May 5, 2010

CERITA MACAM-MACAM

 As Salam,

Diam tak diam, kita sekarang dah pun masuk bulan Mei.Terlalu cepat masa berlalu dan ini bermaksud dah lima bulan kami tiada pembantu di rumah. Segalanya kena buat sendiri, membasuh, memasak, mengemas dan segala macam "me.." lagi. Ditambah pula Adini yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ni menambahkan lagi cabaran Sheila untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut. Tetapi, apa yang penting... "KERJASAMA"...

Aktiviti jahitan terpaksa dihentikan buat sementara sebab tak cukup kaki dan tangan, tetapi aktiviti jualan mesin dan juga bengkel-bengkel jahitan masih saja diteruskan seperti biasa. Antara bengkel jahitan yang telah dilaksanakan dengan jayanya adalah untuk parlimen Klang, Parlimen Kota Raja dan Parlimen PJS. Minggu depan pula, dengan kaum wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Alhamdulillah.
 


Ada ahli VIP Epal yang baru di bawah Nice Craft Marketing. Sheila selaku pemilik Nice Craft Marketing dengan berbesar hati ingin meraikan ahli VIP Epal yang baru iaitu Puan Dara, dari Dalat Sarawak. Sheila kenal Puan Dara hanya melalui telefon aje (memang kebanyakannya pun kenal melalui telefon/internet je)... Beliau sebelum sudah pun memiliki sebuah mesin sulam Futura, keluaran Singer, dan sekarang menambah sebuah mesin lagi iaitu mesin sulam berkomputer Janome model MC300. Sekiranya Puan Dara membaca catatan Sheila ini, Sheila ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Nice Craft Marketing.... Untuk keterangan lanjut sila pergi ke sini ye





Aktiviti terkini selain daripada bengkel-bengkel jahitan, Sheila dah dapat new toy. Dah lama tunggu akhirnya berhasil juga Sheila mendapatkannya. Tapi masih lagi belajar untuk memahirkan diri. Nanti kalau dah boleh buat sambil tutup mata Sheila akan kongsikan keseronokannya di sini ye.


Minggu depan, 15hb Mei 2010 adalah hari konvokesyen Sheila. Dah lama since last convo tahun 1996. Teruja dan berdebar juga...  ini adalah antara perkara penting dalam sejarah hidup Sheila. Sheila mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan. Bagi Sheila yang major in civil engineering ni, rasanya lebih mudah study perkara-perkara teknikal jika dibandingkan dengan study kursus yang banyak kena baca ni.... lBaju untuk majlis ni pun belum potong pun lagi. Ingatkan nak jahit sendiri, tapi masa sangat tak mengizinkan di tambah pula dengan mood yang tak datang-datang lagi ni... Susah-susah nanti Sheila cari baju yang dah siap aje... kan.

Hmmm... kalau ang nak ikutkan macam-macam nak tulis. Macam nak buat rangkuman seminggu je gayanya. Tapi, cukup le sampai di sini je dulu. Cerita tentang projek jahitan ada tapi kena tunggu... 


Akhir kata, salam hormat daripada Sheila dan ceria-ceria selalu.


 


 
Bookmark and Share