Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

26 Sep 2010

Pereka jangan jadi lanun seni - Rizalman

Sumber : Pancaindera, Mingguan Malaysia

26 sept 2010


SIAPA yang tidak kenal dengan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizalman Ibrahim. Menjadi ikon dalam industri fesyen tanah air, anak kelahiran Pulau Pinang itu pasti diingati apabila memberikan kejutan melalui rekaannya terutama fesyen tradisional kontemporari.

Itulah kehebatan lelaki berusia 39 tahun ini yang mampu menjadi contoh kepada anak muda lain terutamanya yang berminat memilih karier pereka fesyen.

Apatah lagi dia berjaya membeli bangunan tiga tingkat di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekali gus membuktikan kejayaan seorang anak Melayu di kawasan segi tiga emas itu.

Namun dalam diam, Rizalman memendamkan perasaan apabila melihat senario industri fesyen tanah air yang semakin menjadi tidak sihat.

Dakwanya, kini terdapat segelintir pelapis pereka fesyen dalam industri yang menggunakan jalan salah untuk cepat popular di mata masyarakat.

“Apa yang digeruni apabila segelintir mereka mencedok idea pereka lain tanpa mengolahnya semula mengikut kesesuaian identiti seseorang pereka itu sendiri.

“Akibatnya, industri tidak berkembang malah terdapat pereka fesyen lain pula yang gulung tikar akibat ideanya diciplak," katanya berterus-terang.

Bagi mendapatkan gambaran jelas apa yang terbuku di hati Rizalman, wartawan ARIF NIZAM dan jurugambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN berkunjung ke butik mewahnya dan berbual panjang baru-baru ini.

Sebagai pereka fesyen senior, apakah pandangan anda tentang perkembangan industri fesyen pada hari ini?
Industri fesyen di Malaysia sudah banyak berubah dalam masa 15 tahun ini apabila pantas berkembang. Permintaan terhadap rekaan fesyen terkini serta percambahan pereka baru menyemarakkan lagi senario fesyen tempatan. Bukan setakat itu, pendedahan terhadap barangan berjenama sekali gus memberi kesedaran terhadap mutu rekaan yang lebih tinggi. Kehadiran barangan serta jenama antarabangsa memberikan satu persaingan sengit serta sihat kepada masyarakat tempatan, pereka serta pengguna.

Tempoh 16 tahun berada dalam industri, adakah anda berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan?
Pengalaman hampir dua dekad ini memang telah membawa saya ke platform yang berbeza tahun demi tahun. Kecuaian yang sedikit pun mampu menjerumuskan saya ke arah tidak sihat. Namun saya sedaya upaya sentiasa memperingati diri sendiri akan tugas serta tanggungjawab yang harus dipikul sebagai anak jati Melayu untuk memartabatkan nilai serta seni budaya bangsa supaya dipandang tinggi. Sebagai contoh, rekaan tradisional itu telah diperbaiki dan diolah untuk kesesuaian peredaran zaman dan mencari jalan untuk menjana ekonomi masyarakat Melayu. Hasilnya, rekaan kita diterima masyarakat dan masyarakat pula dapat menikmati keindahan seni ini melalui seni pembuatan pakaian yang seratus peratusnya menggunakan hasil kerja tempatan. Dengan wujudnya fenomena ini, bidang rekaan fesyen telah diterima sebagai satu profesion dipandang tinggi serta bersifat komoditi.

Pandangan tentang pereka fesyen baru pada masa kini?
Ketika industri ini rancak berkembang namun terdapat juga pelapis pereka yang telah tersasar jauh dari landasan. Ilmu yang ditimba semasa pengajian serta kurangnya pengalaman dan rasa jati diri untuk memajukan diri telah menyebabkan ramai antara mereka cuma berada di dalam profesion dalam masa yang singkat. ‘in fashion,one day you are in, the next day you are out!’ jika kita tidak pandai membawa diri serta tidak menunjukkan identiti serta keaslian kita. Masyarakat akan cepat menghidu kelemahan seseorang pereka itu. Plagiat serta kurangnya mentelaah bahan rujukan akan menyebabkan rekaan kita kelihatan seperti mencedok dari pereka yang lain. Ini sudah semestinya membawa kepada kecenderungan hasil kerja seseorang pereka itu tidak akan diterima seterusnya membawa kepada kerugian dan jalan penghujung kepada kariernya. Mengambil jalan pintas untuk berjaya serta terlalu enak dibuai dunia glamor juga menyumbang kepada kehancuran. Intipati kepada kejayaan seseorang pereka itu apabila menghasilkan sesuatu rekaan yang boleh diterima masyarakat serta dapat pula menghasilkan pulangan yang lumayan.

