28 Aug 2010

Giveaway daripada My Lovely Ribbons n Laces

My Lovely Ribbons n Laces mengadakan giveaway sempena birthdaynya hujung bulan ni... Sheila pun nak tumpang memeriahkan suasana, sementelah anak bongsu Sheila pun lahir hujung bulan Ogos. Syarat-syarat yang ditetapkan pun mudah sahaja :


1. Jadi follower - Done
2. Buat satu entry - Done
3. Link mylovelyribbonsnlaces dalam bloglist - Done
4. Tinggalkan jejak di blog mylovelyribbonsnlaces - Done

Kepada yang lain jom sertai giveaway ni reramai... tarikh tutup 2 Sept. 2010. Sama-samalah menceriakan suasana. 

p/s : Buat mylovelyribbonsnlaces, nak wish Happy Birthday, semoga panjang umur dan murah rejeki... Amin


Bookmark and Share

25 Aug 2010

Ramadhan beransur pergi... Syawal bakal menampakkan diri....

... persiapan siap dak lagi?...


Salam...

Sekejap sangat Ramadhan kali ini rasanya... diam tak diam, lagi 2 minggu dah nak masuk bulan Syawal... tukang-tukang jahit time ni tentu sibuk nak menyiapkan tempahan, peniaga pakaian, kuih muih pun tak kurang sibuknya.

Tahun ni Sheila tak de buat biskut raya, main odasaja. Kalau nak buat pun mungkin kek lapis atau kek red velvet dengan cream cheese frosting... tentu dapat membangkitkan selera. Kuih odasaja yang Sheila tempah walaupun pada hakikatnya boleh je kalau nak buat sendiri adalah London Almond, Tart Nenas, Kerepek pisang bersira, kerepek ubi pedas dan kerepek ubi jagung. Cukup le rasanya tu. Sheila tak berapa suka biskut-biskut moden yang banyak butter tu... cepat muak rasanya. London Almond dengan tart nenas tu makcik Sheila buat sendiri, kalau beli kat luar tu kekadang intinya sikit sangat.... atau badam yang dalam almond tu separuh hati je, makan pun tak best kan??? So far, makcik Sheila ni masih menjual mengikut standard... rasanya pun sodap.

Tentang nak beraya di mana dulu tu, tahun ni kalau ikutkan giliran, kami akan beraya di Perak, kampung Sheila. Tapi biasanya pada saat-saat akhir perancangan boleh berubah. Dah dekat-dekat nak raya ni, bila check balik banyak lagi persiapan nak kena buat terutamanya baju raya anak-anak. Kalau ikutkan azam, tiap-tiap tahun berazam nak siapkan semua sebelum Ramadhan... tapi dengan kerja office dan kerja rumah, campur lak nak melayan anak-anak memang tak menang tangan. Sheila kena siapkan kalau tak siap beli readymade sepasang baju melayu cik abang dan baju melayu anak teruna, 2 pasang gaun smocking anak kembar lain-lain tahun, 3 pasang baju tidur dengan baju kurung mama diorang - 3 pasang jugak (ish ish ish... 3 pasang ko)... baju kurung untuk anak gadis bertiga tu awal-awal lagi opahnya dah siapkan... Alhamdulillah. Nasib baik mak rajin nak tolong jahitkan... kalau tak, tak tahulah..

Korang lak camana, dah siap ke semua? Hujung minggu ni mesti ramai orang keluar shopping kan, tambah-tambah pulak Jumaat Selangor cuti, sesak le jawabnya SOGO, IOI MALL, SACC MALL dan segala MALL le... yang pasti Sheila tak nak keluar hujung minggu ni, baik dok terperap kat rumah je, sambil kemas-kemas rumah, menjahit atau tidur mencuci. Tak tahan nak kena bersesak-sesak dengan orang ramai tu.... macam-macam bau ada. Kalau ada yang bercadang nak pergi shopping dengan anak-anak kecil tu, nasihat Sheila berhati-hati le... takut dalam dok sibuk kita memilih baju, kita ke mana, anak ke mana... tahu-tahu ada pengumuman anak siapa hilang.... (itu pun kalau ada pengumuman...)

