedikit, terpaksa tetas lubang butang atas… sepatutnya buat memanjang, tapi Sheila jahit melintang… lepas tu simpan le sampai kesudah tak bersentuh. Hari Selasa (9/8/2011) Sheila tetas dan betulkan lubang butang yang silap tu.

Sekarang ni tinggal nak jahit butang je lagi… lepas tu dah boleh pakai dah…
IMG_1927
Detail bahagian tengah Sheila lekatkan corak sulam yang Sheila beli siap di kedai…
IMG_1928
++ A for Amni ++

3 Aug 2011

Doa Elak Bala/Bencana

Assalammualaikum,
Sheila ingin memanjangkan ilmu yang Sheila dapat dari rakan-rakan di group GMJ… Doa ni juga disebut Doa Penggerak. Mudah-mudahanan segala kerja lancar, tiada sebarang kemudaratan seperti dalam bentuk kecederaan atau kesilapan yang boleh menyebabkan kerugian, InsyaAllah.
Doa Elak Bencana
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa di atas adalah daripada hadis riwayat Tirmizi
Mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama.

2 Aug 2011

Sulam Manik | Crumble + 3D

Assalammualaikum,

Ni cerita pada pertengahan bulan Julai… lambat sikit (ke lambat sangat?) baru dapat Sheila kongsikan di sini. Tertarik dengan bakat yang ada pada Umi dari Pepari Dsign, Sheila pun mendaftar nama untuk menyertai kelas sulam manik crumble ni. Hajat hati ingin meng’glamor’’kan baju raya tahun 2011 ni (mudah-mudahan…)... Maklum le design crumble ni tengah "IN" sekarang. Menjadi trend gitu... 

Kelas telah berlangsung di Precint 8, Putrajaya dan dihadiri seramai 10 orang peserta. Kebanyakan yang hadir rata-rata mengambil upah menjahit manik… Sheila??? Dulu-dulu pernah pergi belajar asas menjahit manik dengan Rozita Jaafar, kalau tak salah 3-4 tahun yang lalu. Sekarang? Sudah lupalah…

Beberapa teknik yang dipelajari pada hari tersebut antaranya peony, netting, tabur dan tali air.


 
Kelas yang sepatutnya selesai jam 5.30pm kalau mengikut jadual, tapi terlajak hingga ke 7.00pm. Leka sungguh menyulam manik sampai lupa nak balik kekdahnya. Rasanya kaedah crumble dan 3D yang Sheila belajar ni sangat sesuai untuk orang-orang yang memang dah berada dalam dunia manik, bagi Sheila terlalu advance, susah nak follow. Tapi hasilnya memang tersangat menggoda jiwa raga.

Kalau nak tengok hasil jahitan crumble ni, pergi ke Pepari Dsign, banyak design-design manik crumble yang cantik-cantik dan up-to-date.





Bookmark and Share

Cheritera Bulan Ramadhan …

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua..
Haaa…. biasa le, bila tiba bulan Ramadhan, dah mulalah sibuk memikirkan tentang persiapan hari raya… walaupun puasanya baru je sehari. Tukang-tukang jahit sibuk menggunting dan mencantum baju tempahan pelanggan…. pengusaha biskut pula sibuk di dapur membakar berjenis-jenis biskut kegemaran…
Begitu juga dengan kita ni… sibuk nak fikir baju raya, kasut raya, langsir, dinding dan macam-macam persiapan lagi. Sheila pun sibuk juga sebenarnya…. sibuk dengan mengecat dinding blog juga memasang headboard untuk langsir blog ni. Dan inilah hasilnya setelah mendapat sentuhan daripada pakar hiasan dalaman yang superb kreatif…
Walaupun kali ini tempoh menunggu adalah agak panjang, sebab si pereka dalaman ni perlu mengendalikan beberapa kes lain, tapi rasanya penantian itu tersangatlah berbaloi. Tugas menghias Sheila serahkan bulat-bulat pada beliau dan tugasan tersebut telah dilaksanakan dengan cukup sempurna.
Of course Sheila yang bagi content yang Sheila nak dalam layout yang baru ni… cumanya skema warna tu asalnya warna peberet… biru, pink dan putih. Walaubagaimanapun, cik Interior Designer ni dah selalu sangat menggunakan warna-warna tersebut, bosan agaknya….  jadinya beliau mencadangkan warna-warna yang lain… Sheila cakap, “ok…. go ahead dear”, sebab pada Sheila biarlah orang yang pakar dalam bidang ni yang menentukannya ye tak….
Dan… inilah hasilnya Sheila persembahkan di sini… memang kena dengan jiwa dan ragaku yang klasik dan romatik ini >_<… Terima kasih Jiji
nicecraftbysw
Apa pendapat anda… lawa tak???  
p/s : Sila-silalah copy badge Nice Craft… code semua dah ada kat situ. Ada dua, pilih salah satu yang berkenan di hati, ambil dua-dua lagi le Sheila sangat berbesar hati… cantik jika digantung di dinding blog masing-masing..
image
p/s/s : Selamat berpuasa esok hari… semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

