7 May 2010

TETAMU ISTIMEWA DATANG BERTANDANG

Salam,

pagi-pagi tadi (06-05-2010), tetiba ada makhluk Allah yang datang bertandang... time sibuk-sibuk tengah bersiap nak pergi kerja... dah tu masuk tak bagi salam (ke sheila tak dengar...??)
kisahnya camni....
selepas cik suami keluar menghantar anak-anak ke sekolah, tinggal le sheila berseorangan di rumah. sambil-sambil layan celoteh ally iskandar dan ahmad fetri yahya - mhi, tetiba macam ada bunyi kat bahagian dapur... bila sheila jengah je ke dapur, nampak le makhluk Allah ni bertempiaran.. dan ada le pulak yang tak berjaya nak meloloskan diri. Jadinya terkontang kantinglah sendirian ke depan ke belakang, masuk bilik jahit, tapi masih lagi tak berjaya keluar... (kesiannya....)
dah penat ke depan... ke belakang... naik pulak ke atas, masuk bilik tidur... masuk bilik air... tapi masih lagi tak berjaya keluar... (berpeluh gak keti mengejarnya...).. ingatkan nak tangkap, tapi makhluk Allah ni lagi le cekap... tak padan dengan badan... tapi selepas dipujuk... dirayu... dinasihati... akhirnya makhluk Allah ni berjaya menemukan jalan yang benar... maka terselamatlah ia.... dan dapatlah ia bersatu semula dengan keluarganya...
makhluk yang sheila maksudkan adalah ini.....

.
.
.
.
.
.

Nampak tak tu... burung tu bertenggek kat atas curtain rail... hihihi... kesian... mesti perasaan burung ni gelabah.... ALAMAK!!!.



Bookmark and Share