Jan 22, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - APA ITU RIAK?

Renungan pada hari Jumaat. Peringatan untuk diri sendiri dan ingin dikongsi dengan blog reader Nice Craft Sewing Studio.
Sumber : http://sufiimaan.blogspot.com

Ramainya orang yang rajin beribadat, tetapi kerajinannya ada tujuan tertentu, bukan bertujuan kerana Allah ta’ala; Maka sebab itu ibadatnya musnah akibat ketidak ikhlasannya serta mempunyai sifat riak dan takabur;

7 sebab manusia menjadi riak / ujub / takabur:-

1. dia merasakan amalannya hebat daripada orang lain;
2. dia merasakan keturunannya hebat. (Note: Iman bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi atau dipusakai
3. dia merasakan dia lebih kaya daripada orang lain (Note: Orang yang paling kaya adalah Nabi Sulaiman, antaranya dikurniakan isteri yang ramai serta zuriat yang ramai dll);
4. dia merasakan dia lebih cantik daripada orang lain. Orang seperti ini selalunya akan menampilkan dirinya lain dari yang lain;
5. dia merasakan dia lebih kuat daripada orang lain;
6. dia merasakan ilmunya lebih daripada orang lain sehingga dia membodoh-bodohkan orang yang tidak ada ilmu;
7. dia merasakan dia mempunyai ramai pengikut;

Ramai yang kaya tetapi binasa diatas kekayaannya. Bila dia mendapat kesenangan dia tidak mengingati Allah, kerana terlalu sibuk melayan kekayaan duniawi yang di perolehinya, padahal dia lupa bahawa Allah yang telah memberi kesenangan itu;

Ramai yang fakir tetapi binasa diatas kefakirannya. Fakir tidak sama dengan miskin. Ada yang miskin tetapi masih tidak mahu mengingati Allah, masih tidak mahu beribadat pada Allah. Benarlah kata Nabi, kefakiran boleh membawa kepada kekufuran. Orang Fakir ini lebih rendah nilainya daripada orang miskin. Islam tidak mahu kita menjadi fakir tetapi Islam mahu kita menjadi kaya, tetapi kaya dengan sifat qanaah, yakni sifat yang mencukupi;

Ramai yang sihat tetapi binasa diatas kesihatannya. Bila dia sihat, dia tidak ingat pada Allah, tetapi bila sudah ditimpa kesakitan, barulah dia teringat akan Allah. Seperti lazim orang yang sakit akan selalu menyebut nama Allah, selalu berzikir pada Allah. Itulah sebabnya kadangkala bila kita mendapat sakit ianya adalah seperti mendapat satu rezeki, kerana pada ketika itulah ucapan ucapan membesarkan Allah akan keluar serta ingatan pada Allah akan bertambah kuat;

Ramai yang alim tetapi binasa diatas ilmunya. Ada ilmu tetapi tidak tahu menggunakannya untuk menegakkan keadilan. Ada ilmu tetapi tidak disebarkan atau dikembangkan;

Ramai yang jahil tetapi binasa diatas kejahilannya. Jahil itu bermakna tidak berapa cerdik ataupun bodoh. Orang ini tidak tahu pasal agama tetapi masih mahu bercakap pasal bab agama


Bookmark and Share