Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

26 May 2010

holiday mood

Salam,


Tenggelam timbul tenggelam timbul entri kat blog ni... harap maaf pengunjung, pembaca, pelawat serta peminat sekiranya kalian ternanti-nanti entry yang da bomb daripada Sheila... sibuk sangat sekarang ni... semua komen, chat nanti Sheila reply minggu depan ye. Anak Sheila yang sulung [Adini] akan menghadapi ujian percubaan UPSR pertama pada 1-3 Jun 2010, minta tolong kawan-kawan sama-sama mendoakan untuk Adini.
Hujung minggu ni akan menjadi hujung minggu yang panjang buat Sheila dan juga family.... kami akan pergi bercuti ke sebelah pantai timur semenanjung. Perjalanan akan bermula pada awal pagi 27 Mei 2010. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali.

Nanti sekembalinya Sheila dari pengembaraan ini, akan Sheila ceritakan lebih lanjut....

Sehingga jumpa lagi... babai...



Bookmark and Share

24 May 2010

topi amni





Bookmark and Share

16 May 2010

selamat hari guru

Diucapkan selamat menyambut hari guru buat semua guru-guru yang telah banyak berjasa mendidik dan mencurahkan ilmu. Segala budi baik dan jasamu akan ku kenang sehingga akhir hayat.


Bookmark and Share

14 May 2010

happy birthday my dear friend

Hari ini adalah hari istimewa sahabat dunia akhirat ---> cik NinoZ

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dirahmati dan ceria selalu disamping insan-insan tersayang... 


p/s : teman ketawa ramai, teman menangis susah hendak dicari.... buat teman-teman menangis Sheila (you know who you are), harap kita dapat mengekalkan persahabatan kita ini kekal mekar dunia akhirat....



Bookmark and Share

13 May 2010

PENGUMUMAN : mc300 nak naik harga mulai 1 jun 2010

Salam,

Di sini Sheila nak inform pada semua bahawa mulai 1 june 2010, harga mesin sulam berkomputer Janome model mc300 akan naik harga daripada RM5,999.00 kepada RM6,499. Jadi kalau ada yang berminat untuk dapatkan mesin ni tapi modal masih tak mencukupi, adalah dinasihatkan untuk LOCK dulu harga ni dengan cara booking seminima RM50.00, jadi bila dah lock harga, bila-bila nak ambil tu masih lagi dapat beli pada harga RM5,999.00.

Jadi, apa tunggu lagi??? Jom booking hari ini, jangan nanti menyesal....

my-good-workers-model-mc300e.html  <--- klik link untuk info

CARA PEMBELIAN MESIN JAHIT JANOME

1. Bayar booking : RM50.00 (minimum)

2. Sms/email butir-butir peribadi :
- Nama penuh
- Alamat tetap
- No. kad pengenalan
- Contact No.

3. Bank-in booking ke no. akaun berikut :
- OCBC - 108 102 1818 (Nice Craft Marketing)
- Maybank - 1624 8704 3621 (Rosilawati binti Wahid)
- CIMB - 1238-0073282-52-3 (Mohd Jailani bin Abdul Jalil)

Baki pembayaran boleh dibuat dengan cara berikut :

1. Tunai
2. Ansuran AEON
3. Ansuran mudah Epal
4. Ansuran 0% interest dengan kredit kad terpilih -
- Maybank : 6 bulan
- EON Bank : 24 bulan (maximum)
- Citibank : 12 bulan
- Ambank : 12 bulan

p/s : hari ni sheila tak ada capaian internet, jadi sebarang e-mail sheila akan check sebelah malam (ada bengkel jahitan tudung di pwtc). 


