Aug 3, 2010

Berhujung minggu di Pusat Epal Puchong

Salam,

Selamat hari Selasa Sheila ucapkan. Sheila ke Pusat Epal sebenarnya sebab nak berjumpa dengan pelanggan yang ingin menempah logo... dah alang-alang dekat dengan pusat Epal ni, kami berjanji untuk bertemu di sini... senang sikit sambil-sambil tu boleh le menjamu mata... Kebetulan pula Pusat Epal mengadakan jualan fabrik dan peralatan jahitan. Dalam pada tak nak beli tu, Sheila terbeli satu fabrik... itupun selepas beberapa kali melakukan pusingan meja jualan.... 
Ramai yang memilih-milih kain yang berkenan di hati... rambang mata dibuatnya...
 
Cik Nelly sedang mengambil order pelanggan
 
Yang baju merah tu Cik Ain... pun sedang sibuk mengambil order pelanggan

Ini antara fabrik yang dipamerkan.... cantik-cantik belaka dan semuanya 100% cotton

 Model tote bag... sila abaikan pipiku yang gebu itu... sebelahnya Cik Nelly yang ayu jelita
{sayang Sheila tak order pulak kain ni... nampak cantik}

 Ni lagi sorang model tak berbayar... Adini
Veil tu disulam menggunakan mesin sulam berkomputer Janome... Cantikkk kan.... :-D

Seronok rasanya dapat menjamu mata melihat kain-kain yang cantik... kalau ikutkan hati semua pun nak beli... 

Hingga jumpa lagi di lain entri, sambutlah salam hormat daripada Sheila untuk semua...


Bookmark and Share