Adakah mereka sudah bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya pereka fesyen seperti anda bersara tiba-tiba?
Inilah yang amat saya takuti. Pereka pelapis seakan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini. Saya mungkin mempunyai rancangan yang besar selepas ini dalam bidang lain. Mungkin saya juga ingin bersara lebih awal jika melihat perkembangannya begini rupa. Rekaan fesyen yang dihasilkan rata-rata tidak mencerminkan identiti bangsa apatah lagi disogokkan untuk para pembeli untuk diguna pakai. Tiada elemen ‘fashion forward’ diketengahkan. Idea masih di takuk lama sedangkan mereka sepatutnya hadir dengan idea-idea lebih bernas sebagaimana yang kita dapat lihat di Barat. Pereka juga kerap beranggapan bahawa sekiranya seseorang itu berada di luar negara, ia sudah cukup membuktikan seseorang itu berjaya sedangkan di tanah air kita sendiri ‘it’s already a gold mine’ kalau kita bijak mengatur langkah. Bukankah itu sumbangan yang sepatutnya pada ada pada satu jiwa yang merdeka?

Pandangan anda apabila pereka fesyen baru ini tiada identiti sendiri dan masih mengambil jalan mudah meniru rekaan pereka fesyen senior?
Mengambil idea atau mencedok dari pereka yang lain tidak seratus peratusnya salah. Malah saya juga sentiasa meneliti hasil kerja orang lain untuk dijadikan panduan. Tapi apa yang digeruni apabila mencedoknya tanpa mengolahnya semula mengikut kesesuaian identiti seseorang pereka itu sendiri. Kesannya saling tidak tumpah terhadap apa yang terjadi pada industri muzik kita. Industri tidak berkembang malah pereka fesyen pula yang gulung tikar akibat ideanya diciplak. Sepatutnya pereka lama dan baru bergabung tenaga untuk menghasilkan idea-idea jitu serta menarik bagi menyemarakkan selera fesyen tempatan dan bukannya menjadi lanun seni.

Khabarnya pernah merajuk dengan industri fesyen tanah air?
Saya tidak merajuk apatah lagi untuk berlagak pandai. Kesan dari senario yang terjadi sekarang seolah-olah mencerminkan anak didik bangsa yang hilang arah tuju. Saya jenis orang yang suka menegur jika terdapat apa-apa yang kurang saya senangi berlaku terhadap bangsa sendiri. Masakan tidak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi idola saya. Saya khuatir jika ini dibiarkan berlarutan, kita mungkin akan hilang identiti bangsa kita yang memang terkenal dengan kesungguhan serta kesenian untuk berjaya. Kita mungkin akan ditindas serta pertumbuhan ekonomi pada masyarakat Melayu akan terjejas. Saya berpendapat media masa juga harus memainkan peranan dalam menulis secara lebih terbuka dan tulus bagi menyedari kelompok ini bahawa ada sesetengah hasil rekaan itu mempunyai cacat cela. Dan pereka baru juga sudah tiba masanya untuk menerima kritikan dengan lebih terbuka bagi memperbaiki hasil kerja mereka. Masyarakat kini sudah pandai menilai dan bukan lagi rela untuk disogok dengan rekaan yang berbaur sampah.

Harapan dan nasihat kepada pereka fesyen baru?
Walau bagaimana hebatnya teknologi di zaman ini untuk meraih kejayaan, saya masih lagi percaya kepada pengalaman yang ditimba. Bukannya hari ini kita keluar dari institusi, esok kita sudah bergelar pereka. Sebarang kejayaan harus di daki dan segala pengetahuan harus dicari kerana cita-cita harus datang bersama kepayahan dan kesabaran. Mungkin kita sudah cukup senang dengan pujian dari rakan sekeliling tentang kehebatan kita tapi kayu pengukur sesuatu kejayaan itu masih lagi pada diri kita sendiri. Tepuk dada dan tanya sama ada kita sudah cukup berbakti pada ibu bapa yang menghantar kita menimba ilmu atau pun pada negara yang meminjamkan segala kemudahan kepada kita. Juga tanyalah pada diri kita sendiri adakah kita sudah bersedia untuk bergelar seorang pereka?

