2 Aug 2010

Bye bye MC300e

Salam,

Apa khabar semua? Sheila doakan semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Kita sekarang dah pun masuk bulan Ogos. Cepat sungguh masa berlalu dan sedar tak sedar, kita pun dah menghampiri bulan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Sheila nak maklumkan di sini bahawa mesin sulam model MC300e sudah tiada lagi di pasaran Malaysia. Hanya ada satu model sahaja lagi iaitu model MC350e. Jadi jangan lepas ni ada yang request nak model MC300e ni, tak dapat Sheila nak menolong. Bagi sesiapa yang dah booking mesin ni jangan risau, anda masih boleh membeli mesin sulam ni pada harga RM5,999.00 beserta FREE GIFT yang dijanjikan.

Bagi yang nak beli mesin sulam boleh le booking untuk mesin sulam MC350e. Untuk pakej MC350e ni, anda akan mendapat satu hoop tambahan iaitu Giga Hoop yang bernilai RM299.00 serta satu voucher pakej pembelajaran. Offer ini masih lagi dibuka sehingga memo dikeluarkan oleh pihak pengurusan atasan. Harga yang ditawarkan untuk mesin sulam MC350e ini adalah RM6,999.00. Jadi, kepada sesiapa yang berhajat tu, baik le cepat-cepat booking.... kalau tak menyesal pulak nanti. 

Sheila dah beli mesin sulam MC350e ni... duluuu... lama dah. Masa nak beli pun fikir lebih 1 juta kali rasanya. Maklum le, nak beli mesin jahit harga RM1,799.00 pun fikir sampai setahun, inikan pula nak membeli mesin sulam yang berharga sekitar RM5,499.00. Banyak juga duit yang nak dilaburkan. Tetapi, disebabkan minat dan nasihat orang-orang sekeliling, akhirnya Sheila beli juga dengan harapan ianya dapan menjana pendapatan.


Alhamdulillah, pelaburan yang dibuat adalah tidak sia-sia. Yang penting, walau apapun pelaburan yang kita buat pastikan ianya digunakan dengan betul dan jangan dibazirkan. Merancang dengan teliti dan mengikut perancangan yang dibuat adalah perkara yang paling utama. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.


Hingga berjumpa di lain masa, salam hormat untuk semua. 


(Berlintas langsung dari meja office sebelum masuk kerja...)

Bookmark and Share