Mar 19, 2010

PING PONG... PENGUMUMAN PENGUMUMAN

Salam,

hehehe...ada beberapa pengumuman nak buat sebenarnya... my best friend, Jurra-SewCute dah selamat melahirkan baby girl pada 18-Mac-2010 melalui pembedahan... Tahniah Sheila ucapkan dan selamat berpantang...

Nama :
Marsya Damia
Berat : 3.6kg
Tinggi : 47cm
Tarikh lahir :
18 Mac 2010
Masa lahir : 1.30pm










Pengumuman yang kedua, pada 30-31 Mac 2010 Sheila akan berada di Shah Alam untuk program jahitan tudung DiY. Dalam program ini peserta yang terlibat adalah seramai 30 orang. Program ini adalah sebagai pembuka tirai program untuk Nice Craft Marketing bagi tahun 2010, Alhamdulillah.

Ketiga, pada 4 April, Sheila ada pembentangan kertas kerja di KL.. fuhh... kena buat persediaan yang betul-betul rapi ni...

So, Sheila akan sibuk yang teramat untuk 2 minggu ini.... semoga Allah mempermudahkan segala urusan, Amin


 
Bookmark and Share

Mar 7, 2010

BLOGGER GET 2 GEDER-GEDER

Salam,

Aktiviti : Perhimpunan Bloggers
Tarikh : 6hb Mac 2010
Masa : 12 pm - 6 pm
Tempat :  COMMONWEALTH FOREST PARK & RESORT
               Kompartmen 3, Hutan Simpan Bukit Lagong, KM 23, 

               Jalan Kuala Lumpur-Rawang, 
               48000 Rawang, Selangor

Aktiviti bergeder-geder yang dianjurkan oleh blogger untuk blogger. Sheila tahu pun dah very last minit, itupun jiranku merangkap best friendku cik NinoZ yang inform... thanks a bunch... Jadi kami bergerak dari rumah  jam 11.00am dan sampai ke lokasi sekitar jam 12.00 tengahari. Alhamdulillah, perjalanan yang lancar (selepas meminta bantuan polis di pondok polis Selayang).

Penyediaan makanan telah disempurnakan oleh cik NinoZ (sebab dia memang expert dalam hal ni...) dan Sheila pula sebagai pilot pada hari tersebut...

Layan gambar-gambar berikut yang diambil dari blog mereka-mereka ini,

1. Mazidul
2. Bro Sham
3. NinoZ
..... dll yang akan disenaraikan kemudian


 Bloggers yang hadir... meriah dengan tema merah

Sheila dengan cik NinoZ
(sempat gak jahit tudung baru untuk bergeder-geder >_<)

Semasa sesi suai kenal (Amni dah mengantuk nak tidur)
 
Giliran Adini ditemuramah... 
Sesi mandi manda... sungai kecil je, sesuai untuk anak-anak

Adibah (gambar kredit to mazidul)
 Amni zzzz....


Cerita bersambung.....



Bookmark and Share

Mar 2, 2010

TOOLS TIME TUESDAY - QUILTING GLOVES

Pernah dengar tentang quilting gloves? Sheila pernah google info tentang quilting gloves ni dan pernah juga Sheila cari di kedai kraf, tapi tak jumpa. Akhirnya terjumpa di kedai biasa-biasa je. Gloves yang Sheila beli ni ada rubber dots di satu permukaan. Jadi, masa quilting tu senang nak pegang fabrik dan nak maneuver pun mudah je jika dibandingkan dengan tak  pakai gloves. 

Ok, itulah info yang Sheila nak kongsi. Selamat menjahit.

Luv,


Bookmark and Share

Mar 1, 2010

PRE-ORDER AS&E ISSUE #90

Kepada peminat majalah Australian Smocking & Embroidery yang nak dapatkan Issue #90 yang akan sampai ke Malaysia hujung bulan Mac 2010, boleh place order mulai sekarang. Harga setiap majalah RM53.00 (termasuk kos pos ekspress). Sheila akan ambil order sehingga 21hb Mac 2010. Tiada tempahan selepas tarikh berkenaan. 

Sila e-mail butir-butir berikut ke nicecraftmarketing@gmail.com dan seterusnya Sheila akan e-mailkan no. akaun untuk di bank-in.

- Nama penuh
- Alamat penghantaran
- Contact No.


Hingga jumpa lagi, 

Luv,


Bookmark and Share