SHEILA WAHID : Tahniah Rizalman… wish you all the best

23 Sep 2010

Kutu Smocking Pleaters – Siri 2

nicecraft-smockingpleaters

Keterangan produk :
Model Read Pleaters 24 rows Regular

Nota : Setiap set disertakan dengan jarum (24+4 bilah)

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai group kutu smocking pleaters siri 2, Sheila akan buka group ni untuk LIMA orang sahaja. Bayaran sebulan RM165.00 (tidak termasuk kos penghantaran). HANYA UNTUK SERIUS BUYER ONLY!

Syarat-syaratnya :
1. Terbuka untuk Warganegara Malaysia sahaja.
2. Nama penuh
3. I/C No. beserta salinan
4. Contact No. (Rumah/Hand phone/Pejabat)
5. Alamat rumah
6. Alamat tempat kerja
7. Nama Penuh suami
8. Contact no suami

Emailkan butiran di atas ke nicecraftmarketing@gmail.com dengan tajuk “KUTU SMOCKING – SIRI 2”

Ok… hingga jumpa lagi… Wassalam.

signature_thumb[1]

21 Sep 2010

Trip to Paris for TWO!

YOUR DREAM HOLIDAY WILL INCLUDE:

Airfare to Paris for one lucky subscriber

Accommodation and meals

3 day pass to L'Aiguille en Fete

Complimentary classes with some of the world's leading embroiderers!

An exclusive one on one tutorial in Paris with Susan.

19 Sep 2010

Giveaway Yeay Yeay…

Assalammualaikum

Cerita giveaway lagi… kali ni dianjurkan oleh kak Anne dari Crafty Anique… Hadiahnya memang marbeles… Tapi untuk menyertai terpaksa memerah otak dulu…. adehhh… udah le mataku ini rabun, nak kena meneliti gambar ni membuatkan mataku bertambah-tambah rabun…. kena pergi check mata le lepaih ni….

IMG_3195 

the terms:-


-Solve this "teka-teki"


1. The word has 7 letters
2. Preceeded God
3. Greater than God
4. More evil that the devil
5. All poor people have it
6. Wealthy people need it
7. If you eat it, you will die


-list down the items of the giveaway in the photos


and send your answers to my email:-
anickue@maxis.blackberry.com

p/s : Kak Anne… Sheila dah hantar e-mail ye… please check

           errrr…. agak-agak kalau tanya kat Ayu ni aci tak??? hihihi

signature_thumb[1]

Kelas Jahitan Pusat Epal

Sheila sepanjang 4 tahun penglibatan dengan Pusat Epal ni, Sheila hanya pergi ke kelas di Puchong... maklum le, jaraknya hanya 20 minit dari rumah Sheila.

Pihak Epal menyediakan kemudahan kelas yang sangat selesa untuk semua ahlinya…. samada indoor mahupun outdoor.

INDOOR

Pusat Epal menawarkan kelas berhawa dingin dan selesa.

Pusat Epal mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan sebuah cawangan di Indonesia

Masa urusniaga :
Isnin – Sabtu  :  10.00am – 07.00pm
Ahad            :  10.00am – 06.00pm

OUTDOOR

Pusat Epal juga mengadakan kelas jahitan di luar Pusat Epal. Pihak penganjur yang berminat boleh menjemput pihak Epal untuk mengadakan kelas jahitan jangka pendek di tempat mereka dengan syarat-syarat tertentu.

SYARAT-SYARAT KURSUS DIANJURKAN DI LUAR PUSAT EPAL

  1. Lokasi kursus
    -  Berdasarkan lokasi yang dipilh oleh pihak penganjur
  2. Tanggungjawab Pihak Epal
    -  Menyediakan tenaga pengajar seramai 4 orang ke atas

    -  Menyediakan segala peralatan yang lengkap untuk menyempurnakan
       kursus seperti mesin jahit, gunting, pembaris, rotary cutter set dan
       sebagainya. Setiap peserta akan disediakan satu unit mesin jahit
       untuk belajar kursus supaya tidak menghadapi masalah bergilir-gilir.

