Jun 11, 2010

wip - sarung kusyen tulip

Akhirnya mood menjahit datang juga. Lama dah rasanya terperam dan terperuk segala projek-projek yang sepatutnya dah lama disiapkan. Terkini, sheila sedang menyiapkan satu set sarung kusyen tulip. Teknik yang digunakan untuk patchwork ni adalah teknik paper piecing. 

Sheila sedang dalam rangka untuk menyiapkan teknik langkah demi langkah cara-cara menjahit menggunakan teknik paper piecing ni. Semuanya ada 10 step untuk mendapatkan bentuk tulip ini. Tunggu ada kamera ,baru nak ambil gambar step by step. Senang je nak menjahit guna teknik paper piecing ni. once dah tahu cara dan tekniknya. Macam-macam projek/artikel jahitan yang boleh dibuat.

So ladies... hingga jumpa lagi di lain ketika, selamat menjahit.

p/s : berblog sambil tengok kickoff celebration concert dengan cik abang... WC dah mula, last wc tahun 2006, masa tu mengandungkan adibah 7 bulan... sekarang adibah dah 4 tahun... dan adibah memang minat sangat dengan bola walaupun sedar dirinya budak perempuan ..


Bookmark and Share