Jun 7, 2010

catatan perjalanan - tioman (day 1)


Salam,

Inilah peta pulau Tioman... destinasi percutian yang dirancang oleh cik suami. Kami tinggal di  Berjaya Tioman Suite selama 4 hari 3 malam.  

Hari 1 (27 Mei 2010)

4.24 am - Kami memulakan perjalanan dari rumah mengambil laluan lebuhraya PLUS melalui route Puchong - Ayer Hitam - Mersing - Tanjung Gemok. 6.30 am - Tiba di hentian R&R Pagoh, berhenti untuk solat Subuh, sarapan, rehat dan memenuhkan tangki kereta. Perjalanan di teruskan dan kami tiba di exit Ayer Hitam kira-kira jam 8.10am. Dari sini, kami mengambil laluan ke Mersing, melalui Felda Nitar dan seterusnya ke Tanjong Gemok.

Kami tiba di Jeti Tanjung Gemok kira-kira jam 10.40am (seperti yang dijadualkan). Feri akan bertolak jam 11.30am dan penumpang perlu berada di jeti 1/2 jam awal. Kadar bayaran parking di jeti adalah RM10.00 sehari dan kadar feri ada RM70.00 untuk dewasa dan RM60.00 untuk kanak-kanak (pergi-balik). Bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ianya adalah PERCUMA. Di sini juga kami perlu membayar yuran untuk taman laut. 


 Kami selamat mendarat di Jeti Kg. Tekek jam 1.50pm.... Alhamdulillah. Dari jeti Kg. Tekek, pengangkutan dari Berjaya Resort telah sedia menanti kedatangan kami.... kami di bawa ke resort untuk proses check in...




.... bersambung...




Bookmark and Share