    -  Menyediakan bahan-bahan jahitan kursus seperti kain, benang,
       stabilizer dan sebagainya untuk peserta menyempurnakan kursus.
  3. Tanggungjawab pihak penganjur
    -  Menyediakan tempat kursus, meja dan kerusi untuk menjalankan
       kursus.

signature

Pakej Home Based Business (Pakej HBB Global)

  1. Tempoh Masa Kursus : 10 hari kursus intensif + 12 bulan kursus seni jahitan kreatif.
  2. Yuran : RM10,000.00 per orang (termasuk 1 mesin jahit dan 10 hari kursus Intensif Bahan).
  3. Matlamat PHBB Global
    -  menyokong dan mendorong wanita-wanita di Malaysia melalui 
       kemahiran seni jahitan kreatif menjana pendapatan walaupun di
       rumah.
    -  Memupuk usahawanis berjaya.
  4. 4 elemen yang menjayakan PHBB Global

    -  Peralatan (Modal)
       -  Mesin sulam JANOME MC350e, berkomputer secara automatik.

    -  Pengetahuan (Pengalaman)
       -  Pengendalian mesin
       -  Penggunaan peralatan
       -  Penjagaan mesin
       -  Kursus kemahiran jahitan dan kraftangan

    - Hak penggunaan nama & logo
       -  Pihak Epal akan menyediakan label logo untuk kegunaan ahli PHBB
          yang boleh dilekat di atas setiap hasil jahitan
      
    -  Pasaran (Pelanggan)
       -  Program iklan melalui Persatuan Seni Jahitan Kreatif
       -  Produk siap boleh dipasarkan melalui Koperasi Dagang Seni
       -  Menjual produk siap dan perkhidmatan di website
          www.patchesoflove.com
  5. Selepas kursus 10 hari, boleh mula berniaga
    -  Mempelbagaikan hasil jahitan
    -  Peningkatan daya saing dalam pasaran
    -  Pendapatan tidak bermusim
  6. 19 projek yang diajar
    Projek 1          -  Baju Kebaya Nyonya
    Projek 2 & 3    -  Baju kurung dihias sulaman pada leher & kerawang
    Projek 4          -  Menjahit corak sulam di atas kain selendang &
                             menyiapkan sehelai selendang
    Projek 5          -  Tudung
    Projek 6          -  Telekung
    Projek 7          -  Lace coaster
    Projek 8          -  Sulam tampal corak butterfly & menyiapkan sarung
                             kusyen
    Projek 9          -  Tulisan jawi
    Projek 10        -  Beg cinta bumi
    Projek 11        -  Kotak pensil dengan kata-kata mutiara
    Projek 12        -  Skrin pilihan corak, menjahit kata-kata di atas tuala
    Projek 13        -  Name tag
    Projek 14        -  Brush-out, menyulam corak brush-out di atas T-shirt
    Projek 15        -  3D Organza
    Projek 16        -  Cenderamata untuk majlis perkahwinan & aktiviti lain
    Projek 17        -  Kain sulam
    Projek 18 & 19 -  Fesyen Aksesori

signature

18 Sep 2010

Alamat kedai kraf

Mayfair, Craft World, Elitronic & Anna Patchwork merupakan kedai kraf yang Sheila selalu pergi. Berikut sertakan alamatnya ye untuk kemudahan semua…

Mayfair Handicraft
29, Jalan USJ 10/1E, Taipan Triangle
47620 UEP Subang Jaya
Tel/Fax : 603-56334563 (Brenda)
Business Hours: 10AM to 9PM (10AM to 8PM on Saturday)
Email: info@maycraft.com.my / mayfair.handicraft@gmail.com
http://www.maycraft.com.my/

Craft World (Yee Button House)
33, Jalan SS2/55, 47300 PJ
Tel No: 03 78770072/78770049
Fax No: 03 787743035
Business Hours: 9AM to 8PM (Close on Sundays)
Email: wcyee@craft-world.net
http://www.craft-world.net/

Elitronic Sdn Bhd
C-G-33, Ground Floor,
10 Boulevard Damansara,
Jln Cempaka, Kg. Sg. Kayu Ara,
47400 Petaling Jaya.
Email : my-elit@tm.net.my
Kelvin Chan : 012-684 3133

Anna Patchwork House
Lot CP2.02, Level CP2, Orange Zone,
Sunway Pyramid Shopping Mall,
No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 012.317.4655
Email: annapatchworkhouse@gmail.com
http://annapatchworkhouse.blogspot.com/