Bookmark and Share

12 May 2010

terapi per'mata'

salam,

ni saja nak tunjuk koleksi terbaru fabrik yang sheila beli, untuk terapi minda dan mata. yang last sekali tu beli di nagoya... corak kainnya cantik, sheila suka...

p/s : perasan tak watermark itu....?? cantik kan??? cuba teka siapa yang buat? (yang pasti bukan sheila)


Bookmark and Share

11 May 2010

random picture





Bookmark and Share

10 May 2010

SELAMAT HARI IBU

As Salam,

Sheila ucapkan selamat menyambut hari ibu terutama buat mak (Hajjah Azizah binti Haji Ismail)... terima kasih Sheila ucapkan kerana telah banyak berkorban dan bersusah payah membesarkan anakmu ini.... Tidak terbalas semua jasa yang telah diberikan... semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mak dan semoga mak gembira selalu.....

Ucapan ini juga Sheila ucapkan kepada semua yang bergelar ibu, mama, emak, ummi dll.... semoga tabah menghadapi perjalanan hidup ini....





Untuk Sheila pula, sambutan hari ibu tahun ini, kami sekeluarga menyambutnya dengan cara yang agak berlainan. Kami mendaki Puncak Broga di Semenyih.... Alhamdulillah... semuanya selamat.

Kami sampai di kaki bukit Broga lebih kurang pukul 7.30am. Setelah bersiap-siap dan melakukan acara pemanas badan, kami mula mendaki.... hari minggu, orang agak ramai. Ramai yang turun dan ramai juga yang baru tiba.... Perjalanan melalui kawasan kelapa sawit sebelum memasuki kawasan hutan.... cuaca baik.

Broga mempunyai empat puncak.... sesuai untuk beginner.... trek yang mudah dan tidak terlalu mencabar, cuma ada di bahagian-bahagian tertentu yang perlu mendaki, tetapi ada tangga-tangga kecil yang telah sedia ada.... cuma perlu menaiki anak-anak tangga setapak demi setapak.... kalau ada yang gayat.... jangan sekali-kali memandang ke bawah...

Gambar ni adalah gambar di puncak keempat.... kami berjaya menakluki hingga ke puncak yang paling tinggi.... Alhamdulillah. Di puncak ini cabarannya adalah untuk memanjat batu besar... tetapi ada tali yang disediakan.... 

Puncak Broga kami tinggalkan dengan seribu kenangan.... sehingga jumpa lagi akan datang.....


Bookmark and Share

8 May 2010

PUNCAK BROGA INGINKU TAWAN

As Salam

Minggu ini kami sekeluarga akan menawan puncak Broga di Semenyih.... Semoga perjalanan kami akan dipermudahkan.... Nanti Sheila update


Amin

Bookmark and Share

7 May 2010

TETAMU ISTIMEWA DATANG BERTANDANG

Salam,

pagi-pagi tadi (06-05-2010), tetiba ada makhluk Allah yang datang bertandang... time sibuk-sibuk tengah bersiap nak pergi kerja... dah tu masuk tak bagi salam (ke sheila tak dengar...??)
kisahnya camni....
selepas cik suami keluar menghantar anak-anak ke sekolah, tinggal le sheila berseorangan di rumah. sambil-sambil layan celoteh ally iskandar dan ahmad fetri yahya - mhi, tetiba macam ada bunyi kat bahagian dapur... bila sheila jengah je ke dapur, nampak le makhluk Allah ni bertempiaran.. dan ada le pulak yang tak berjaya nak meloloskan diri. Jadinya terkontang kantinglah sendirian ke depan ke belakang, masuk bilik jahit, tapi masih lagi tak berjaya keluar... (kesiannya....)
dah penat ke depan... ke belakang... naik pulak ke atas, masuk bilik tidur... masuk bilik air... tapi masih lagi tak berjaya keluar... (berpeluh gak keti mengejarnya...).. ingatkan nak tangkap, tapi makhluk Allah ni lagi le cekap... tak padan dengan badan... tapi selepas dipujuk... dirayu... dinasihati... akhirnya makhluk Allah ni berjaya menemukan jalan yang benar... maka terselamatlah ia.... dan dapatlah ia bersatu semula dengan keluarganya...
makhluk yang sheila maksudkan adalah ini.....

.
.
.
.
.
.

Nampak tak tu... burung tu bertenggek kat atas curtain rail... hihihi... kesian... mesti perasaan burung ni gelabah.... ALAMAK!!!.