1 Aug 2011

Tudung DiY Hujung Minggu

Assalammualaikum…
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan,
Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini. Tentunya tukang-tukang jahit sekarang sangat sibuk untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Bagi Sheila, kemahiran menjahit yang ada ni Sheila gunakan sebaik mungkin untuk menjahit pakaian suami dan anak-anak sahaja.
Sebenarnya dah agak lama juga Sheila tak menjahit… mesin pun dah berhabuk, jadi tukun tiruan. Mengharapkan keajaiban, tukun bertukar menjadi emas, tapi itu hanyalah khayalan semata…. Tapi sejak bertemu rakan-rakan seminat di FB… semangat yang dah suam-suam kuku kembali membara… terima kasih Geng Bas Sekolah Mesin Jahit (GMJ)..
Berbekalkan semangat GMJ, pagi ahad hari tu, sempat le Sheila menggunting kain dari stok yang banyak tu untuk dijadikan tudung buat kegunaan sendiri dan Adini… Sheila jahit 2 bahagian, satu sebagai badan tudung dan satu lagi sebagai anak tudung.
IMG_1792
Bahagian tudung luar sengaja Sheila jahit tanpa awning untuk disuaipadankan dengan anak tudung nanti… mengikut kesesuaian baju yang hendak dipakai. Dapat le empat helai tudung hasil menjahit dari pagi sampai ke tengahari.
 IMG_1788
Yang ni pulak anak tudung yang Sheila cakapkan tadi… yang dark purple tu bahagian awning dia Sheila menggunakan kain kapas selebihnya Sheila gunakan kain jersey. Semua tudung ni Sheila buat dua pasang setiap satu, satu untuk Sheila, satu lagi untuk anak daraku itu…
signature
p/s : Kredit kepada kenalan fb ~ Azza Cr atas sumbangan idea gaya bertudung stail ni… tq tq

10 Jul 2011

Projek Runaway | Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Sekarang dah pukul 2.30 pagi... Alhamdulillah… mata tak mengantuk lagi… Boleh le Sheila memulakan projek runaway sheila sendiri… Biasanya pukul 11.00 malam dah belayar di ulit mimpi indah dan kekadang mimpi ngeri.

Sambil-sambil menonton projek runaway di TLC, Sheila melakar pola baju melayu dan seterusnya mengeluarkan kain untuk digunting-gunting…. Itu le buku yang Sheila gunakan 19 tahun yang lalu… dah lunyai dikerjakan.

IMG_1371

Ini le pola seluar yang siap dilakar dan digunting… hmmm… masih ok lagi rupanya skil melakar pola, Ingatkan dah lupa sebab lama sangat dah tak menjahit baju melayu. Asalnya nak beli je baju melayu readymade seperti tahun-tahun sebelumnya, tapi teringat kain yang Sheila dah beli semasa melawat Bandung tahun lepas masih tersimpan kemas di dalam almari, harus le jawabnya menjahit sendiri baju melayu cik suami bagi tahun ni…

Bila pola siap, tibalah masanya menggunting kain… letakkan pola di atas kain dengan bahagian luar di sebelah atas… Tandakan basi jahitan.

IMG_1378

Alhamdulillah, berjaya juga menggunting bahagian seluar pagi-pagi ni… Sementara semangat sedang membara, harus dikerjakan…. Pada Sheila, bahagian yang sukar nak disambung adalah pada bahagian zip… ada tricky teknik… harap-harap dipermudahkan….

IMG_1380
Ok, dah boleh nak beradu…. hingga kita jumpa lagi di episod projek runaway seterusnya….

Nite-nite semua….