13 Dec 2010

Mesin Jahit Epal | Keistimewaan Menjadi Ahli VIP Epal

Assalammualaikum,

Selamat hari Isnin semua… Diam tak diam kita dah pun berada di minggu baru, lagi lebih kurang dua minggu dan masuk tahun baru 2011. Hujung tahun ni bagi yang dah berkeluarga banyak nak guna duit, maklum saja anak nak masuk sekolah, macam-macam persiapan yang perlu dibuat.

Sheila nak kongsi pengalaman Sheila sebagai ahli VIP Epal. Tahun 2011 merupakan tahun ke-5 Sheila bersama keluarga Mostwell. Mulanya hanya nak menambah ilmu dalam bidang jahitan, tapi lama kelamaan minat Sheila lebih cenderung kepada bidang pemasaran pula. Berkat tunjuk ajar daripada pengurus pusat Epal Puchong, Sheila menumpukan perhatian kepada pemasaran mesin jahit Epal. Alhamdulillah, jaringan dalam rangkaian Sheila dah melebihi 100 orang dan ianya meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak serta Indonesia.

Sebagai ahli VIP Epal, selain daripada dapat belajar dengan yuran percuma, anda boleh mengambil tempahan jahitan, memasarkan produk siap dan dalam masa yang sama anda juga boleh menjual mesin jahit. MENARIK!! Sekiranya anda memperkenalkan mesin jahit Epal ni kepada rakan anda yang berminat, maka anda akan dapat komisyen daripada setiap pembelian mana-mana mesin jahit Epal (Janome). Pihak Mostwell akan membayar anda pada setiap 15hb pada bulan berikutnya.

2009-10-17_21

Setiap mesin jahit yang dibeli, paling sikit pendapatan yang akan anda perolehi adalah sebanyak RM196.00 dan ianya boleh mencecah kepada RMx,xxx.00… Sheila sendiri dah ada 4 buah mesin Janome yang Sheila beli hasil daripada jualan mesin jahit Epal ni. Mesin pertama yang Sheila beli SM2049 – modal permulaan. Sekarang Sheila dah ada mesin jahit tepi MyLock 744D, mesin sulam MC350e dan mesin quilting MC6500. Ada juga yang dah memang buat fulltime dengan memasarkan mesin jahit Epal ni sahaja. Jangan tak percaya, ianya telah terbukti.

Kepada rakan-rakan yang dah beli mesin dengan Sheila, atau yang baru nak beli mesin, jika berminat dalam bidang pemasaran mesin jahit ni, hubungi Sheila dan Sheila sedia berkongsi ilmu dan info bagi membantu anda. Sheila akan tunjukkan caranya….

Hingga jumpa lagi… daaaaa

15 comments:

  1. Salam Sheila, Boleh cerita lebih terperinci macam mana nak beli mesin apple ni? -

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Cara pembelian sungguh mudah, bayar booking RM50.00 (min), email/sms detail peribadi (nama penuh, alamat surat menyurat, no. kad pengenalan dan contact no). Seterusnya pilih cara pembayaran (tunai, kredit kad, AEON atau ansuran Epal)... yang lain-lain Sheila uruskan dengan Epal.

    Seterusnya untuk ambil mesin boleh samada datang ambil sendiri di mana-mana pusat Epal atau kalau jauh dari pusat Epal, penghantaran akan dibuat melalui courier.

    ReplyDelete
  3. boleh sy tahu dimaman pusat Epal di Ipoh, Perak...

    ReplyDelete
  4. salam cik Shiela,mak teh pun nak tahu jugak,pusat epal dijohor.mak teh ada mesin 2049,tak pernah pegi class selepas beli itu hari,dah lama,thn 2005.belinya.masih eligible ka

    ReplyDelete
  5. salam.. nak tanya ..cam mana dengan cara ansuran epal tuh?? tq

    ReplyDelete
  6. nak tumpang tanya.. kat mana pusat epal di klang? kalau nak buat ansuran AEON tu macamana? boleh email saya x? myizaz@gmail.com

    saya br nak belajar menjahit..

    ReplyDelete
  7. slm,sis..
    boleh bg detail about ahli VIP Epal?teringin pulak bwt biz jual mesin jahit epal nihh..
    plz reply,tq

    ReplyDelete
  8. hi, saya mencari mesin jahit epal di tempat saya tapi takda, luckily saya terjumpa post kak sheila dalam ni, boleh email kan saya details semua jenis mesin yg kakak ada? edayulexies@gmail.com

    saya berminat jugak ingin menjadi agent promosi utk mesin ini di Miri, Sarawak.
    regards, mdm eday

    ReplyDelete
  9. salam

    cmna nk jadi ahli. sbb saya di pasir gudang. epal jauh di bandar jb

    bantu saya suzannazzainudin@yahoo.com

    cikgu 9 tahun., masih tidak tahu menjahit. alaupun ibu dahulu menjahit baju, tetapi tidak diwarisi, wpun di pinta

    ReplyDelete
  10. salam Shiela,

    saya hamidah, tgh survey msin jahit. sm2049 tu boleh jahit tepi tudung atau jait tepi biasa tak. msin ni mahal so kene fikir msk2 dulu hehe..

    ReplyDelete
  11. salam

    kat mne alamat mesin jahit epal di melaka

    ReplyDelete
  12. Askum sye nk tnya mcm mana nk beli mesin jahit apple ne melalui loan dgn apple sndri..bkn melalui bank..

    ReplyDelete
  13. Assalam.. ada jual spare part mesin jait apple x? Pemijak meswin jait sy dh rosak.. dh cari merata kawasan sy tp xdebyg seauai... blh bg info.. klu beli pos pn xpe..

    ReplyDelete
  14. Epal Quilt Shop (Ipoh)
    40, Medan Ipoh 1E,
    Medan Ipoh Bestari,
    31400 Ipoh, Perak.
    Tel: 05-545 0181
    Fax: 05-5450881

    ReplyDelete