Apa-apa pun Sheila ucapkan selamat membuat persiapan hari raya... 


Bookmark and Share

15 Aug 2010

Selamat hari lahir Adini

Buat anak mama Adini... Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-12. Semoga menjadi anak soleh, jaga solat, jaga aurat dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Mama dan papa sentiasa mendoakan kejayaan kakak.
We love you always...

Adini dilahirkan pada hari Sabtu, tanggal 15 Ogos 1998 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang pada pukul 8.15pm. Wajah Adini saling tak tumpah macam papa... hidung mancung tak macam mama. Masa kecil Adini dijaga Opah sebab mama & papa susah nak bagi orang jaga... Menjaga Adini tak susah, kalau tak sihat, dia akan tidur sepanjang masa... Adini juga merupakan cucu kesayangan arwah atuk, maklum aje, cucu sulung dalam keluarga mama. Mengenangkan kembali kisah lalu... terasa cepat benar anak mama ni besar. Sekarang dan pun 12 tahun... Harapan mama dan papa terhadap Adini sangatlah tinggi... maklum saja, sebagai anak sulung dalam keluarga tanggungjawabnya adalah sangat besar (macam mama dan papa)... semoga Adini berjaya di dunia dan akhirat...

Sempena hari lahir Adini yang ke-12, Sheila hadiahkan towel bersulam sebagai tanda ingatan. Sebab birthday dalam bulan puasa, Sheila masak makanan kegemarannya sambal tumis udang dan masakkan muffin comel... 

Kepada bloggers yang menyambut hari lahir hari ini, Sheila ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...


Bookmark and Share

Bloglist Ben Ashaari...

Apa tu??? Siapa le si Ben ni kan??? Kalau siapa yang masih belum kenal Ben Ashaari, silalah ke blog beliau... www.benashaari.com

http://www.benashaari.com/2010/08/kategori-blog-list.html


Sheila dapat tahu yang Ben ni nak rombak bloglist yang dia ada... hmm... menarik tu. Nak juga masuk dalam senarai bloglist Ben ni... maklum le, siapa tak kenal dengan Ben Ashaari... Ben sediakan tiga kategori, masakan, peribadi dan ibubapa. Syarat-syaratnya pun mudah sahaja... jadi Ben... I followww...

Kalau ada yang nak follow syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1 ) banner Ben Ashaari Blog
2 ) Tajuk ( BLOG LIST BEN ASHAARI ) dan linkkan ke entri ini ..
3 ) Kategori mana yang ingin anda berada ..

p/s : pssttt... Tempat adalah terhad .. jadi baik cepat-cepat sebelum terlambat...

Bookmark and Share

13 Aug 2010

Sawaddikaaaa... dan selamat menyambut Ramadhan

Salam,

Sheila ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat... Jika ada salah dan silap terlanjur kata, kekasaran bahasa serta tingkah laku, Sheila memohon ampun dan maaf... Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya, dan mudah-mudahan bertambah-tambah keberkatan dan keimanan...


Topik : Strutech Company Trip
Tarikh : 7 - 9 Ogos 2010


Entri kali ni nak cerita yang santai-santai aje... maklum le dah puasa. Lepas-lepas ni masing-masing dah sibuk dengan tempahan jahitan untuk hari raya pulak. Sheila sebenarnya baru balik dari Phuket, company trip selama 3 hari 2 malam (7 Ogos - 9 Ogos 2010). Seperti biasa, kami menggunakan servis AirAsia untuk menerbangkan kami ke sana. Penerbangan mengambil masa 1 jam 15 minit. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Rombongan disertai oleh 25 orang ahli, termasuk staff dan keluarga. Sheila pergi berdua dengan suami, anak-anak Sheila tumpang di rumah mak mertua.. terima kasih mak.


HARI PERTAMA

kami berkumpul di LCCT pada pukul 6.30am, flight adalah pada jam 07.35am.LCCT tidak pernah sunyi daripada kehadiran manusia dari pelbagai kaum. Pagi-pagi pun orang bukan main ramai lagi.

Kami tiba di Phuket airport sekitar jam 8.00am {waktu Phuket}. Untuk melepasi imigresen Phuket mengambil masa kira-kira 1 jam. Lama sungguh dan bukan main panjang lagi barisannya.... sabar ajelah.