____________________________________________________

Pondok Craft
19, Persiaran Kikik 2,
Taman Inderawasih,
13600 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 016 4831744
Email : pondok.craft@yahoo.com

Quilt Gallery
LG, Bangsar Village Shopping Ctr,
Jln Telawi, Bangsar Baru, 59100 KL
Tel No: 03-2282 5789
email : quilt@po.jaring.my

Beverly Collection
Lot F16, First Floor, Centrepoint
Lebuh Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Tel: +6012 272 5578
Email: ciklynn@gmail.com
http://beverlycollection.blogspot.com/

Haby & Wools
Lot 316, 2nd Floor,
Ampang Park Shopping Complex,
Jalan Ampang, 50450 KL
Tel : 603 2161 5346 (Jenny/Jennifer/Jacky )
Fax : 603 2715 7217
email : haby_wools@hotmail.com

Cottage Patch Sdn Bhd
No. 447 Jalan Ampang, KL
Tel : 603 4256 3106
http://www.cottagepatch.com

Lily Handicraft
Lily Handicraft
G095,1st Floor, Sg Wang Plaza
http://www.lilyhandicraft.com.my

Jens Handicraft
Lot 1-17A, 1st Floor The Atria Shopping Centre Damansara Jaya,
Petaling Jaya,
47400 Selangor,
Tel: 03-7722 1276

OneJoy Patchwork
22A Jalan Persiaran Ampang,
55000 Kuala Lumpur
Tel: 603 4251 9007, 016 2848288
Email: mabel@one-joy.com

signature

Trendy Hijab

Nak menghadiri open house tapi tak ada tudung yang sesuai??? Usah khuatir, kini segalanya hanya di hujung jari je…. klik klik klik dah kautim… jika inginkan tudung/shawl yang unik, lain dari yang lain… berkungjunglah ke shawlqueenbynazeyra….

DSC_0125 [Desktop Resolution]

Macam-macam ada… tak percaya? Jom terjah ke blog shawlqueenbynazeyra

signature

17 Sep 2010

Follower yang ke-144

Sebenarnya Sheila nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower nice2craft… Sheila amat berbesar hati kerana ada gak yang sudi menjadi pengikut…. garfield1

Dan yang terkini pengikut ke-144… katanya gincuitumerah… maklum le penggemar gincu kaler merah …. berseri-seri gitu

Its alwayz about me..my needs..myself and also people around me

merupakan quote yang digunakan dan kalau nak tahu cerita selanjutnya…. singgah le ke blog gincuitumerah

Ok, lain kali kita singgah blog follower yang lain pulak ye… nantikan kunjungan Sheila….

Hingga jumpa lagi… daaa

signature

{Sewing tools}Ultimate Ruffler a.k.a tapak kedut

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Hari ini Sheila nak tunjukkan cara memasang tapak kedut... tapak kedut yang ini boleh diselaraskan jarak kedut yang kita inginkan supaya jarak antara kedutnya sama sahaja...


Ini le rupa tapak kedut yang dimaksudkan. Boleh digunakan untuk mesin model 2049 atau MC6500
Posisikan tapak kedut tu seperti ini...

Klipkan tapak kedut dengan menurunkan tiang tapak.
Masukkan cangkuk pada tiang tapak......
...... seperti ini.

Laraskan kedudukan tapak supaya jarum dapat melaluinya tanpa halangan.

Harga : RM129.00

Selamat mencuba....

p/s : Jom lawat blog Sheila yang lagi satu... http://ma-mada-mia.blogspot.com


Bookmark and Share

Tawaran hebat !!


Buku jahitan Epal


Berminat untuk mendapatkan buku jahitan Epal yang mengandungi 24 projek tu??? Tawaran ini terbuka kepada semua peminat seni jahitan.... tak kira mesin apa yang anda gunakan...



26 buah buku yang disimpan di dalam bekas yang menarik
Mengandungi 24 projek jahitan setiap satu projek, satu buku...
Cara kerja langkah demi langkah diterangkan dengan bantuan foto berwarna.
Sebelum ni ramai yang bertanya pada Sheila berkenaan buku ni sebab set ni tidak dijual.... ianya didatangkan bersama-sama dengan pakej mesin jahit 2049 dan MC6500. Tapi untuk bulan September ni, sesiapa yang nak dapatkan buku ni, boleh cepat-cepat order dengan Sheila (sms/call) 012-3013341 atau email rosilawati.wahid@gmail.com

"jangan tunggu lama-lama.... nanti lama-lama.... 
dia diambil orang..." -_-

Kalau tak beli memang rugi... sebabnya daripada personal view Sheila, ianya memudahkan kita membuat rujukan. Sesiapa pun boleh membeli buku ni....tak semestinya pengguna Janome sahaja, yang guna mesin jahit lain pun boleh beli. Apa yang penting? kerjasama dapatkan teknik jahitan yang betul....  

