12 Feb 2010

IT'S 35

35... umurku bertambah setahun lagi... 35 tahun yang lalu, Sheila dilahirkan pada jam 3.00am , hari Rabu, di pagi Chinese New Year...

HATIKU BERBUNGA...

Pagi-pagi masa masuk office di hari Jumaat yang penuh berkat, Sheila dikejutkan dengan kedatangan florist yang menghantar sejambak bunga ros pink yang sangat sweet.. bila dapat je dan Sheila tengok pengirimnya daripada Jurra dan Neneth (ingatkan daripada cik abang...)... sebaknya rasa di hati. Perasaan bercampur baur, sedih, terharu, gembira & berbunga. Itulah perasaannya.

Kami hanya kenal secara kebetulan melalui blog, pernah berjumpa sekali sahaja tetapi ikatan persahabatan yang terjalin baru dua tahun ini dirasakan seolah-olah kami adalah sahabat yang telah mengenali lebih lama dari tempoh itu. Walaupun kami dipisahkan oleh Laut China Selatan, Sheila harap hubungan persahabatan ini akan kekal dunia dan akhirat. Terima kasih Jurra & Neneth...


Atas permintaan Jurra, Sheila sertakan gambar bunga dan tempat kerja Sheila dan apa yang Sheila kerjakan... Serba sedikit tentang kerja Sheila ni, Sheila bekerja sebagai Steel Detailer (major in Structural steel) dengan sebuah consultant firm. Berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang ni. Projek-projek yang Sheila dah buat antaranya MAS Hanger, LCCT, KLCC, Kastam Kompleks Kelana Jaya dan sekarang ni tengah buat LHDNM, Cyberjaya. Cam nak minta kerja je kan??? So Jurra, silalah jamu mata ye...


Lunch time Sheila dan officemate menjamu selera di Pizza Hut. Najmah, Fazira, Evelyn & Norida. Najmah belikan kek yang comel dan sedap ni... Terima kasih semua, kalian telah menceriakan hari-hari suramku di office... >_<... terima kasih juga dengan ucapan dan doa yang telah diberikan.


Yang ni pula hadiah daripada Karen... Tq so much..


Sebelah malamnya, Sheila meraikan bersama suami dan anak-anak tercinta. Begitulah kisahnya. Buat yang lain-lain yang telah mendoakan di FB dan di blog masing-masing (cangkir biru & aku apot), Sheila ucapkan terima kasih banyak-banyak. Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kalian, Amin.

p/s : Buat semua yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Sheila.... Sheila ucapkan selamat menyambut hari lahir, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki semoga sentiasa berada di dalam Rahmat Allah jua hendaknya.... Amin.


Bookmark and Share