Pemandu pelancong telah siap sedia menantikan ketibaan kami dengan 3 buah van. Kami terus dibawa berjalan-jalan di sekitar pekan Phuket. 


Destinasi pertama kami adalah kedai menjual t-shirt. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan kualitinya juga elok kerana mereka menghasilkan sendiri t-shirt keluaran mereka... kiranya macam back yard industri atau boleh juga dipanggil Home Based Business..
 
Seterusnya kami dibawa melawat ke Chalong temple sebelum meneruskan perjalanan ke restoran untuk makan tengahari. Makanan yang disajikan adalah berasaskan seafood. 

Selepas kenyang, kami seterusnya dibawa ke Rang Hill di mana kita dapat menyaksikan pantai Patong, Big Buddha dan laut Andaman yang terbentang luas. Selepas mengambil gambar kenangan di sini, kami di bawa ke hotel untuk berehat di hotel Thara Patong Beach & Spa Resort. 

Sheila bermalam di bilik bernombor 1129, berhadapan dengan swimming pool, pool bar dan restaurant. Pemandangan di dalam bilik yang cantik dan selesa {tapi tilamnya sedikit keras tetapi bantalnya gebu dan lembut, sedap je tidur}. 
 Sempat berjalan-jalan di persisiran pantai pada sebelah petangnya... angin dan ombak memang kuat, sesuai bagi mereka yang meminati aktiviti surfing atau board surfing...


Sebelah malamnya pula, kami keluar makan ke bahagian selatan pulau Phuket... kebanyakan masa menu kami adalah seafood sahaja...


HARI KEDUA

Perjalanan hari kedua kami sangat awal. 7.45am kami sudah diarah untuk menanti di lobby hotel menantikan kedatangan van yang akan membawa kami ke pelabuhan Rassada. Destinasi kami adalah Phi Phi Island. Pulau pertama yang kami singgah adalah pulau Khai Nok. Punya le ramai orang mandi manda di sini. Lautnya bergelora tetapi airnya jernih dan ikan-ikannya banyak yang menghampiri ke pinggir pantai. Dari pulau Khai Nok, kami dibawa ke sekitar pulau Phi Phi Leh, Ao Lohsama, A Bi-Leh dan Viking cave. Perjalanan diteruskan lagi ke Maya Bay dan kami berpeluang snorkeling di sekitar pantai monkey bay. tapi ada banyak  jelly-fish. Cik abang kena jelly fish masa dia snorkel... Sheila dah tak berani nak turun dah..takut kena jelly-fish. Antara May-Okt adalah low season.... masa yang sangat sesuai untuk ke Phi Phi island adalah antara bulan Mac-April. Sebelah malam, selepas makan malam, Sheila melakukan sesi urut badan.Murah je, oil massage hanya RM33.00 untuk satu jam, memang berbaloi-baloi. 

Phuket ni sebelah malamnya sangat hidup dengan pelancong yang minum di open bar di sana, lorong yang terkenal itu dipanggil Bangla Road... sebab apa Bangla Road? Sheila pun tak tahu... tapi Sheila dan suami tak ada le menyibuk nak ambil tahu tentang aktiviti malam mereka... sangat tak sesuai. Sheila pergi jalan-jalan ke sana sebelah siangnya....

Gambar yang bawah ni saja nak tunjuk signage yang ada di sana... paling tak tahan, sign "Never Come Back Massage"... apa le sebenarnya mesej yang nak disampaikan pun tak tahu le...Sabai Jai tu sign kedai urut... kat sini, kedai urutnya banyak sangat... setiap selang tiga kedai mesti ada kedai urut... di sepanjang jalan, di setiap lorong. Pilih je yang mana berkenan di hati...

HARI KETIGA
Kami makan breakfast di hotel... lepas tu aktiviti free and easy. Kami berjalan menyusur pantai dan sempat juga shopping. Kami check-out pukul 10.30am dan terus sahaja ke airport, tak boleh singgah mana-mana lagi sebab perjalanan ke airport mengambil masa 40 minit dan flight kami adalah pada pukul 1.40pm.