Harga satu set : RM299.00
Tawaran tamat : 30 September 2010


Bookmark and Share

16 Sep 2010

Selamat Hari Raya

Sheila ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog nice2craft ni... baru sekarang punya peluang untuk memberi ucapan selamat hari raya, maklum sahaja terlalu sibuk dengan segala persiapan menyambut lebaran. 
Tahun ni tema oren... baju kurung dan tudung adalah handmade with love oleh Sheila sendiri manakala baju melayu suami dan anak bujang tu Sheila beli readymade... hehehe...tak sempat  nak menjahit kaedahnya....

Tengok le muka dua orang anak perempuan tu... muka masam sebab tak nak bergambar... sibuk nak main. Tahun ni Sheila beraya di Perak... Alhamdulillah perjalanan balik ke kampung lancar sahaja pada 9hb tu. Kami bergerak dari rumah sekitar jam 2.30pm dan sampai ke Ipoh pukul 5.30pm. Masa balik ke Puchong pada 13hb pun lebuhraya lancar je... tak banyak kereta. Alhamdulillah.

Hingga jumpa lagi... ceria-ceria selalu...


Bookmark and Share

13 Sep 2010

Diseksa sampai mati


KUALA LANGAT: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.
SIDANG AKHBAR...Bakri(kiri) mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan Sosilawati bersama tiga rakannya, semalam.
Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan, polis memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun disyaki dalang utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam selain adik suspek berusia 38 tahun.

“Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit selain enam lagi suspek turut terbabit. 

CARI BUKTI...anggota polis memeriksa sisa tulang dan abu mayat di Banting, semalam. Gambar kecil, salah seorang suspek yang ditahan.

“Lima suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas kelmarin. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun turut dikaitkan kes pembunuhan berkenaan,” katanya. 

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti pekerja kepada Datuk berkenaan termasuk ada antara mereka pekerja di ladang tempat mangsa dibunuh 

“Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

|”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,” katanya.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa keempat-empat mangsa berada di Banting untuk bertemu peguam bergelar Datuk berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar mereka dibunuh, tetapi ia mungkin antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehingga semalam.

Mengenai keluarga mangsa, beliau memberitahu, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kes terbabit dan polis menjelaskan kepada mereka pengesahan lanjut daripada forensik dan Jabatan Kimia diperlukan mengesahkan sepenuhnya kematian semua mangsa.

“Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu,” katanya.

Mengenai tahap siasatan, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan, namun semua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.

“Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik saja kami menerima semua laporan mengenai perkara ini,” katanya.


Sumber : hmetro


SW : Al-Fatihah buat semua mangsa. Simpati dengan nasib yang menimpa mereka..... mudah-mudahan keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi ujian ini....


Bookmark and Share

7 Sep 2010

Berhati-hati di jalan raya

Assalammualaikum,


Sekejap je kita dah nak raya. Mungkin ada yang dah ada di kampung waktu ni, dan tak kurang juga yang menunggu saat-saat akhir baru nak balik. Maklum le masih ada tugas yang perlu diselesaikan. Kalau ada yang masih merancang-rancang nak bergerak pukul berapa tu... pihak PLUS ada mengeluarkan jadual perjalanan... tujuannya untuk mengelakkan kesesakan.

Bagus PLUS buat cam ni, sebab Sheila sendiri pernah tersekat di dalam kesesakan masa balik raya beberapa tahun dulu. Sepatutnya balik Ipoh dalam 2.5 jam, ni ambil masa sampai 5 jam baru sampai. Kematu dah rasanya... 

Jadi kepada semua yang nak balik beraya tu, Sheila ucapkan semoga selamat dalam perjalanan nanti ye dan banyak-banyakkan bersabar ketika memandu.

www.plus.com.my



Bookmark and Share

5 Sep 2010

Koleksi Sulaman di Nice Craft





Bookmark and Share

Popular Posts

Like us on Facebook