20 Jul 2010

DUA PULUH JULAI DUA PULUH SEPULUH



Salam,

Hari ni dah 20hb Julai. Terlalu pantas masa berlalu. Semakin kita kejar, semakin jauh masa meninggalkan kita, dan semakin hampir pula kita kembali kepadaNya. Persoalan yang sering berlegar-legar di kepala, apakah cukup bekalan yang akan dibawa nanti? 

Tak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin Sheila menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat pengunjung blog, jiran-tetangga, sahabat handai, ipar duai dan semua yang membaca catatan Sheila ini, andai di sepanjang perkenalan kita dan penglibatan Sheila di dalam dunia blogging ni Sheila ada melakukan kesilapan seperti :
  • tulisan-tulisan @ kata-kata Sheila yang dah mengguris perasaan seseorang, mungkin ada yang dah terasa,  
  • ada janji-janji yang lambat ditunaikan @ masih belum dilunaskan lagi (sila hubungi Sheila melalui sms atau email ye), 
  • ada posting-posting yang kontroversi...

  • ada kekurangan posting di sana sini
  • gurau senda yang terlampau,
  • mungkin Sheila ada pinjam duit ke apa-apa ke (silalah juga menghubungi Sheila melalui sms atau email ye)


    ...jadi Sheila minta maaf atas semua itu. Kalau ada kesalahan-kesalahan lain yang Sheila tidak nyatakan tetapi telah dilakukan samada secara nyata atau tersembunyi, tanpa Sheila sedari, maka mohon diampunkan juga. Sesungguhnya Sheila ni hanyalah manusia biasa yang serba serbi kekurangan.


    Berbalik kepada cerita tentang bulan yang mulia, yang penuh Berkat dan Rahmat... Ramadhan, malam-malam Ramadhan akan dihidupkan dengan solat sunat Terawih, tadarrus Al-Quran, Qiamullail, moreh dan berbagai-bagai aktiviti lagi... Bila bercakap tentang Tadarrus Al-Quran, membuatkan Sheila terkenang kembali pesanan atau boleh dikatakan teguran seorang senior di tempat kerja lama (kira-kira 14 tahun yang lalu), Abang Asri namanya. Tatkala Sheila sibuk membaca novel-novel cinta dan juga majalah-majalah hiburan, maklum sahaja ketika itu Sheila baru sahaja memulakan alam pekerjaan, darah mudalah katakan. Abang Asri menegur Sheila dengan sopan, katanya :


    "Sheila, daripada membaca buku-buku yang berbentuk hiburan, kan lebih baik membaca Al-Quran?".


    Adeh... dalam lembut tutur katanya, tapi amat panas dan pedih telinga dibuatnya.... berdesing.... dan berkepul-kepul asap keluar, {tapi nasib baik tiada siapa yang perasan masa tu...}

    Sejak dari teguran pertama itu, setiap kali Sheila membelek buku @ majalah dan lain-lain bahan cetak yang agak-agak tidak mendatangkan faedah, maka setiap kali itu jugalah kata-kata Abang Asri ni terngiang-ngiang di telinga. Kekadang rasa bersalah setiap kali Sheila membelek-belek majalah kegemaran. Kalau novel boleh di baca berhelai-helai muka surat sekali hadap, Al-Quran dibaca hanya beberapa kerat ayat sahaja dalam seminggu malahan ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan. Berapa kali dah khatam Al-Quran, dan berapa kali dah khatam novel-novel kegemaran? Sheila berdoa mudah-mudahan Sheila diberikan masa olehNya untuk menjadi yang lebih baik sebelum ajal tiba...

    Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menerima teguran. Marah, meradang, naik angin, buat tak tahu dan macam-macam lagi, tapi teguran yang satu ini adalah salah satu teguran yang amat terkesan di hati. InsyaAllah akan diingat sampai mati. Terima kasih Sheila ucapkan pada Abang Asri atas teguran yang diberi.



    Bookmark and Share

    TUDUNG DARIPADA KAK MASHITA

    Salam

    Telah terlalu lama Sheila mengabaikan blog Nice Craft yang satu ini... kepada yang datang berkunjung ke sini, terima kasih Sheila ucapkan.

    Hari Sabtu lepas, Sheila pergi ke Poslaju Shah Alam untuk mengambil bungkusan yg dikirim oleh Kak Mashita {kenalan internet}. Memang tak pernah bersua muka, cuma melalui telefon sahaja. Kak Mashita ni seorang guru. Mengenali beliau ketika Kak Mashita membeli mesin sulam mc300 dan Harmoni 2049 tahun lepas. Masa tu beliau masih di JB, sekarang ni dah tukar ke Pulau Mutiara. Kak Mashitah menghadiahkan sehelai tudung sebagai tanda persahabatan. Terima kasih banyak-banyak Sheila ucapkan dan memang cantik dan sesuai je saiznya dengan Sheila.


    Terima kasih daun keladi buat kak Mashita. Ada rezeki nanti InsyaAllah kita akan bersua muka.

    Sehingga jumpa lagi... salam hormat daripada Sheila.
     

    Bookmark and Share