Babai Phuket...

AKTIVITI MENJAHIT SEBELUM KE PHUKET

Pagi sebelum bertolak tu, Sheila sempat menyiapkan sehelai tudung scallop dan tiga luggage tag. Tudung scallop tu Sheila ikut pola tudung scallop yang kak Mashitah bagi, memang selesa, so lepas-lepas ni Sheila akan guna pattern yang sama je. Sebelum ni pernah buat, tapi scallopnya tak berapa cantik dan agak kurang selesa bila Sheila pakai. Gambar di bawah ni diperagakan oleh model tak berbayar... nak tunjukkan labuh depan dan belakang tudung scallop tu...


Luggage tag tu pula Sheila yang design dan malamnya Sheila sulam atas felt dan tebuk lubang guna eyelet. Senang nak gantung pada beg.




Bookmark and Share

4 Aug 2010

{Tutorial} Teknik Paper foundation

Salam...

Dah lama tak buat tutorial rasanya... baru ada satu je.. tak bertambah langsung kan... Untuk memenuhkan quota tutorial, kali ni Sheila nak kongsi tutorial tentang teknik 'paper foundation'... iaitu salah satu teknik popular dalam seni jahitan patchwork. Adakalanya teknik ini dipanggil 'paper piecing'. Dengan teknik ini, kain perca akan dijahit mengikut turutan nombor yang terdapat di atas  foundation corak asas sementara/tetap seperti kertas, kertas gam atau kertas tear off.

Di sini Sheila menggunakan corak bunga tulip sebagai contoh... untuk contoh-contoh lain boleh le menggunakan khidmat En Google untuk mencari pattern-pattern yang berkenan di hati seperti yang ini...
Kain-kain yang akan digunakan

Foundation yang telah siap dilukis beserta dengan nombor-nombor bagi setiap kotak

Langkah 1 : 
Di petak bernombor '1' letakkan kain yang sepatutnya dengan bahagian luar menghala ke atas


Langkah 2 :
Tindihkan kain untuk petak bernombor '2' di atas kain yang pertama tadi

Langkah 3 :
Pandangan dari bahagian belakang foundation... sematkan dengan peniti kedua-dua kain tadi. Pastikan basi jahitan dari tepi garisan adalah 1/4".


Langkah 4 :
Dengan menggunakan jarak jahitan 2, tindihkan kedua-dua kain tadi mengikut garisan yang telah dilukis

Langkah 5 :
Selepas dijahit, potong lebihan kain, tinggalkan 1/4" sahaja.

Langkah 6 :
Bahagian atas foundation, gosok bahagian sambungan supaya rata menggunakan finger presser/seterika.


Langkah 7 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '3'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1' & '2' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.

 
 Langkah 8 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '4'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1', '2' & '3' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.

 
 Langkah 9 :
Bahagian atas foundation, gosok bahagian sambungan supaya rata menggunakan finger presser/seterika.
 
 
  Langkah 10 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '5'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian '1', '2', '3' & '4' yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.


 
Langkah 11 :
Langkah seterusnya adalah menyambungkan kain untuk bahagian ke '6'. Tindihkan kain tersebut di atas bahagian-bahagian yang telah dicantum. Jahit dari sebelah belakang foundation seperti yang diterangkan di awal tadi.
 
 

Langkah 12 :
Selepas dijahit, potong lebihan kain, tinggalkan basi jahitan 1/4" sahaja.



Ulang langkah-langkah yang sama bagi menyiapkan setiap bahagian bertanda sehingga semuanya selesai. Mudah kan??? Dah tu boleh le buat banyak-banyak dan cantum-cantum untuk menjadi artikel yang menarik seperti sarung bantal, wall hanging, cadar atau dibingkaikan sahaja pun cantik juga...
Harap boleh faham le dengan penerangan yang Sheila bagi ni... sebab ianya diterjemahkan melalui pemahaman Sheila dari ilmu yang Sheila perolehi dan yang dah praktikkan. Lain orang lain caranya... harap dapat manfaat bersama.

Sekian daripada Sheila... hingga jumpa di lain kali, selamat mencuba.

With lots of love....


Bookmark and Share