Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

22 Apr 2010

Hello Kitty

Dapat new tools... dalam learning proses... first try, sheila edit gambar Hello kitty dan convert untuk di sulam. maka, inilah hasilnya....




Bookmark and Share

21 Apr 2010

MACAM-MACAM NAK CERITA, TAPI....

.... masa yang ada terlalu terbatas.

Salam buat sahabat sekelian,


Lama benar Sheila tak menjenguk blog ni... sibuk sangat...


Hari ni Sheila nak update tentang smocking pleaters ni... satu milik Awadah dan satu lagi milik Aisyah... Awadah join group kutu smocking NCM... bulan April turn Awadah, jadi pada Jumaat lepas Awadah singgah di rumah Sheila untuk ambil sendiri pleaters ni... Awadah on the way ke Cheras katanya... 

"Awadah... bila-bila nanti jemput datang ke rumah... kita minum-minum dan sembang panjang... "

Hari Sabtunya pula, Sheila menghantar pleaters buat Aisyah di Ampang. Aisyah ni suri rumah sepenuh masa  dan mengambil upah menjahit baju kurung, baju smocking, langsir dan macam-macam lagi. Tapi yang paling Sheila respect, suami Aisyah ni.... Sarjan Iwan, sangat rajin membantu Aisyah dengan aktiviti-aktiviti jahitan. Kata Aisyah, untuk baju kurung, suaminya akan menjahitkan mata lalat... 

Sebelum Aisyah membeli pleaters ni, baju smocking yang dijahit adalah secara manual... kedut-kedut secara manual... buat garisan baris demi baris dan prosesnya mengambil masa yang amat panjang... suaminya akan melakukan proses mengedut kain-kain tu dan tugas Aisyah menyulam corak... jadi kini tugas-tugas suaminya ini menjadi lebih mudah bila dah ada smocking pleaters.... 
Inilah hasil kerja Aisyah yang dilakukan semuanya secara manual... kemas dan cantik. Aisyah dan suaminya merupakan pasangan yang masih muda.... tetapi mempunyai wawasan dan cita-cita yang sangat tinggi... masing-masing berasal dari Perak.... (senegeri dengan teman ni... >_<)...  seronok jumpa orang senegeri ni... macam dah kenal beno ghopenye...

" Sarjan Iwan... cepat-cepat buat blog... nanti upload gambar baju banyak-banyak ye..." 
So, setakat ini dulu cerita hari Rabu dari Sheila.... ohh...Sheila ada beli fabric Save Our Planet dan magnetic rod ... nanti di posting akan datang Sheila ceritakan lebih lanjut ye....

Hingga jumpa lagi, salam hormat buat semua.



Bookmark and Share

12 Apr 2010

KERATAN AKHBAR BH (6 APRIL 2010)

Sumber : Berita Harian
Tarikh : Selasa - 6 April 2010

Program ini terbuka kepada ibu tunggal dan suri rumahtangga... di kalangan mereka ada yang belum pernah menjahit... tapi semasa program ini dijalankan, InsyaAllah ianya boleh mendatangkan hasil, yang penting kena rajin berusaha dan jangan mudah putus asa....

Bookmark and Share
Posted by Picasa

11 Apr 2010

PROGRAM JEJARI BESTARI 2010 - BAHAGIAN 1

Salam...


Alhamdulillah, Nice Craft MArketing telah diberi peluang untuk menjadi tenaga pengajar kepada 33 orang suri rumah dan ibu tunggal bagi parlimen Kota Raja.


Program 2 hari ini diisi dengan 3 projek jahitan. Pada hari pertama, peserta di ajar cara menjahit bekas pensil dan green fabrik bag... manakala pada hari kedua peserta diajar cara-cara menjahit tudung jersey... setiap peserta membawa pulang 2 tudung jersey setiap seorang.

Kami juga menganjurkan pertandingan menghias green fabrik bag dengan cara paling kreatif... semua yang hadir mempunyai bakat besar... walaupun ada yang baru first time menjahit, tapi terus menjadi... cukup gembira dan puas hati dengan pencapaian setiap peserta...

Sheila dibantu oleh En. Jai dan Puan Ninoz.... terima kasih Sheila ucapkan kepada support team Nice Craft Marketing... semoga lepas-lepas ni kita akan terus bekerjasama.....

Nanti Sheila akan sambung lagi tentang bengkel jahitan part 2... selamat berhujung minggu dan selamat menjahit...


Bookmark and Share

5 Apr 2010

HAPPY MONDAY


Salam dan selamat sejahtera,


Apa khabar semua? Sheila harapkan sahabat dan pembaca blog Sheila ni berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Akhirnya semalam (04042010) Sheila dah selamat membentangkan kertas kerja bagi kursus yang Sheila ambil. So lepas ni akan ada konvokesyen, InsyaAllah bulan Mei nanti.


Aktiviti terkini, Sheila sekarang sibuk dengan bengkel-bengkel jahitan... nanti bila-bila akan Sheila uplaod gambar-gambarnya di sini ye... Untuk pengetahuan semua, minggu ni pun ada satu lagi sesi menjahit tudung jersey.... Harapan Sheila agar semuanya berjalan dengan lancar...


Hingga jumpa lagi, ceria-ceria selalu....


Bookmark and Share

Popular Posts

Like us on Facebook