Bookmark and Share

6 May 2010

YOYOMON SAKIT MATA

As Salam,
Cik Yoyomon (read : Doraemon) sakit mata... kesian kat Amni, dah beberapa hari tak sihat. Memula tu demam, batuk & selsema aje... lepas tu aleh-aleh dapat sakit mata pulak dah... sebelum ni dah bawa pergi jumpa doktor (masa tu belum ada sakit mata), hari ni nak pergi jumpa doktor lagi sebab sakit mata pula. 

Dah tu bila tak sihat, minum susu pun kurang, makan pun kurang... dah le badan tu kecil, jadinya bertambah-tambah kecil le lagi. Harap minggu ni Amni dapat recover balik... mama tak tahan nak tengok asyik baring aje. Tidur malam pun terganggu dek kerana batuk.



Bookmark and Share

5 May 2010

CERITA MACAM-MACAM

 As Salam,

Diam tak diam, kita sekarang dah pun masuk bulan Mei.Terlalu cepat masa berlalu dan ini bermaksud dah lima bulan kami tiada pembantu di rumah. Segalanya kena buat sendiri, membasuh, memasak, mengemas dan segala macam "me.." lagi. Ditambah pula Adini yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ni menambahkan lagi cabaran Sheila untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut. Tetapi, apa yang penting... "KERJASAMA"...

Aktiviti jahitan terpaksa dihentikan buat sementara sebab tak cukup kaki dan tangan, tetapi aktiviti jualan mesin dan juga bengkel-bengkel jahitan masih saja diteruskan seperti biasa. Antara bengkel jahitan yang telah dilaksanakan dengan jayanya adalah untuk parlimen Klang, Parlimen Kota Raja dan Parlimen PJS. Minggu depan pula, dengan kaum wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Alhamdulillah.
 


Ada ahli VIP Epal yang baru di bawah Nice Craft Marketing. Sheila selaku pemilik Nice Craft Marketing dengan berbesar hati ingin meraikan ahli VIP Epal yang baru iaitu Puan Dara, dari Dalat Sarawak. Sheila kenal Puan Dara hanya melalui telefon aje (memang kebanyakannya pun kenal melalui telefon/internet je)... Beliau sebelum sudah pun memiliki sebuah mesin sulam Futura, keluaran Singer, dan sekarang menambah sebuah mesin lagi iaitu mesin sulam berkomputer Janome model MC300. Sekiranya Puan Dara membaca catatan Sheila ini, Sheila ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Nice Craft Marketing.... Untuk keterangan lanjut sila pergi ke sini ye





Aktiviti terkini selain daripada bengkel-bengkel jahitan, Sheila dah dapat new toy. Dah lama tunggu akhirnya berhasil juga Sheila mendapatkannya. Tapi masih lagi belajar untuk memahirkan diri. Nanti kalau dah boleh buat sambil tutup mata Sheila akan kongsikan keseronokannya di sini ye.


Minggu depan, 15hb Mei 2010 adalah hari konvokesyen Sheila. Dah lama since last convo tahun 1996. Teruja dan berdebar juga...  ini adalah antara perkara penting dalam sejarah hidup Sheila. Sheila mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan. Bagi Sheila yang major in civil engineering ni, rasanya lebih mudah study perkara-perkara teknikal jika dibandingkan dengan study kursus yang banyak kena baca ni.... lBaju untuk majlis ni pun belum potong pun lagi. Ingatkan nak jahit sendiri, tapi masa sangat tak mengizinkan di tambah pula dengan mood yang tak datang-datang lagi ni... Susah-susah nanti Sheila cari baju yang dah siap aje... kan.

Hmmm... kalau ang nak ikutkan macam-macam nak tulis. Macam nak buat rangkuman seminggu je gayanya. Tapi, cukup le sampai di sini je dulu. Cerita tentang projek jahitan ada tapi kena tunggu... 


Akhir kata, salam hormat daripada Sheila dan ceria-ceria selalu.


 


 
Bookmark and Share

Popular Posts

Like us on Facebook