Aug 13, 2010

Sawaddikaaaa... dan selamat menyambut Ramadhan

Salam,

Sheila ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat... Jika ada salah dan silap terlanjur kata, kekasaran bahasa serta tingkah laku, Sheila memohon ampun dan maaf... Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya, dan mudah-mudahan bertambah-tambah keberkatan dan keimanan...


Topik : Strutech Company Trip
Tarikh : 7 - 9 Ogos 2010


Entri kali ni nak cerita yang santai-santai aje... maklum le dah puasa. Lepas-lepas ni masing-masing dah sibuk dengan tempahan jahitan untuk hari raya pulak. Sheila sebenarnya baru balik dari Phuket, company trip selama 3 hari 2 malam (7 Ogos - 9 Ogos 2010). Seperti biasa, kami menggunakan servis AirAsia untuk menerbangkan kami ke sana. Penerbangan mengambil masa 1 jam 15 minit. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Rombongan disertai oleh 25 orang ahli, termasuk staff dan keluarga. Sheila pergi berdua dengan suami, anak-anak Sheila tumpang di rumah mak mertua.. terima kasih mak.


HARI PERTAMA

kami berkumpul di LCCT pada pukul 6.30am, flight adalah pada jam 07.35am.LCCT tidak pernah sunyi daripada kehadiran manusia dari pelbagai kaum. Pagi-pagi pun orang bukan main ramai lagi.

Kami tiba di Phuket airport sekitar jam 8.00am {waktu Phuket}. Untuk melepasi imigresen Phuket mengambil masa kira-kira 1 jam. Lama sungguh dan bukan main panjang lagi barisannya.... sabar ajelah.


Pemandu pelancong telah siap sedia menantikan ketibaan kami dengan 3 buah van. Kami terus dibawa berjalan-jalan di sekitar pekan Phuket. 


Destinasi pertama kami adalah kedai menjual t-shirt. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan kualitinya juga elok kerana mereka menghasilkan sendiri t-shirt keluaran mereka... kiranya macam back yard industri atau boleh juga dipanggil Home Based Business..
 
Seterusnya kami dibawa melawat ke Chalong temple sebelum meneruskan perjalanan ke restoran untuk makan tengahari. Makanan yang disajikan adalah berasaskan seafood. 

Selepas kenyang, kami seterusnya dibawa ke Rang Hill di mana kita dapat menyaksikan pantai Patong, Big Buddha dan laut Andaman yang terbentang luas. Selepas mengambil gambar kenangan di sini, kami di bawa ke hotel untuk berehat di hotel Thara Patong Beach & Spa Resort. 

Sheila bermalam di bilik bernombor 1129, berhadapan dengan swimming pool, pool bar dan restaurant. Pemandangan di dalam bilik yang cantik dan selesa {tapi tilamnya sedikit keras tetapi bantalnya gebu dan lembut, sedap je tidur}. 
 Sempat berjalan-jalan di persisiran pantai pada sebelah petangnya... angin dan ombak memang kuat, sesuai bagi mereka yang meminati aktiviti surfing atau board surfing...


Sebelah malamnya pula, kami keluar makan ke bahagian selatan pulau Phuket... kebanyakan masa menu kami adalah seafood sahaja...


HARI KEDUA

Perjalanan hari kedua kami sangat awal. 7.45am kami sudah diarah untuk menanti di lobby hotel menantikan kedatangan van yang akan membawa kami ke pelabuhan Rassada. Destinasi kami adalah Phi Phi Island. Pulau pertama yang kami singgah adalah pulau Khai Nok. Punya le ramai orang mandi manda di sini. Lautnya bergelora tetapi airnya jernih dan ikan-ikannya banyak yang menghampiri ke pinggir pantai. Dari pulau Khai Nok, kami dibawa ke sekitar pulau Phi Phi Leh, Ao Lohsama, A Bi-Leh dan Viking cave. Perjalanan diteruskan lagi ke Maya Bay dan kami berpeluang snorkeling di sekitar pantai monkey bay. tapi ada banyak  jelly-fish. Cik abang kena jelly fish masa dia snorkel... Sheila dah tak berani nak turun dah..takut kena jelly-fish. Antara May-Okt adalah low season.... masa yang sangat sesuai untuk ke Phi Phi island adalah antara bulan Mac-April. Sebelah malam, selepas makan malam, Sheila melakukan sesi urut badan.Murah je, oil massage hanya RM33.00 untuk satu jam, memang berbaloi-baloi. 

Phuket ni sebelah malamnya sangat hidup dengan pelancong yang minum di open bar di sana, lorong yang terkenal itu dipanggil Bangla Road... sebab apa Bangla Road? Sheila pun tak tahu... tapi Sheila dan suami tak ada le menyibuk nak ambil tahu tentang aktiviti malam mereka... sangat tak sesuai. Sheila pergi jalan-jalan ke sana sebelah siangnya....

Gambar yang bawah ni saja nak tunjuk signage yang ada di sana... paling tak tahan, sign "Never Come Back Massage"... apa le sebenarnya mesej yang nak disampaikan pun tak tahu le...Sabai Jai tu sign kedai urut... kat sini, kedai urutnya banyak sangat... setiap selang tiga kedai mesti ada kedai urut... di sepanjang jalan, di setiap lorong. Pilih je yang mana berkenan di hati...

HARI KETIGA
Kami makan breakfast di hotel... lepas tu aktiviti free and easy. Kami berjalan menyusur pantai dan sempat juga shopping. Kami check-out pukul 10.30am dan terus sahaja ke airport, tak boleh singgah mana-mana lagi sebab perjalanan ke airport mengambil masa 40 minit dan flight kami adalah pada pukul 1.40pm.

Babai Phuket...

AKTIVITI MENJAHIT SEBELUM KE PHUKET

Pagi sebelum bertolak tu, Sheila sempat menyiapkan sehelai tudung scallop dan tiga luggage tag. Tudung scallop tu Sheila ikut pola tudung scallop yang kak Mashitah bagi, memang selesa, so lepas-lepas ni Sheila akan guna pattern yang sama je. Sebelum ni pernah buat, tapi scallopnya tak berapa cantik dan agak kurang selesa bila Sheila pakai. Gambar di bawah ni diperagakan oleh model tak berbayar... nak tunjukkan labuh depan dan belakang tudung scallop tu...


Luggage tag tu pula Sheila yang design dan malamnya Sheila sulam atas felt dan tebuk lubang guna eyelet. Senang nak gantung pada beg.




Bookmark and Share