4 Aug 2010

{Tutorial} Teknik Paper foundation

Salam...

Dah lama tak buat tutorial rasanya... baru ada satu je.. tak bertambah langsung kan... Untuk memenuhkan quota tutorial, kali ni Sheila nak kongsi tutorial tentang teknik 'paper foundation'... iaitu salah satu teknik popular dalam seni jahitan patchwork. Adakalanya teknik ini dipanggil 'paper piecing'. Dengan teknik ini, kain perca akan dijahit mengikut turutan nombor yang terdapat di atas  foundation corak asas sementara/tetap seperti kertas, kertas gam atau kertas tear off.

Di sini Sheila menggunakan corak bunga tulip sebagai contoh... untuk contoh-contoh lain boleh le menggunakan khidmat En Google untuk mencari pattern-pattern yang berkenan di hati seperti yang ini...
Kain-kain yang akan digunakan

Foundation yang telah siap dilukis beserta dengan nombor-nombor bagi setiap kotak

Langkah 1 : 
Di petak bernombor '1' letakkan kain yang sepatutnya dengan bahagian luar menghala ke atas


Langkah 2 :
Tindihkan kain untuk petak bernombor '2' di atas kain yang pertama tadi

Langkah 3 :
Pandangan dari bahagian belakang foundation... sematkan dengan peniti kedua-dua kain tadi. Pastikan basi jahitan dari tepi garisan adalah 1/4".


Langkah 4 :
Dengan menggunakan jarak jahitan 2, tindihkan kedua-dua kain tadi mengikut garisan yang telah dilukis

Langkah 5 :
Selepas dijahit, potong lebihan kain, tinggalkan 1/4" sahaja.

Langkah 6 :
Bahagian atas foundation, gosok bahagian sambungan supaya rata menggunakan finger presser/seterika.


Langkah 7 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '3'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1' & '2' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.

 
 Langkah 8 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '4'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1', '2' & '3' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.

 
 Langkah 9 :
Bahagian atas foundation, gosok bahagian sambungan supaya rata menggunakan finger presser/seterika.
 
 
  Langkah 10 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '5'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1', '2', '3' & '4' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.


 
Langkah 11 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '6'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian-bahagian yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.
 
 

Langkah 12 :
Selepas dijahit, potong lebihan kain, tinggalkan basi jahitan 1/4" sahaja.



Ulang langkah-langkah yang sama bagi menyiapkan setiap bahagian bertanda sehingga semuanya selesai. Mudah kan??? Dah tu boleh le buat banyak-banyak dan cantum-cantum untuk menjadi artikel yang menarik seperti sarung bantal, wall hanging, cadar atau dibingkaikan sahaja pun cantik juga...
Harap boleh faham le dengan penerangan yang Sheila bagi ni... sebab ianya diterjemahkan melalui pemahaman Sheila dari ilmu yang Sheila perolehi dan yang dah praktikkan. Lain orang lain caranya... harap dapat manfaat bersama.

Sekian daripada Sheila... hingga jumpa di lain kali, selamat mencuba.

With lots of love....


Bookmark and Share