Jun 5, 2010

kameraku rosak...

salam,


kamera lama sheila canon powershot sx110 is dah kena air masa pergi bercuti minggu lepas. kalau nak hantar repair tak tahu berapa lama baru boleh siap... so, sementara nak membaikpulih kamera ni, sheila survey untuk kamera baru... yang ni nanti boleh bagi adini (kalau boleh dibetulkan).





hajat hati menggunung tinggi.. kalau boleh nak beli kamera model ni..... --->

tapi menengokkan harganya dan juga kegunaan sheila yang hanya nak ambil gambar sebagai hobi sahaja, rasanya lupakan aje niat nak beli kamera ni. lagipun saiznya yang besar dan macam susah aje nak handle..



akhirnya terbekenan pulak dengan canon powershot sx20 is. fungsi-fungsi memang best...dah tu kalau dapat, nak le beli sekali dengan speedlight dia... lengkap dah rasanya.








sheila ni bukan le jurugambar profesional... cuma amatur sahaja. kamera pun yang amatur juga le. cita-cita untuk dslr tu memang ada tapi bila fikir-fikir balik, tak perlu. tapi kalau ada orang nak bagi hadiah, sheila terima dengan tangan terbuka...
 

hingga jumpa lagi, selamat bercuti....



Bookmark and Share