May 10, 2010

SELAMAT HARI IBU

As Salam,

Sheila ucapkan selamat menyambut hari ibu terutama buat mak (Hajjah Azizah binti Haji Ismail)... terima kasih Sheila ucapkan kerana telah banyak berkorban dan bersusah payah membesarkan anakmu ini.... Tidak terbalas semua jasa yang telah diberikan... semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mak dan semoga mak gembira selalu.....

Ucapan ini juga Sheila ucapkan kepada semua yang bergelar ibu, mama, emak, ummi dll.... semoga tabah menghadapi perjalanan hidup ini....





Untuk Sheila pula, sambutan hari ibu tahun ini, kami sekeluarga menyambutnya dengan cara yang agak berlainan. Kami mendaki Puncak Broga di Semenyih.... Alhamdulillah... semuanya selamat.

Kami sampai di kaki bukit Broga lebih kurang pukul 7.30am. Setelah bersiap-siap dan melakukan acara pemanas badan, kami mula mendaki.... hari minggu, orang agak ramai. Ramai yang turun dan ramai juga yang baru tiba.... Perjalanan melalui kawasan kelapa sawit sebelum memasuki kawasan hutan.... cuaca baik.

Broga mempunyai empat puncak.... sesuai untuk beginner.... trek yang mudah dan tidak terlalu mencabar, cuma ada di bahagian-bahagian tertentu yang perlu mendaki, tetapi ada tangga-tangga kecil yang telah sedia ada.... cuma perlu menaiki anak-anak tangga setapak demi setapak.... kalau ada yang gayat.... jangan sekali-kali memandang ke bawah...

Gambar ni adalah gambar di puncak keempat.... kami berjaya menakluki hingga ke puncak yang paling tinggi.... Alhamdulillah. Di puncak ini cabarannya adalah untuk memanjat batu besar... tetapi ada tali yang disediakan.... 

Puncak Broga kami tinggalkan dengan seribu kenangan.... sehingga jumpa lagi akan datang.....


Bookmark and Share